Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya masih aktif - Maya

Siapa yang tidak kenal dengan lagu Matahari dendangan penyanyi bernama Maya. Malah, dek kerana popularnya lagu itu membuatkan orang menggelarkan penyanyi ini dengan nama Maya Matahari. Namun, ramai yang menyangkakan penyanyi ini sudah tidak aktif lagi sebagai penyanyi tetapi ia dinafikan oleh Maya dengan kenyataan sebaliknya. “Sebenarnya, saya masih lagi aktif sebagai penyanyi. Mungkin disebabkan jarang keluar di televisyen dan orang jarang mengetahui perkembangan saya, yang buat saya nampak seperti tidak aktif. “Saya tidak pernah mengatakan yang saya akan bersara daripada bidang nyanyian. Malah, ada yang mengatakan saya sebenarnya mahu membuat kemunculan semula. “Mana ada kemunculan semula kerana saya tidak pernah berundur daripada bidang nyanyian. Tidak tampil dengan lagu baharu tidak bermakna saya berundur daripada industri," katanya. Tambah Maya, dia kini sedang memulakan langkah untuk memberi fokus kepada bidang nyanyian dan bakal tampil dengan lagu baharu. “Sebenarnya dah lama saya menyimpan hasrat untuk tampil dengan lagu baharu, tetapi disebabkan sibuk dengan kerjaya lakonan, jadi saya pendamkan hasrat itu. “Sekarang ini, saya ada peluang dan mahu tampil. Lepas Aidilfitri ini, saya akan tampil dengan single terbaharu duet bersama dengan seorang lagi artis wanita. “Tajuk lagu dan siapa artis yang berduet dengan saya itu, masih lagi dirahsiakan," katanya. Selain single terbaharu, jelas Maya, dia juga akan tampil dengan sebuah album kompilasi yang dirakam semula termasuk lagu popularnya, Matahari. “Album kompilasi ini sebenarnya adalah sebagai sebuah hadiah kepada peminat selepas 21 tahun saya berada dalam industri. “Saya tahu, jualan album sekarang ini tidak memberangsangkan tetapi bagi saya, album ini adalah untuk menunjukkan yang saya sebenarnya masih lagi aktif dalam nyanyian," jelasnya. Produk kecantikan Selain menyanyi, Maya juga dalam perancangan untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan melalui produk kecantikan. “Perkara itu masih lagi dalam perbincangan melibatkan saya dan rakan kongsi dan kemungkinan, penghujung tahun ini produk itu akan berada di pasaran," jelasnya. Jelas Maya, sebagai seorang wanita, sudah semestinya dia menjaga kecantikan dirinya dan peluang untuk mengeluarkan produk sendiri digunakan sebaiknya. “Lagipun sekarang ini saya melihat penggunaan medium sosial memang sangat kuat sebagai salah satu bentuk promosi barangan terutamanya melibatkan laman sosial artis. “Sebelum ini saya lebih banyak mempromosikan produk dan barangan orang lain, jadi sudah tiba masanya saya menggunakan medium yang ada untuk kegunaan sendiri," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails