Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Erin tumpu persiapan kahwin

SUDAH mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy pada bulan Jun lalu, tahun ini merupakan kali terakhir buat pelakon Erin Malek menyambut Hari Raya Aidilfitri secara solo. Ini kerana dia mengambil keputusan untuk bertunang selama empat bulan sahaja, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Farriz pada Oktober ini. Erin yang ditemui pada majlis pelancaran program Impian Suria Fair & Lovely di Talent Lounge, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini mengakui, sambutan Aidilfitri selepas ini pastinya sudah berbeza. “Kalau sekarang ini, bolehlah saya memberi tumpuan kepada persiapan diri sendiri sahaja, tetapi pada tahun hadapan suasananya akan berlainan apabila perlu membuat persiapan untuk suami sekali. “Jadi, pada Aidilfitri kali ini saya mahu beraya sepuas-puasnya sebagai gadis solo dan mahu mengumpul banyak duit raya. Lagipun, mulai tahun hadapan saya pula yang akan memberi duit raya,” ujar pelakon yang popular menerusi drama bersiri Misiku Kuza itu. Ketika ditanya mengenai persiapan yang dilakukan sempena menyambut Aidilfitri, ujar Erin, 20, dia sekadar menyambutnya secara sederhana dan menempah empat pasang baju baharu sahaja. Menurutnya, dengan masa terluang yang ada semasa bulan puasa lalu, dia lebih banyak memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. “Setakat ini, saya sudah mula membuat persiapan untuk perkahwinan memandangkan tempoh yang ada agak singkat. Disebabkan itu, saya agak kurang membuat persiapan raya kerana tidak mahu kelam-kabut pada saat-saat akhir. “Malah, sepanjang bulan puasa juga saya langsung tidak terbabit dalam sebarang penggambaran. Saya membuat keputusan untuk lebih banyak berehat tanpa memikirkan soal kerja sambil membuat persiapan perkahwinan,” ujarnya. Jelas Erin, sepanjang Aidilfitri ini juga dia akan menyambutnya di Kuala Lumpur bersama keluarga dan pada pertengahan Ogos pula dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri, Lari Sayang Lari. Biarpun majlis perkahwinannya akan berlangsung dalam tempoh terdekat, ujar Erin, karier seninya masih berjalan seperti biasa dan dia tidak akan mengurangkan aktiviti lakonannya. Sementara itu, apabila ditanya mengenai perasaannya menjelang saat dia bergelar seorang isteri, dia akui berasa agak gugup, tetapi sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Ujarnya, bukan menjadi satu masalah yang besar buat dirinya apabila berkahwin dalam usia yang masih muda. Ini kerana apa yang paling penting, dia memang sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. “Saya merupakan yang paling muda mendirikan rumah tangga dalam kalangan rakan-rakan. “Bagaimanapun, saya agak beruntung kerana rakan-rakan juga banyak membantu saya melakukan persiapan,” ujarnya. Pengguna produk Bercerita tentang pembabitannya dalam program Impian Suria Fair & Lovely yang akan disiarkan sebanyak enam episod, Erin meluahkan rasa terharunya apabila menjadi pilihan jenama produk kecantikan tersebut. Menurutnya, ia merupakan sebuah program pengembaraan ke beberapa buah lokasi menarik di Malaysia bersama dua orang lagi temannya iaitu penyanyi Daiyan Trisha dan personaliti YouTube, Shazreen Fazlynda. “Sebenarnya saya memang pengguna produk Fair & Lovely sejak berusia 11 tahun. Sepanjang menggunakan produk tersebut, ternyata ia sangat bersesuaian dengan diri saya. “Jadi, apabila terpilih menyertai program ini, ia sesuatu yang cukup menggembirakan buat diri saya. Lagipun, banyak pengalaman menarik yang diperolehi sepanjang penggambaran berlangsung,” jelasnya. Bagaimanapun, pelakon tersebut memberitahu dia bukanlah menjadi duta kepada jenama produk berkenaan. Sebaliknya, dia sekadar terbabit dalam program Impian Suria Fair & Lovely selaku salah seorang pelakon.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails