Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ramona pelik dijadikan isu

NAMA pelakon Ramona ZamZam, tiba-tiba menjadi bahan bualan ramai selepas aktres yang popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi itu dikaitkan dengan berita pembatalan majlis pernikahan pasangan pelakon, Dazrin Kamarudin dan tunangnya, Amyra Rosli kelmarin. Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira, 24, dikatakan menjadi punca majlis pernikahan pasangan yang sepatutnya berlangsung esok, 8 Ogos dibatalkan impak gambarnya bersama Dazrin dimuat naik ke akaun Instagram Julai lalu. Meskipun dikecam hebat oleh para peminat, Ramona ternyata tidak cepat melatah apabila dilanda pelbagai spekulasi yang melibatkannya dan Dazrin. Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Ramona mengakui dia berasa penat dan enggan dikaitkan dengan perkara ini lagi. Dalam pada itu, dia juga melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu tentang pembatalan majlis perkahwinan Dazrin dan Amyra. Ikuti temu bual selanjutnya. Kosmo!: Adakah Ramona sedar tentang spekulasi mengenai anda yang timbul berhubung dengan pembatalan majlis pernikahan Dazrin dan Amyra? RAMONA: Ya, saya sedar tentang perkara ini. Bagaimanapun, saya meminta agar mereka di luar sana berhenti mengaitkan saya dengan pembatalan majlis pernikahan tersebut. Dazrin dan Amyra sendiri sudah membuka mulut bahawa saya tiada kena-mengena dalam perkara ini. Justeru, saya berharap sangat agar ia dapat dihentikan. Benarkah pembatalan majlis itu berkait rapat dengan gambar yang anda muat naik ke dalam akaun Instagram bulan lalu? Sejujurnya, saya berasa sungguh pelik mengapa gambar tersebut boleh dijadikan isu. Kami langsung tidak memaparkan aksi bermesra. Ketika itu, saya dan Dazrin sedang berehat daripada sesi penggambaran drama Bingkai Kaca sambil menghisap shisha. Namun, rakan saya ada memberi amaran sebaik sahaja gambar itu dimuat naik.
Apakah amaran tersebut? Selepas pulang daripada lokasi penggambaran, saya keluar makan bersama teman rapat. Salah seorang daripada mereka memberi amaran supaya saya lebih berhati-hati. Katanya, apa sahaja boleh berlaku kerana Dazrin dan Amyra bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat. Adakah anda terkejut apabila amaran rakan anda itu benar-benar berlaku? Sebenarnya, saya tidaklah terlalu terkejut. Semenjak rakan saya berkata begitu, saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pembatalan majlis pernikahan itu. Saya tidak boleh bayangkan perasaan mereka terpaksa membatalkan majlis setelah bertungkus-lumus membuat persiapan. Adakah benar hubungan anda dan Dazrin rapat? Saya sudah mengenali Dazrin sebelum dia mengenali Amyra. Hubungan kami hanyalah sekadar kawan biasa sahaja. Jadi isu saya menjadi penyebab kepada perkara ini adalah tidak relevan sama sekali. Sepanjang kontroversi ini, adakah anda tertekan setelah banyak pihak menuding jari terhadap anda? Saya agak tertekan. Namun, saya lebih tertekan apabila membaca komen-komen peminat di Instagram yang mengeluarkan kata-kata kesat menyalahkan saya. Sebab itu saya mohon agar saya tidak dikaitkan lagi dalam perkara ini. Jika diberi peluang untuk bekerja bersama, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? Saya tidak mempunyai sebarang masalah. Antara saya, Dazrin dan Amyra baik-baik sahaja. Mereka pun tidak menyalahkan sesiapa. Saya bersikap terbuka dan profesional.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails