Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aidilfitri, Hefny tak bawa Nad jumpa ibu

KETIKA angin gosip berderu laju menyapa pasangan pelakon dan pengacara, Hefny Sahad dan Nad Zainal yang kini sedang hangat dilamun cinta, Hefny menegaskan, dia masih belum bersedia untuk membawa kekasihnya itu berjumpa dengan ibunya yang kini menetap di Johor, walaupun pada sambutan Aidilfitri kali ini. Walaupun telah beberapa kali berjumpa keluarga kekasihnya itu di Ampang, Selangor, jejaka yang bakatnya mula dicungkil daripada program realiti pengacaraan, On Air musim pertama itu menganggap status mereka masih lagi di peringkat saling mengenali antara satu sama lain. Mengakui serius dalam setiap apa yang dilakukan termasuk melibatkan hal percintaan, Hefny yang kini berusia 27 tahun mengaku, dia telah menetapkan sasaran umur untuknya berkahwin. Enggan membuang masa, dia ingin hubungan itu sampai ke jinjang pelamin. Namun pada masa yang sama, Hefny kini mengambil keputusan untuk kurang mendedahkan cerita cintanya kepada umum. Kebetulan bersua jejaka tinggi lampai itu pada satu acara hiburan di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang, Selangor baru-baru ini, Kosmo! bertanya dengan lebih lanjut mengenai status hubungan pasangan sensasi itu. Kosmo!: Bagaimanakah status terkini hubungan kalian berdua? HEFNY: Hubungan kami baik dan masih rapat, cuma jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Saya juga telah berjumpa dengan keluarga dia beberapa kali sebelum ini di Ampang tetapi saya masih belum bersedia untuk membawanya berjumpa kedua-dua ibu bapa saya kerana kami masih lagi dalam proses perkenalan. Bolehkah anda ceritakan mengenai penerimaan keluarga anda terhadap Nad? Hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak. Namun demikian, pada mulanya gosip ini mula tersebar, saya tidak nafikan keluarga saya turut terganggu dan tertekan. Banyak orang seperti jiran-jiran dan rakan-rakan mula bertanya macam-macam soalan kepada ibu saya. Namun, apabila saya jelaskan pada mereka satu persatu akan hal sebenar, mujurlah mereka memahami dan boleh menerimanya. Adakah anda menetapkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang? Saya tidaklah menetapkan sasaran konkrit untuk menamatkan zaman bujang tetapi saya menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada umur 30 tahun. Namun, masih banyak yang belum saya kecapi. Saya ingin membeli sebuah rumah yang selesa untuk keluarga saya terlebih dahulu di Johor. Bagaimanakah dengan pihak keluarga Nad pula. Adakah dia bersedia untuk membawa hubungan kalian ke peringkat yang lebih serius? Dia seorang yang tidak mendesak, malah sentiasa menyokong dalam setiap apa yang saya lakukan. Insya-Allah, kalau boleh nanti saya nak terus kahwin, tak mahulah bertunang sebab orang bertunang ini lebih banyak dugaannya. Desas-desus mengatakan anda lebih menerima tawaran lakonan berbanding bidang pengacaraan. Adakah benar anda kini kurang berminat dalam bidang pengacaraan? Sejak mula dahulu, saya mula dikenali dalam bidang pengacaraan. Saya lebih meminati bidang pengacaraan kerana sejak memasuki industri ini saya memang terfikir untuk menjadi seorang pengacara. Namun, tawaran dalam bidang lakonan banyak diterima. Bagaimanapun, saya tetap menjadikan bidang pengacaraan sebagai bidang utama saya berada dalam industri seni ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails