Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ambil Pil Hormon, Umie Aida & Suami Masih Mencuba Dapatkan Zuriat

"Alhamdulillah dah tiga tahun usia perkahwinan kami. Sekejap saja masa. Rasa macam baru tiga hari kami kahwin", kata Datin Paduka Umie Aida @ Umie Aida dengan nada bergurau ketika ditanya mengenai ulangtahun perkahwinan bersama suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan @ Datuk K yang tarikhnya jatuh pada 14 Mac (semalam). Umie Aida ditemui sewaktu majlis pratonton filem Sembunyi: Amukan Azazil bertempat di e@curve, Damansara malam tadi. Dalam pada itu pemilik nama sebenar Umie Kalsum Rahmad Ali, 40, berkata seperti mana pasangan suami isteri lain, mereka juga menginginkan zuriat. Bagaimanapun setakat ini, belum ada rezeki buat dirinya dan suami. Namun beliau memberitahu mereka terus berdoa dan terus mencuba. "Kami berdoa agar Tuhan mengurniakan kami anak kepada kami. InsyaAllah...", katanya. Menurut Umie lagi, beliau tidak pernah berputus asa mencuba misalnya mengikut nasihat doktor dengan mengambil pil sepeti pil hormon dan sepatutnya dia perlu banyak berehat. Tetapi malangnya, kata Umie, dia bukan seorang yang boleh duduk diam sebaliknya seorang yang aktif dan sibuk menguruskan rutin harian juga kerjaya seni. "Selain tu seperti yang dicadangkan doktor, saya ada juga ambil pil hormon dan doktor suruh saya banyak releks. Tapi saya ni jenis tak suka duduk saja di rumah. Ada saja kerja dan hal yang saya perlu uruskan. Selain sibuk dengan penggambaran, saya jugaa aktif bersukan", ujarnya. Terdahulu, ketika berusia 20 tahun, Umie pernah mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (kini berusia 20 tahun) & Mohd Dzulhelmy (kini berusia 19 tahun) setahun kemudian. Sementara itu bercerita mengenai filem lakonannya dalam Sembunyi: Amukan Azazil, Umie enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai jalan cerita dan watak yang dimainkan kali ini kerana mahu memberi kejutan kepada para penonton. Memengang watak sebagai ibu Yani, Umie memainkan karakter seorang wanita misteri yang pandai mengubati orang sakit di kampungnya. Filem seram pertama bikinan pengarah hebat Khabir Bhatia ini turut diterajui oleh Remy Ishak dan Diana Danielle serta dibantu Sharnaaz Ahmad, Emelda Rosmila , Fizo Omar dan ramai lagi. Pun begitu antara cabaran yang perlu dihadapi sewaktu menjayakan watak tersebut apabila dia perlu memakai topeng silikon serta terpaksa berdepan dengan cuaca hujan sewaktu menjalani penggambaran tahun lalu, di sekitar Ulu Yam. "Saya perlu memakai topeng silikon, itu antara cabarannya. Bayangkanlah, make-up saja dah memakan masa 2 jam. Kemudian saya kena pakai topeng itu dari petang hinggalah ke malam. "Bila shooting, kita berpeluh membuatkan topeng tu mudah terkopek dan serpihan-serpihannya tertanggal, jadi terpaksa di touch-up beberapa kali. Selain itu, kami shooting dalam hutan dalam keadaan cuaca hujan di waktu petang", katanya. Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu akan berada dipawagam seluruh tanah air bermula pada 28 Mac 2013. Dalam perkembangan lain, Umie baru sahaja selesai menjalani penggambaran Aku Tahu arahan Erma Fatima yang turut menampilkan lakonan Erra Fazira dan Aqasha. Selain, tahun ni beliau mahu lebih aktif dalam penerbitan teater. "InsyaAllah, tahun ni memang kita nak lebih banyak menerbitkan teater. Ada satu teater yang akan diterbitkan tak lama lagi. Tapi judulnya, rahsia... "Teater ni dibawah terbitan syarikat Friendsis iaitu syarikat milik saya berkolaborasi dengan Erra Fazira. Sebelum ni, kami dah terbitkan teater pertama iaitu Badai Semalam", katanya. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails