Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Penulis blog pertikai niat Umie Aida


Hasrat pelakon Umie Aida untuk melihat alam rumah tangganya mendapat restu peminat selepas berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak seratus peratus menjadi kenyataan apabila dia mula menerima pelbagai tohmahan.

Selepas diijabkabulkan di Masjidil Haram, Mekah pada 14 Mac lalu, Umie atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad Ali, 37, terkait kontroversi.

Ia bermula apabila beberapa hari sebelum berumahtangga, Umie membuat kenyataan yang perkahwinannya itu hampir-hampir dibatalkan kerana perasaan cinta terhadap bakal suami ketika itu belum dirasai sepenuhnya.

Sekembali dari Mekah, Umie yang mengadakan majlis resepsinya di Hotel One World, Bandar Utama pada 28 Mac lalu dianggap pula sebagai seorang artis yang hipokrit.

Komen itu ditulis oleh penulis blog yang menggunakan nama Ruang Bicara Faisal (RBF) menerusi http://ruangbicarafaisal.blogspot.com.

Sebagai sebuah akhbar yang sentiasa meletakkan keperluan pembaca dihadapan, Pancaindera telah mendapat persetujuan penulis blog berkenaan untuk menyiarkan komennya di ruangan ini.

Dan dalam masa yang sama, kami memberi ruang kepada Umie Aida meneliti isi kandungan tulisan tersebut sebelum menjawabnya sendiri.

Dalam RBF itu, penulis tersebut menegur perkahwinan Umie selain menganggap pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 menerusi filem Embun itu sama seperti pemimpin parti pembangkang, yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Menerusi tulisan yang dihantar pada 2 April lalu dengan tajuk "Umie Aida spesis yang sama dengan pemimpin Pas", RBF mendakwa Umie di antara artis yang paling teruk (perangainya).

RBF menganggap Umie, artis yang tidak tahu malu kerana mengenakan pakaian jarang ketika membuat pengumuman pernikahannya.

"Semasa majlis berinai dia buat pengumuman yang dia akan bernikah di Mekah. Tapi bila tengok pakaian dia masa tu, ya Allah... Jarang habis.

"Tak malukah dengan pakaian yang sebegitu, buat pengumuman nak bernikah di tempat suci umat Islam?" soalnya.

RBF juga berharap Umie akan berubah sekembalinya dari Mekah tetapi dia terkejut apabila pelakon tersebut menipu peminat dengan mengenakan pakaian yang "tak cukup kain."

"Balik Malaysia ingatkan sudah berubah dan insaf rupanya peminat kena tipu. Semasa majlis persandingan anda semua lihatlah pakaiannya. Baju pengantin tak cukup kain nak tutup bahu dan dada. Hipokrit! hipokrit! hipokrit," tambahnya lagi.

Penulis itu turut beranggapan Umie sekadar hendak tunjuk baik apabila membuat keputusan bernikah di Mekah tetapi tempat suci umat Islam itu bukanlah ukuran terhadap sesuatu kebahagiaan.

Katanya, perbuatan Umie itu seolah-olah menggunakan agama untuk kepentingan peribadi sama seperti taktik pemimpin-pemimpin Pas.

Lebih panas lagi RBF turut membuat rumusan kebiasaannya artis-artis yang berkahwin dalam majlis yang hebat tidak mampu mempertahankan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun dia mengharapkan perkahwinan Umie dan Khairuddin yang disaksikan di hadapan Kaabah itu akan kekal.

RBJ juga berkata, jarang anak Melayu dapat bernikah di Mekah tetapi pernikahan Umie itu adalah dengan cara 'seludup' memandangkan dia dan pasangannya bukan rakyat Arab Saudi.

Dia turut menyindir Umie supaya mencatatkan majlis tersebut dalam Malaysia Book of Records sebagai artis pertama yang mendirikan perkahwinan di tempat suci itu.

Dalam masa yang sama RBF juga meletakkan beberapa katogeri perangai artis iaitu seperti malaikat, iblis dan "tengah-tengah".

Maksud malaikat itu katanya ialah segelintir artis yang mengajak peminat kearah kebaikan dengan menggunakan bakat ke jalan yang betul seperti Wardina, Raihan, Rabbani dan Azmuil Mustafa.

Sementara makna perangai iblis pula ialah artis-artis seperti kaki judi dan kaki "minum".

Artis tengah-tengah pula ujarnya ialah golongan yang menggunakan agama untuk mencari glamor.

"Memang banyak artis macam ini (artis tengah-tengah). Sekejap mereka alim, sekejap mereka tidak. Artis jenis inilah yang membuat orang ramai terkeliru. Silap-silap boleh jadi sesat," luah penulis berkenaan lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails