Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

“Saya Terfikir Untuk Bersara Awal” – Khairul Fahmi, Penjaga Gol Malaysia


Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya.

Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.

Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.

Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.

“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.

Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.

Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.

“Rayu Buangkan Gambar-Gambar” – Shida Harmi Pinta Bersihkan Maruahnya


Shida Harmi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek telah dihubungi oleh wartawan OHBULAN! bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas, sekitar pukul 1230 tengah hari tadi.

Apabila ditanya mengenai kesahihan mesej-mesej yang terkandung dalam screenshot Blackberry Messenger (BBM), Shida Harmi menegaskan ia bukan datang daripada dirinya.

“Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact.”

Berkenaan penyebaran gambar-gambar tersebut, Shida Harmi mengesyaki penglibatan orang ketiga dalam usaha menjatuhkan reputasi Apek.

“Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita,” tegas Shida Harmi.

Eksekutif muda ini turut merayu kepada orang ramai agar membuang gambar tersebut dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal dibina dalam masa terdekat.

“Saya minta jasa baik semua pihak agar membuang gambar-gambar berkenaan kerana ia membabitkan maruah keluarga saya dan bakal mertua. Untuk pengetahuan, saya akan melangsungkan perkahwinan sekitar 2 minggu lagi dan cerita sebegini sememangnya mengugat kepercayaan tunang terhadap saya. Bagaimanapun, kami akan tetap meneruskan perkahwinan,” rayu Shida Harmi kepada orang ramai

Amy Search Akui Kontroversi Melanda Nabila Huda Tidak Mencalarkan Imejnya


“Saya tidak merasakan imej saya tercalar atau terjejas kerana apa yang dilakukan oleh Nabila adalah urusan peribadinya dan peminat sudah boleh menilai sendiri,” ujar lagenda Rock tanah air, Amy Search ketika ditanya mengenai kontroversi yang melanda anak sulungnya, Nabila Huda.

Jurnal kehidupan Nabila tahun ini seakan terlakar sedikit momen ‘gelap’, dilanda krisis rumah tangga kemudian dihimpit dek kontroversi foto dirinya bercium dengan seoranag lelaki yang tersebar di internet dan terbaru, Nabila ‘berkongsi’ perasan amarah dan amuknya kepada seseorang di dada Twitter miliknya, dan pasti saja ia menarik perhatian ramai.

Tidak pasti untuk siapa amarah tersebut ditujukan, tetapi ayat-ayat yang terkandung jelas menunjukkan ia merujuk kepada bekas suaminya Zaidy Zailani. Apa yang menjadi isu buat Nabila adalah, apabila suaminya terus-terus mempertikaikan soal penjagaan anak mereka, Kheisya Laila.

Amy ketika ditemui di sidang media ‘Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo’ kelmarin menyatakan bahawa dirinya telah menasihati Nabila agar tidak menjadikan Twitter sebagai medium untuk melampiaskan amarahnya.

“Apapun yang terjadi di antara mereka berdua, saya sebenarnya tidak mahu campur tangan. Tetapi sebagai seorang ayah, saya menasihatkan Nabila supaya tidak menggunakan Twitter untuk melepaskan kemarahan. Lebih baik dibawa berbincang secara baik,” ujar Amy.

Tambah Amy lagi, perbuatan Nabila itu tidak hanya memalukan dirinya sendiri bahkan turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap Nabila dan bekas suami boleh cari jalan terbaik,” jelas Amy mengakhiri perbualan.

Syella Kamaruddin – Jangan Ganggu Saya Lagi


Ada blog yang menyatakan suami kepada Syella Kamaruddin ialah Tan Sri Musa Hassan, walau bagaimanapun Harian Metro melaporkan yang Syella menafikan bekas Ketua Polis Negara itu sebagai suaminya dan masih enggan memberitahu siapa suaminya:-

Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya.

Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. Apa pun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera.

Syella juga mendakwa dia tidak kisah sama ada mahu mempercayai tentang nilai majlis perkahwinannya:-

Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka.

Dia juga mahu masyarakat berhenti mempertikaikan tentang cara berpakaiannya yang seksi:-

Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami.

Dan akhir sekali, dia berkata dia tiada kaitan lagi dengan industri hiburan negara:-

Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini.

Gelaran 'Doktor' Rozmey ditarik balik?


Baru sahaja entry mengenai DDR keluar semalam, dah ada pula berita ini yang mengemparkan ramai orang. Mengenai penarikan gelaran doktor yang dipegang oleh jutawan DRR. Dipetik melalui laman blog berkenaan, DRR telah menggunakan gelaran doktor itu untuk membuat karyawan yakni perniagaannya yang rata-rata ramai orang kata ditipu. Hu. Isu penarikbalikan berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika [dalam bidang perubatan] dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang dilamirkan oleh blog berkenaan.

Akma Hisyam bercium dengan perempuan dan bersama kekasih polis Bukit Aman tersebar


Firstly, ini datangnye daripada pengirim email. Lame juga kite tak disajikan gosip Akma Sahib @ Akma Hisyam yang popular menerusi sitkom Di bawah ketiak isteri. Entri terakhir mengenainya pada tahun 2010, Akma Hisyam nampak boobs. Di fahamkan oleh pengirim email, gambar ini dikatakan skandal Akma Hisyam yang merupakan seorang polis yang berkhidmat di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Manakala dua lagi gambar adalah aksi bercium Akma Hisyam bersama seorang gadis ala-ala lesbian. Lagi gambar after the jump.

Karma Fouziah


KEHADIRAN Fouziah Gous dalam industri lakonan tempatan lebih bermodalkan rupa namun sedikit demi sedikit anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan jiwanya mampu menyerap pelbagai pelangi karakter.

Fouziah kini dilihat sebagai aktres yang mampu menarik perhatian pengarah-pengarah terkenal dan berkredibiliti tinggi.

Bukan hanya menadah wajah cantik dengan rambut panjang mengurai, Fouziah sudah ada anjakan demi anjakan positif dalam skil lakonan.

Dalam deretan portfolionya, wanita berusia 29 tahun ini sudah diberi pelbagai karakter termasuk watak isteri bermadu. Antaranya lakonan berkesan Fouziah ialah dalam siri drama Trilogi Cinta bersama Rosyam Nor dan Amyza Adnan.

Terbaru, Fouziah kembali menggalas pahit dan manis hidup bermadu dalam drama bersiri Karma yang kini ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa sejak 28 November lalu di saluran TV9.

Drama 13 episod arahan Erma Fatima ini mempamerkan kemampuan Fouziah membawa watak Karmila yang merupakan seorang pelakon popular. Karmila jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki berusia, Tan Sri Fahrul Sani, lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Namun, cinta dan rumahtangga mereka tidak diterima isteri pertama, lakonan Ziela Jalil.

“Saya dan Ahmad Tamimi perlu bercinta dalam drama ini. Ini agak sukar kerana percintaan pelik ini mendatangkan tekanan kepada saya kerana sudah terbiasa menyapa (Tamimi) dengan panggilan ayah. Kini (saya) kena biasakan diri (dengan) memanggilnya ‘sayang’ pula,” ujarnya yang diubah penampilan dan gaya rambut untuk menjiwai Karmila.

“Awalnya saya macam tak boleh nak buat karakter ini. Skrip memerlukan reaksi mata yang menunjukkan kasih sayang isteri kepada suaminya. Kena ada manja, mengada-ngada. Namun saya cuba,” ujarnya yang membuang rasa kekok untuk mencantikkan watak Karmila.

Menurut Fouziah , Karma adalah kali kelima dia melakonkan watak wanita bermadu selepas Trilogi Cinta, Tahajud Cinta, Kekasih Awal dan Akhir serta Senyawa.

“Status watak sama, tetapi tuntutan jalan ceritanya berbeza. Semua itu hanyalah lakonan semata-mata. Dalam kehidupan realiti, saya sentiasa berdoa agar diberikan jodoh terbaik. Saya juga berdoa supaya dijauhkan kehidupan bermadu kerana dalam lakonan pun sudah dapat rasakan keperitannya. Apatah lagi realiti,” ujarnya yang mengaku belum punya waktu untuk bercinta.

Shila, Sharnaaz nikah lima tahun lagi


GOSIP percintaan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad, 26, dengan pelantun Patah Seribu, Shila Amzah, 21, semakin kencang bermain di bibir ramai. Bermula daripada kerjasama menghasilkan klip video single Patah Seribu, hubungan dan kemesraan mereka semakin terserlah.

Kerap kali mereka dilihat bersama bahkan pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2010, mereka juga hadir berpasangan. Kepada pengikut Sharnaaz dan Shila di laman sosial Twitter, kemesraan dua selebriti ini bukan satu rahsia. Luahan rindu, sayang serta panggilan 'anja' antara mereka berdua mudah mengiakan sangkaan bahawa anak sulung ND Lala itu sedang menganyam cinta bersama aktor kelahiran Georgetown, Pulau Pinang.

Terbaru, gambar-gambar yang dimuat naik Shila dan Sharnaaz semakin menjelaskan status hubungan mereka walaupun Shila sendiri ada membuat penafian. Di matanya, Sharnaaz bagaikan biasan cermin. Mereka intim tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

"Kami memang rapat tetapi untuk bercinta mungkin belum masanya kerana saya ada sasaran, mungkin empat atau lima tahun lagi baru saya akan sedia untuk memikirkan soal perkahwinan," katanya yang pernah menangis melihat lakonan Sharnaaz dalam drama Ungunya Cinta.

Tidak adil untuk Shila, jawapan Sharnaaz yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bicara Cinta, mungkin mampu menjelaskan situasi sebenar. Secara budiman akui Sharnaaz, cinta yang diperkatakan itu belum berbunga namun seperti Shila, Sharnaaz mengiakan mereka kini dalam status sahabat baik.

SENSASI BINTANG: Makin kuat gosip percintaan kalian, benarkah sedang bercinta dengan Shila?

SHARNAAZ: Memang tidak bercinta tapi kami memang rapat. Saya selesa sebab dia jenis gila-gila macam saya juga, kami tak perlu nak 'kontrol-kontrol' bila bersembang.

Pernah keluar berdua?

Tak pernah, langsung tak pernah. Saya takut nanti kena belasah dengan ayah Shila. Saya masih hormatkan orang tua Shila, setakat ini belum pernah kami keluar berdua, kalau berjumpa selalunya Shila ditemani ibu atau adik lelakinya. Saya memang rapat dengan ahli keluarga termasuklah bapanya, mungkin kalau dibenarkan ayahnya, suatu hari nanti mungkin kami pun akan keluar bersama.

Kenapa begitu tertarik mahu bersahabat dengan Shila?

Saya anggap Shila anak seni yang serius dengan kerja seninya, saya suka cara dia bekerja. Biarpun muda, tapi kematangannya mengatasi usia.

Apa panggilan terhadap Shila?

Saya panggil dia dengan panggilan 'anja', memang sejak dulu lagi saya panggil Shila 'anja' sebab karakternya yang manja-manja. Dia pun panggil saya anja juga.

Mula kenal Shila sebenarnya sejak bila?

Rasanya sudah setahun lebih, sebelum kami buat klip video bersama, saya dipertemukan dengan Shila dalam satu fotografi untuk majalah Mangga. Dari situ mulai baik sampailah Shila hubungi saya untuk projek klip video Patah Seribu.

Ada apa-apa perancangan bersama?

Sebenarnya kami tengah bekerjasama untuk sebuah projek, projek apa kena tunggu. Saya belum umumkan lagi. Apa yang pasti, bukan projek duet sebab saya tak pandai menyanyi macam Shila.

“Derita Enot bukan bala”


MACAM-MACAM hal yang menimpa peserta-peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) ketika ini.

Sebelum ini, ramai yang terkejut dengan kemalangan yang menimpa Bob (Kuman) yang didakwa terjatuh semasa bersiap-siap untuk mengadakan persembahan untuk minggu keempat program MLM.

Seakan silih berganti, tiba-tiba muncul pula satu lagi kemalangan dalam program yang sama pada minggu kelima dan kali ini ia melibatkan pelawak wanita, Alliza Abdullah atau Enot.

Rasanya tak molek kalau ada yang cuba mengandaikan kejadian ibarat satu badi.

Iyalah, semua yang terjadi mungkin satu kebetulan. Bersangka baiklah kita, betul tak?

Kisahnya, Enot pada malam persembahan telah tergelincir dan terjatuh selepas dia yang sepatutnya beraksi mendukung Didie Alias di atas pentas, gagal mengimbangkan tubuh.

Disebabkan itu, Pancaindera difahamkan, Enot telah mengalami keretakan di lututnya.

Dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras Sabtu lalu, Enot kini menjalani rawatan sepenuhnya termasuk fisioterapi.

Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang, bukan soal sakit sahaja yang perlu ditanggung oleh Enot.

Dia juga turut diduga dengan mulut-mulut jahat yang sengaja mencetuskan amarah wanita berusia 33 tahun ini dengan dakwaan dia sengaja meraih simpati orang ramai.

Lebih menyedihkan, dia turut dikecam kerana dianggap sengaja menyakiti diri untuk meraih undi simpati penonton MLM.

Begitu sekalikah Enot sanggup lakukan semata-mata untuk undian program itu?

Kepada pancaindera, Enot meluahkan rasa sedih namun menganggap ia sebagai satu dugaan yang terpaksa diharunginya.

“Tak masuk akal untuk saya sengaja jatuh pada persembahan malam itu. Ia satu kemalangan. Bukan dibuat-buat.

“Hairan juga saya kenapa ada yang kata saya nak raih simpati dengan cara macam tu. Kalau saya buat macam tu, tentu saya akan dikecam sebab menggunakan cara jijik untuk menang bukan? jadi fikirlah sendiri, ” katanya.

Tak peduli

Tahu mungkin ada yang tidak suka pada dirinya, kata Enot, dia bagaimanapun tidak punya kuasa untuk menutup apa sahaja kata nista yang dilemparkan kepadanya.

Biarpun hatinya terbit rasa sakit, namun dia reda dengan hinaan orang padanya.

Bagi Enot, lebih baik dia berdiam diri dan tidak mengendahkan cakap-cakap orang itu kerana baginya, mereka tidak tahu apa yang dirasakan olehnya.

“Orang boleh bercakap, tapi mereka tak tahu apa yang saya rasa. Terus-terang, saya memang tak peduli dengan apa yang orang mahu cakap tentang saya.

“Kalau mereka rasa saya sakit ni semata-mata nak raih undi, jadi tak payahlah undi.

“Saya tak makan hati dengan apa yang mereka cakap. Yang saya tahu, saya nak cari rezeki halal,” katanya.

Terima ujian

Dalam pada itu, Enot dalam nada kecewa mengaku menerima ketentuan takdir kerana diuji sebegitu rupa.

Lebih terasa, katanya, ujian itu diturunkan kepadanya dalam keadaan dia mengalami kesusahan termasuk dalam ketiadaan tawaran lakonan dan sebagainya.

Hanya bergantung kepada penglibatannya bersama kumpulan 3G dalam program MLM, kata Enot, dia juga gusar memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam keadaannya begini.

Namun, optimis dengan adanya rezeki Tuhan walau apa pun yang berlaku, kata Enot dia akan tetap berusaha mencari jalan bagaimana untuk mencari nafkah bersama suaminya Zainul Abidin Mat Noor, 38.

“Saya akui, kehidupan kami agak susah kerana kesempitan wang. Sebab itulah saya berniaga kek dan sebagainya. Bahkan setiap hari saya fikir, macam mana nak cari duit lebih sebab tawaran lakonan tak ada langsung sekarang.

“Sekarang saya hanya harapkan rezeki daripada penyertaan MLM ini. Tapi, satu hal juga sebab bayaran pun dapat lambat.

“Hari-hari kita nak pakai duit. Dengan nak besarkan anak lagi. Pendek kata semuanyalah,” katanya.

Merasakan dirinya ibarat sudah tidak laku, kata Enot, dia tidak boleh menipu dirinya bahawa dia sangat kecewa kerana tidak lagi diberi peluang untuk kembali dalam bidang lakonan.

“Sebetulnya, saya sangat rindu untuk kembali berlakon. Tapi nak buat macam mana, tak ada orang panggil saya.

“Nak kata dah makin ramai pelakon berbadan besar macam saya, tak juga. Entah kenapa saya pun tak tahu.

“Nak kata saya ada masalah disiplin, saya rasa tidak. Setiap kali buat kerja, saya selalu berikan tumpuan penuh walau untuk dua atau tiga adegan saja, ” ujarnya.

Menurut Enot, dia juga menanti kehadiran tahun 2012 dengan menyimpan harapan tinggi agar rezekinya dipermudahkan.

Tolak lelaki hidung belang - Anzalna


SEPASANG kakinya baru sahaja melangkah ke dalam dunia yang penuh ranjau. Setiap hayunan langkahnya tidak pernah bertepi onak duri yang melanda.

Satu persatu pengalaman baru yang dikutip oleh Anzalna untuk bekalan pada masa hadapan.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali pelakon baru ini. Pernah terpilih sebagai finalis sebuah pertandingan pencarian bakat baru, siapa sangka impiannya untuk bergelar anak seni menjadi nyata.

Saat pertama kali berada dalam dunia yang penuh pancaroba ini, dia tidak pernah menyangka akan diuji sebegitu hebat. Biarpun tidak ramai yang tahu gelodak jiwa yang bersarang di lubuk hati, Anzalna hanya ada semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni.

Dia masih hijau, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan dirasai sendiri. Bila ramai yang mula mengenali seraut wajah yang cukup manis ini, dugaan yang dihadapi juga makin besar. Dia semakin terhimpit dek penangan lelaki si hidung belang.

Tidak menyembunyikan apa-apa, cerita gadis yang berusia 23 tahun ini, dia sememangnya gusar dengan himpitan lelaki miang yang tak pernah serik mencuba nasib.

“Bila wajah saya dah mula dikenali, rupanya lagi banyak godaan yang datang. Memang benar banyak sangat lelaki hidung belang yang pernah mencuba nasib pada saya.

“Tapi saya tolak baik-baik. Ada yang tak faham bahasa yang masih lagi nak cuma nasib. Sampai satu ketika ada yang ajak saya naik ke bilik hotel untuk buat perkara tak senonoh.

“Itu bukan saya. Saya bukan gadis seperti itu yang orang lain boleh usung turun naik hotel.Nak beri macam-macam janji sampai saya lemas. Biasanya saya akan cakap baik-baik pada mereka yang saya sudah ada kekasih.

“Saya tak terdesak nak cari jalan pintas untuk hidup senang. Lebih baik saya tumpukan segalanya pada kerjaya dan teman lelaki yang cukup menyayangi saya selama ini.

“Memang saya ada berjumpa beberapa orang. Kalau sekadar berjumpa dan berbual tidak mengapa. Kalau sampai nak pegang dan buat bukan-bukan minta maaflah, saya bukan jahat sebegitu,” tutur Anzalna lancar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails