Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Belum selesai membeli - Didie Alias
APABILA tiba bulan Ramadan, kebanyakan daripada kita akan mula memikirkan barang-barang keperluan dan juga persiapan untuk menghadapi ketibaan bulan Syawal yang menandakan sambutan Aidilfitri telah bermula.
Tetapi terdapat juga segelintir daripada kita yang lebih gemar untuk membeli-belah pada hari-hari terakhir Ramadan kerana merasakan mereka boleh mendapatkan barang-barang yang diidam pada harga yang lebih berpatutan berbanding jika membeli sebelumnya.
Begitulah juga situasi pelakon dan pengacara, Didie Alias berhubung persiapannya menjelang hari raya. Menurut Didie, dia sering merancang untuk membeli barang-barang sedikit awal daripada kebiasaan, namun ia tidak akan berjalan lancar.
"Persiapan raya saya sekeluarga pada waktu ini sejujurnya masih belum selesai, kerana saya sudah terbiasa membeli barang-barang keperluan pada beberapa hari terakhir Ramadan.
"Memang sedikit kelam-kabut dibuatnya tetapi semua benda yang dicari pasti akan ditemui. Ini berbeza sekiranya saya bercadang untuk berbelanja awal, ada sahaja yang tidak kena nanti," katanya kepada Hits.
Didie ditemui sewaktu menghadiri majlis Tribute Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, yang diadakan bertempat di N'dah Mahligai Restaurant & Catering, di Shah Alam baru-baru ini.
Tambah ibu kepada lima orang anak ini lagi, membeli belah pada saat akhir juga mempunyai kebaikan yang tersendiri apabila kebanyakan daripada barang yang dicari akan dijual pada harga tawaran.
"Sebagai contoh kuih raya, hari-hari terakhir Ramadan barang ini akan dijual pada harga borong yang sangat murah jika dibandingkan sewaktu awal Ramadan.
"Sekurang-kurang dapat juga saya berjimat sedikit dalam membeli barang-barang keperluan untuk diri dan keluarga nanti," katanya yang bakal pulang beraya ke Melaka, seperti kebiasaan.
Pada majlis itu juga, Didie turut bersama peminatnya yang menggelarkan diri mereka sebagai 'ladydidielovers' selain ditemani suami tercinta, Nur Isham Ismail, 37.
Antara projek wanita berusia 40 tahun yang bakal menemui peminat pada sambutan Aidilfitri tahun ini termasuklah filem alih suara, Madagascar 3, rancangan Lari-Lari Warna dan juga sebuah telemovie yang menyaksikan Didie berganding dengan Johan Raja Lawak iaitu Hantu Telur.
Sherry jadi buruan
HAMPIR dua minggu terlantar sakit akibat demam dan batuk membuatkan dirinya sedar yang nikmat kesihatan tidak ternilai dengan wang ringgit. Selama itu juga dia mengehadkan aktiviti seni semata-mata mahu berehat panjang.
Memang saya tak sangka akan dijangkiti demam dan batuk lebih dua minggu. Padahal selama ini pun seingat saya tak pernah lagi berhadapan dengan situasi yang macam itu.
Dek kerana penyakit itu juga saya berehat panjang daripada segala aktiviti seni. Saya sendiri tak pasti kenapa penyakit tu tak hilang-hilang. Tapi sekarang Alhamdulillah semuanya sudah pulih," cerita Shrerry Ibrahim.
Sejak nama kembali memuncak selepas drama Teduhan Kasih lakonannya mengumpulkan jutaan peminat, Sherry juga kini menjadi buruan.
Malah impak daripada drama tersebut turut membantu Sherry membina keyakinan diri selepas menghilangkan diri beberapa tahun lalu.
Bila drama tersebut memberikan impak sudah tentu sedikit sebanyak merisaukan saya, seandainya peminat tidak dapat menerima saya membawa watak yang lain.
Ini kerana watak Ifa digambarkan sebagai wanita baik yang selalu mendapat malang. Ifa selalu jadi mangsa keadaan tetapi akhirnya Ifa berjaya mengharungi segala masalah.
Saya bimbang sebab ramai yang mahu saya membawakan watak sebegitu. Padahal kalau nak diikutkan masih banyak lagi variasi watak lain yang belum saya cuba.
Sejujurnya saya pun tidak mahu membawakan watak yang sama berulang-ulang," katanya yang banyak menerima tawaran berlakon drama sejak akhir-akhir ini.
Ditanya adakah dia risau jika drama akan datang tidak dapat menandingi Teduhan Kasih, Sherry percaya itu semua bergantung kepada penilaian peminat.
Saya yakin peminat setia tidak akan menolak apa jenis drama sekalipun andai kata naskah seterusnya juga baik," ulas Sherry ringkas.
Mengenai sambutan raya pula, Sherry cukup teruja untuk menyambut Aidilfitri bersama dengan keluarga besarnya di Kuang, Selangor. Walaupun jarak antara Kuala Lumpur dan Kuang tidak jauh, itu tidak bermakna hari raya bekas pramugari itu hambar.
Tahun ini kami sekeluarga akan balik ke kampung sebelah ibu sahaja. Di sana boleh berkumpul ramai-ramai sambil buat macam-macam aktiviti.
Kalau masa kecil-kecil dulu seronok sangat dapat pakai baju baru. Bila pulang ke kampung dan beraya itu memang jadi aktiviti yang menyeronokkan buat saya. Dah besar-besar macam ini saya rindu suasana itu.
Saya gemarkan ketupat palas yang dibuat oleh arwah datuk. Tapi sejak dia dah tak ada memang jarang makan ketupat macam dulu. Nenek pula memang pandai memasak. Kalau nak tahu kek kukus nenek memang sedap.
Masakan itulah yang akan saya tunggu-tunggu setiap tahun selain dapat menikmati makanan lain yang sedap-sedap. Walaupun menyambut raya sudah tak semeriah zaman kanak-kanak tetapi hari raya tetap menjadi hari yang ditunggu-tunggu," katanya.
Hanya mengambil cuti raya lebih kurang seminggu, selepas itu Sherry akan kembali sibuk di lokasi kerana terlibat dalam beberapa buah drama.
Syawal yang dinanti - Linda Hashim dan Beego
BAGI pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, Syawal merupakan saat yang amat ditunggu-tunggu. Begitu juga dengan pasangan Beego dan isterinya, Linda Hashim. Jelas Beego, setelah sah bergelar suami, tanggungjawabnya cukup besar bagi memastikan kelancaran hidup berumahtangga.
Saya amat teruja melaluinya lebih-lebih lagi saya akan beraya dengan keluarga baru. Ini merupakan pengalaman tersendiri buat saya.
Tahun ini saya akan balik ke kampung saya di Johor dulu sebelum pulang ke rumah mentua di Perak.
Sekarang ini saya dah jadi ketua keluarga, bukan tugas yang senang sebenarnya. Hari raya kali ini merupakan sambutan yang saya tunggu-tunggu dan paling mencabar bagi saya.
Masakan tidak, baru dua bulan mendirikan rumahtangga, kini tiba pula hari raya. Duit semua dah habis buat majlis hari itu namun Alhamdulillah, saya percaya pada rezeki," jelasnya.
Beego juga cukup teruja bercerita tentang pengalaman berpuasa tahun ini kerana dapat merasai nikmat berbuka dan bersahur dengan isteri tercinta.
Kalau bujang dulu berbuka atau bersahur semuanya di kedai. Kali ini bersahur dan berbuka dengan isteri.
Linda sebenarnya cukup pandai memasak, apa sahaja makanan yang saya inginkan dia akan masak. Saya sahaja yang gerun nak makan banyak sebab takut gemuk," kata Beego sambil ketawa.
Pengalaman pertama beraya di rumah mentua
Bagi Linda pula pengalaman menyambut Ramadan dan Syawal sebagai seorang isteri cukup mengujakan. Malah dia juga bertuah kerana suaminya tidak cerewet.
Alhamdulillah, Beego bukan jenis yang memilih atau cerewet. Saya pula suka memasak, apa saja yang Beego nak makan saya akan cuba sediakan. Dia juga suka dengan masakan saya.
Sebelum ini, Beego tidak makan tempoyak tetapi selepas saya sediakan lauk itu tempoh hari, Beego terus melekat dan sampai sekarang dia pula yang lebih-lebih sukakan tempoyak," jelasnya.
Bakal meraikan Syawal di rumah mentua tahun ini, Linda mengakui perasaannya bercampur baur - antara sedih dan gembira. Ini kerana buat pertama kali dia tidak akan menyambut hari raya bersama keluarganya.
Saya tidak pernah tidak bersama keluarga pada hari raya pertama tetapi tahun ini saya akan pulang ke rumah keluarga Beego di Johor. Kemungkinan hari raya ketiga baru kami pulang ke Perak.
Walaupun sedih saya tetap teruja untuk beraya dengan keluarga mentua. Ini pengalaman baru dan saya juga ingin merasai bagaimana suasana beraya di Johor," kata Linda.
Ditanya mengenai pengalaman bangun sahur pula, Linda berkata, ada juga beberapa hari mereka berdua terlepas untuk bersahur dek kerana terlalu penat bekerja.
Saya sudah kunci jam namun kami berdua tetap tidak sedar," jelasnya.
Juadah raya
Beego berkata, dia amat menggemari pulut apa sahaja makanan berasaskan pulut.
Ya, saya memang sukakan pulut antaranya lemang dan pulut kuning. Pulut ini bukan selalu kita jumpa, hanya pada hari-hari istimewa saja baru kita boleh menikmatinya," jelas Beego.
Bagi Linda pula, kuih tradisional kelamai dari Gopeng, Perak merupakan juadah yang cukup disukai ketika setiap kali tibanya Syawal.
Kuih ini cukup unik, hanya di Perak sahaja kita boleh jumpa, nak hasilkannya juga bukan senang. Itu yang membuatkan juadah ini cukup unik bagi saya," jelas Linda.
Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi
Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.
Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.
"Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.
"Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad," katanya.
Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.
Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.
"Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.
"Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut 'trend' terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang," ujarnya.
Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.
Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.
Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.
Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.
Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya dekat sini selepas solat Isyak.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.
Ashraf Sinclair Buka Restoran Di Jakarta
PELAKON kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari atau BCL telah membuka sebuah restoran makanan yang diberi nama Nuansa Sunda di Jakarta Selatan, Indonesia.
Menurut laporan Kapan Lagi, minat yang sama pasangan suami isteri itu dalam bidang kulinari dan perniagaan telah memberikan mereka idea untuk memiliki sebuah restoran yang menghidangkan masakan popular di Indonesia.
"Saya dan suami memang suka makan dan dia pula sangat pakar dalam bab-bab perniagaan. Jadi kami gabungkan elemen tersebut dan menghasilkan Nuansa Sunda," kata BCL.
Dalam perkembangan sama, BCL berkata, memandangkan dia tidak begitu mahir dalam perniagaan, dia bertindak sebagai penyokong suaminya itu dan menguruskan jadualnya yang semakin padat.
"Ashraf lebih pakar urusan perniagaan dan sebagai isteri saya sentiasa berada di belakangnya untuk memberi sokongan," katanya.
Nadiya Nissa Azam Jadi Penulis Skrip
Pelakon Nadiya Nissa meletakkan tempoh masa sehingga lima tahun lagi untuk menjadi penulis skrip profesional.
Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 28, berkata, impian itu sudah lama diinginkan namun masih lagi mempelajari selok-belok penulisan skrip sebelum benar-benar menghasilkan sebuah karya yang bermutu untuk tontonan umum.
"Lima tahun lagi, usia saya 33 tahun. Dan pada ketika itu saya mahu pastikan kemahiran menulis skrip sudah ada dalam diri.
"Memang sudah lama saya idam untuk hasilkan skrip dan setakat ini, ada beberapa idea yang saya rangka dalam buku. Insya-Allah tahun depan saya mula cuba kembangkan idea tersebut menerusi skrip yang dihasilkan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nadiya yang mengagumi karya Redza Minhat dan Wan Hasliza, dia juga masih belajar cara menulis plot cerita dengan baik menerusi tontonan drama dan filem.
Sementara itu, beritahu pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011 itu, dia bersyukur apabila melihat kerjayanya semakin berkembang sejak namanya popular menerusi drama Adam dan Hawa pada tahun itu.
Dalam tempoh dua tahun itu, Nadiya mengambil setiap peluang untuk menonjolkan bakatnya sebaik mungkin sehingga sanggup melupakan hasrat meluangkan masa lebih lama dengan keluarga.
"Dalam industri seni kita yang terlalu berkembang, saya harus mengambil peluang yang ada memandangkan orang tengah nak tengok lakonan saya. Mujurlah suami (Saiful Razman) dan anak (Omar) memahami kerjaya saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal muncul menerusi telefilem khas Aidilfitri, Baju Raya Kain Perca pada Raya keenam, pukul 4 petang di TV3 dan telefilem yang akan ditayangkan di Astro First berjudul Anugerah Dendam Yang Terindah menyaksikan gandingannya bersama Aaron Aziz.
Siti Sarah Tidak Mampu Lupakan Arwah Ibu
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih bersedih atas kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu.
Sarah, 30, berkata, air matanya sentiasa mengalir jika teringat atau bercakap tentang Allahyarham.
"Pemergian ibu saya pada Jun lalu sangat memberi kesan sehingga saat ini pun saya tidak boleh bercakap tentang dia kerana perasaan sedih akan muncul.
"Begitu juga dengan ayah, dia sangat tertekan sejak ibu meninggal dunia.Disebabkan itu saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor untuk temani ayah," katanya ketika kepada mStar Online.
Isteri kepada pelawak Shuib (Sepah) ini merancang untuk kembali ke pentas nyanyian bagi melupakan kesedihan tersebut.
"Insya-Allah saya akan kembali menyanyi, mungkin dengan cara itu dapat mengubat rasa sedih yang terlalu memikirkan pemergian ibu.
"Saya bersyukur mendapat suami yang memahami dan sentiasa menyokong apa juga tindakan saya. Arwah juga menggalakkan untuk saya kembali semula aktif menyanyi," katanya.
Sementara itu, Sarah yang baru melahirkan anak kedua iaitu Dzahira Talita Zahra pada tiga bulan lalu mengakui semakin cekap menguruskan hal berkaitan bayi selepas mengambil kursus jangka pendek di sebuah pusat penjagaan.
"Kita mungkin rasa tidak penting untuk mengambil tahu tentang perkembangan bayi, tapi sebenarnya ia sangat membantu kita apabila berlaku perkara tidak diingini.
"Banyak yang dipelajari dalam hal penjagaan bayi. Ketika anak kedua saya sakit kuning saya boleh merawatnya sendiri tanpa ke hospital melalui beberapa kaedah yang diajar," katanya.
Jelas Sarah, dia dan suami mengambil kursus dua hari tersebut sebelum lahir anak sulungnya, Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan.
Keluarga Tidak Tertekan Gosip Putus Tunang Elly Mazlein
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlien berkata keluarganya tidak pernah tertekan dengan segala khabar angin mengenai pertunangannya dengan pengarah Azmi Hatta.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak lebih mengetahui situasi hubungan tersebut berbanding mempercayai khabar angin yang tersebar.
"Keluarga saya dan pihak lelaki juga baik-baik sahaja dan mereka lebih mengetahui situasi mengenai pertunangan kami. Alhamdulillah mereka tidak tertekan dengan khabar angin tentang kami.
"Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami, kalau boleh biar cerita yang manis-manis sahaja," katanya ketika ditemui mStar Online.
Elly turut menjelaskan dan menolak dakwaan pertunangan yang dibinanya pada 29 Mei 2011 itu telah berakhir.
"Kepada mereka yang lebih tahu tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh saya katakan pada mereka, cuba lagi (sebarkan cerita)",
"Buat masa ini hubungan kami macam biasa. Cuma kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya," katanya.
Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
