Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Azad Jazmin Dimarahi Doktor Selepas Jatuh Longkang
Pelakon Azad Jazmin telah dimarahi oleh seorang doktor gara-gara tercedera akibat mahu membeli sekotak rokok di sebuah kedai serba guna di Puchong, dekat sini minggu lalu.
Azad, 37, berkata, doktor berkenaan bertindak demikian selepas dia memberitahu kecederaan itu kerana mahu membeli rokok apabila terjatuh di dalam longkang sehingga menyebabkan buku lali kanan tercedera.
"Akibat kejadian itu saya terpaksa menerima 13 jahitan. Doktor yang merawat saya ketika itu memarahi saya apabila mendapat tahu saya terjatuh selepas membeli sekotak rokok.
"Pelbagai perkara yang dia beritahu tentang bahaya mengenai rokok sehingga saya terlupa tentang kesakitan pada bahagian kaki," katanya kepada mStar Online.
Azad berkata, dia tidak memberi apa-apa reaksi ketika mendengar nasihat doktor itu kerana apa yang diperkatakannya adalah benar.
Dalam pada itu bercakap mengenai filem terbaharu lakonannya berjudul Kolumpo, Azad berkata, dia teruja apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem berkenaan.
Jelas Azad, menerusi watak Rahul iaitu seorang pendatang asing tanpa izin dari India, dia terpaksa belajar bahasa Tamil selain bercampur dengan golongan berkenaan selama sebulan.
"Bukan mudah untuk membawakan watak berkenaan kerana saya perlu bercakap dalam bahasa Tamil selain perlu memahami kehidupan golongan tersebut.
"Pun begitu saya berjaya melakukannya dan watak Rahul adalah paling mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon," katanya.
Filem yang diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma itu memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur.
Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon.
Sementara itu, Azad berkata, tahun hadapan akan menyaksikan 16 buah filem lakonannya bakal ditayangkan dan dia berharap kesemua karya tersebut mendapat sambutan daripada penonton.
Antara filem-filem itu ialah Paku, Sejoli, Tujuh, Showdown dan Pilot Cafe.
Kamal Adli Kecewa Sikap Buruk Fizz Fairuz
Sikap pelakon Fizz Fairuz yang dilihat acuh tak acuh untuk berganding bahu dalam kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS) menimbulkan rasa kecewa seorang ahli kumpulannya, Kamal Adli.
Kamal berkata, selepas dimaklumkan pihak TV3 mengenai penarikan diri Fizz itu, dia bertambah terasa hati apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia.
"Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.
"Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Fizz dan kesemua pelakon berkenaan dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di United Kingdom (UK) pada 24 November lalu.
Mesej Fizz Fairuz ini mendakwa dia disingkirkan dalam Liga Lawak Superstar tetapi TV3 memaklumkan dia sebenarnya menarik diri. Mana
Fizz turut menyindir Syafiq Kyle kononnya pelakon remaja itu tidak layak bersama Apa Kasih Tok.
Selain Kamal dan Fizz, Apa Kasih Tok turut disertai oleh Didie Alias. Bagaimanapun tempat Fizz telah digantikan oleh pelakon Syafiq Kyle.
Menurut Kamal, disebabkan komitmennya dalam rancangan LLS, dia turut menolak tawaran untuk ke Cardiff tetapi berasa terkejut kenapa Fizz mengambil alih tempatnya sedangkan mereka bersama terlibat dalam rancangan lawak berkenaan.
“Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil,” katanya.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia keliru apabila Fizz menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan telah disingkir dalam rancangan itu tetapi pihak TV3 pula memaklumkan pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.
Bagaimanapun Kamal tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan sebaliknya ingin mencari keserasian bersama ahli baharu iaitu Syafiq.
"Dia SMS saya meminta agar saya tenang dan berharap kumpulan kami berjaya sehingga ke peringkat akhir. Saya sebenarnya enggan masuk campur tentang urusan ini kerana ia lebih membabitkan antara Fizz dan pihak TV3. Saya pun tidak tahu situasi sebenar diri Fizz,” katanya.
Dalam pada itu Syafiq Kyle yang dihubungi memberitahu pemilihannya menggantikan Fizz dibuat oleh pihak TV3 serta dipersetujui oleh Kamal dan juga Didie.
Kata Syafiq, walaupun kemunculannya dalam rancangan itu dilihat agak kaku tetapi dia akan menggunakan pengalamannya bersama kumpulan Spy Kampung yang telah terkeluar untuk memantapkan lagi AKT.
“Saya akan berusaha untuk memastikan kumpulan AKT ini akan berjaya sehingga ke peringkat akhir,” katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai sendirian Fizz dalam Twitter yang mengatakan Syafiq tidak layak menyertai grup berkenaan, pelakon remaja itu bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
“Saya ada baca Twitter itu tetapi biarlah... TV3 yang panggil saya. Jadi, saya terima saja,” katanya.
Wan Raja Akui Artis Baharu Perlu Kontroversi Untuk Popular
Pelakon Wan Raja menganggap ketiadaan kontroversi panas terhadapnya membuatkan dia sukar untuk popular dan dikenali umum.
Wan atau nama sebenarnya Saiful Redzuan A Bakar, 35, berkata, dia melihat seseorang pelakon baharu mampu meraih populariti secara drastik apabila tercetusnya sesebuah kontroversi.
"Saya nampak, untuk mudah dikenali, seseorang artis itu kena ada kontroversi dan kerana itu juga saya beranggapan disebabkan saya tiada cerita panas, saya sukar untuk dikenali ramai.
"Entahlah, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi itulah yang saya lihat sekarang ini. Kalau nak diikutkan saya sentiasa berlakon pelbagai drama, tetapi nama saya belum cukup kuat lagi dalam industri hiburan tempatan," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Wan, dia tidak pernah merungut dengan kegagalannya mencipta nama sebaliknya percaya bahawa bakatnya satu hari nanti pasti akan diiktiraf.
Sementara itu, Wan kini sibuk dengan penggambaran drama Jiwa, arahan Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad bersama pelakon-pelakon lain iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad.
Menerusi drama 13 episod itu, Wan membawakan watak sebagai Peca, ketua kawasan bagi pertandingan Muay Thai.
"Saya gembira apabila terlibat dengan mana-mana projek arahan Kabir kerana saya tahu hasil jalan ceritanya pasti menarik.
"Dalam drama ini, saya sebagai Peca yang akan memperdayakan Iskandar (Remy) menyertai sebuah pertandingan Muay Thai dan kerana kehebatannya dalam aksi lawan, saya mengaut keuntungan besar daripada dia.
"Menerusi drama ini juga, saya berharap ia dapat membuka mata masyarakat mengenai kewujudan saya sebagai pelakon kerana watak ini berbeza," ujarnya.
Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Cico Harahap Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 bermula pukul 9 malam di TV3.
Saman jangan tak saman - Hanez Suraya
Bila ditanya memang jawapan matinya tidak pernah buat apa-apa di kulit wajah, hanya tempek krim muka sahaja. Tetapi kalau diamati, sah-sah dagu awak tu pelik dari wanita lain, kalau wartawan mungkin mereka bersikap profesional menulis apa yang diberitahu, tetapi melihat keberanian komen di ruangan beberapa laman gosip alam maya ternyata bukan semua peminat kini bodoh.
Perbuatan memuat naik gambar kemudian memberitahu tidak melakukan apa-apa terhadap wajah sebenarnya memang mengundang padah, bukan apa kalau mahu dibandingkan gambar terdahulu dengan gambar terkininya sah-sah perbezaan yang dilihat sangat ketara.
Dasarnya memanglah dia rasa cantik, tetapi kalau sudah terlalu buat wajah ini memang perlu diakui semua pihak yang mula-mula indah juga akan nampak hodoh. Kadang-kadang Aida tergelak juga dengan keberanian beberapa komen peminat ini yang menggelarkan selebriti ini dengan pelbagai gelaran, mungkin mahu menggambarkan betapa lainnya personaliti , selebriti itu kini. Mungkin sudah sampai masanya untuk selebriti ini tidak bercakap langsung atau mengenai perubahan wajahnya, bukan apa dari menipu dan diketawakan baik dia berdiam diri sahaja.
Nota lutut : Isu menciplak lagu semakin menjadi-jadi, kurang idea atau memang tiada idea?
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyampai radio terkenal ini mengambil keputusan untuk berhenti, ramai yang bingung sebenarnya dengan keputusan penyampai terkenal tersebut memandangkan dia sebenarnya sedang berada di kemuncak karier. Bila ditanya wartawan rupa-rupanya dia menegaskan mahu memberi tumpuan buat perniagaannya yang baharu diceburinya, kalau diikutkan memang dia mengambil langkah yang berani sebenarnya, memandangkan perniagaan tersebut baharu sahaja beroperasi.
Rupanya-rupanya ada yang memberitahu, penyampai ini memang sudah lama mahu meninggalkan stesen radio berkenaan kerana memendam perasaan amarah kepada salah seorang âorang besarâ di sana. Kalau di luarnya nampak mesra, tetapi kedua mereka ini khabarnya memang tidak sebulu, malah pernah berlaku beberapa pertelingkahan kecil.
Dan pertelingkahan terbaharu berlaku ketika kedua mereka sedang bermain futsal, di mana selepas itu penyampai ini terus membuat keputusan berhenti. Atas sebab apa berlaku pergaduhan itu, tidak pula Aida tahu, namun apa yang pasti dari kisah yang diperdengarkan ini memang ada sesuatu yang menyebabkan penyampai itu tergesa-gesa meninggalkan stesen radio berkenaan.
Tetapi itulah bezanya karier berdasarkan bakat ini, dimana-mana sahaja mereka mampu menyerlah asalkan berusaha, mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat penyampai ini kembali beraksi.
Nota lutut : Ada penyampai radio lebihkan gelak dari bercakap, sampai pendengar pening?
Pelakon kontroversi Hanez Suraya mengambil tindakan berani menyaman bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dasha Sultan. Tindakan itu ekoran dakwaan keceluparan mulut bekas pembantu itu menyebarkan fitnah terhadapnya. Bagi Aida ada betulnya tindakan Hanez ini, mungkin kalau tidak bertegas semakin banyak fitnah yang akan dikeluarkan, bukan apa sebagai artis reputasi merupakan sesuatu yang amat penting buat Hanez.
Tetapi tidak dinafikan dalam hal ini kita tidak boleh salahkan satu pihak sahaja. Mungkin sikap terlalu mempercayai Hanez sendiri membawa padah. Bila seseorang itu sudah tahu banyak mengenai diri kita, bukan mudah sebenarnya untuk memastikan rahsia itu disimpan kemas, pasti ada yang akan terbocor. Senang cerita macam inilah, kalau kita sendiri bijak menjaga perilaku pasti susah buat sesiapa juga mahu menuduh kita .
Menurut penyataan Hanez, bekas pembantu peribadinya itu tidak sudah-sudah memburukkan dia di media dan dalam kalangan rakan artis lain. Dendam sungguh nampaknya pembantu peribadi itu. Apa sebenarnya yang sudah berlaku di antara mereka Aida juga kurang pasti. Tetapi sepatutnya persengketaan ini tidak perlu sampai ke pemerhatian pihak luar, takut macam-macam versi pula yang keluar nanti.
Bagi artis, tindakkan Hanez ini juga mampu menjadi contoh terbaik sebenarnya. Jangan terlalu mempercayai orang walaupun pembantu peribadi sendiri. Kalau benda nak jadi, kawan baik juga mampu menjatuhkan kita, bak kata pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Gosip Cinta Elfaeza & Sharnaaz Tersebar Di Singapura
Pelakon Elfaeza Ul Haq terkejut apabila gosip cintanya dengan pelakon popular Sharnaaz Ahmad turut mendapat perhatian dan tersebar luas di media Singapura.
Elfaeza, atau nama sebenarnya Siti Elfaeza Binte Mohmed Ehsan Ul Haq, 28, berkata, khabar angin tersebut turut disiarkan oleh sebuah saluran radio tempatan di negara itu.
"Tak sangka pula media di Singapura turut mengambil serius dengan gosip itu kerana ia merupakan perkara tidak benar.
"Berita itu disampaikan kepada saya selepas dia mendengar gosip berkenaan di radio. Mujurlah keluarga saya tidak hairan dengan gosip tersebut," katanya yang berasal dari negara itu.
Tambah Elfaeza, dia berharap agar khabar angin percintaannya dengan Sharnaaz tidak lagi menjadi isu memandangkan tiada apa-apa perhubungan yang terjalin di antara mereka melainkan sekadar rakan artis.
Sementara itu pelakon yang popular menerusi drama Adam dan Hawa itu berkata, tawaran lakonan yang diterimanya pada tahun ini tidak sebanyak tahun lalu.
Namun dia tetap berpuas hati kerana kebanyakan watak yang diterima kesemuanya peranan utama.
"Ini menunjukkan para penerbit mula mempercayai bakat lakonan saya yang mana sebelum ini mereka kurang yakin dengan saya.
"Walaupun tidak banyak tawaran yang saya terima pada tahun ini tetapi watak yang saya dapat semuanya peranan penting.
"Ini merupakan peluang saya untuk menonjolkan bakat kepada penonton yang masih belum mengenali saya lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Elfaeza akan memulakan penggambaran drama berjudul Janji Adam di bawah produksi Singapura iaitu CSS Productions.
Amy (Search) Berhasrat Sambung Belajar Di Universiti
Vokalis kumpulan Search iaitu Amy bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan walaupun usianya kini telah pun mencecah 55 tahun.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, berkata, keadaan kewangan yang tidak mengizinkan selepas tamat persekolahan telah membuatkan hasratnya untuk ke menara gading terbantut pada ketika itu.
"Selepas tamat sekolah semua orang berlumba-lumba untuk memasuki universiti tetapi saya tidak berkesempatan kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.
"Namun sehingga hari ini saya masih berhasrat untuk menyambung pelajaran di menara gading kerana itu adalah impian saya," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Amy berkata, dia tidak menolak untuk menyambung pelajaran sekiranya ada tawaran daripada mana-mana universiti pada masa hadapan.
Jelasnya lagi, dia sangat meminati bidang arkitek selain seni lukis dan berharap dapat mendalami bidang berkenaan suatu hari nanti.
"Ilmu itu boleh dituntut tidak kira usia dan masa kerana ia adalah perkara yang cukup berguna dan sekiranya ada yang ingin menawarkan saya tempat di universiti pasti saya akan terima," ujarnya yang sering mengisi masa lapang dengan aktiviti melukis di rumah.
Sementara itu, bercakap mengenai Konsert Destini yang dianjurkan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) bagi mengutip dana untuk membantu penuntut universiti kurang berkemampuan, Amy berkata, dia berbesar hati apabila dilamar oleh pihak penganjur.
Jelas Amy, menerusi konsert amal itu dia dapat menyumbangkan sesuatu kepada generasi muda supaya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
"Saya tidak mahu anak-anak muda berpotensi menjadi seperti saya dan berharap sumbangan yang saya berikan dari segi nyanyian dapat membantu mereka merealisasikan impian untuk ke universiti," jelasnya.
Konsert itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dekat sini.
Ia bakal menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.
Tiket menyaksikan konsert ini dijual dengan harga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000.
Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 019-6704734, 013-3959839, 03-79622186.
Isu Larikan RM200,000, Bekas Pemandu Saman Zahida Rafik
Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Zahida Rafik memfailkan saman fitnah terhadap aktres itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Noor Azman, 39, selaku plaintif mengemukakan saman tersebut selepas pelakon berkenaan gagal membuktikan tuduhan yang dia telah melarikan wang tunai berjumlah RM200,000 yang didakwa milik Zahida pada tahun lalu.
Peguam kepada Noor Azman iaitu Latheefa Koya ketika ditemui berkata, pihaknya pada 4 April lalu telah menghantar satu surat tuntutan kepada Zahida supaya menarik semula laporan polis, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada plaintif namun dia gagal berbuat demikian.
Disebabkan kegagalan Zahida itu jelas Latheefa, pihak plaintif terpaksa memfailkan saman selain menuntut satu perintah injunksi bagi menghalang Zahida daripada terus memfitnah plaintif secara lisan, menerusi media atau pun Internet.
"Selain itu kami turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi tauladan dan apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah terhadap defendan," katanya.
Bagaimanapun pihak plaintif tidak menetapkan sebarang jumlah terhadap saman yang dikemukakan terhadap Zahida.
Nama Noor Azman sebelum ini menjadi kontroversi apabila dia mendakwa Zahida mempunyai hubungan intim dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selama beberapa tahun.
Dia turut mendakwa telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.
Noor Azman meletak jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari tahun lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.
Dalam pada itu, Noor Azman berkata, ekoran fitnah berkenaan dia gagal mendapatkan pekerjaan baharu selepas dipecat oleh Zahida selain reputasinya tercalar.
Jelasnya, perbuatan Zahida yang sengaja mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya kepada pemberita disifatkan sebagai berniat jahat.
"Saya telah berulang kali dipanggil untuk temu duga kerja namun tidak berjaya kerana fitnah yang dilemparkan kepada saya.
"Akibat daripada kejadian itu juga saya terpaksa menanggung malu kerana telah disoal siat polis dan ditahan reman dalam lokap polis selama empat hari," katanya.
Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman iaitu penyanyi Dayangku Intan yang turut menemani anak saudaranya itu berkata, dia dan keluarganya turut menanggung malu besar akibat kejadian tersebut.
Dayangku Intan yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata, nama Noor Azman perlu dibersihkan kerana dia berkenaan tidak bersalah dan fitnah itu telah memberi kesan kepada kehidupannya.
BEKAS SUAMI WAN NUR AZLIN MENINGGAL DUNIA
Bekas suami aktres Wan Nor Azlin iaitu Mohd Yazli Yaacob diberitakan meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung. Berita tersebut telah di sahkan sendiri oleh kawan arwah di facebook iaitu Hafizd Azmi.
Menurut info mereka... jenazah Allahyarham telah di kebumikan pada pukul 10 pagi tadi di Kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun Perak.
Sementara itu menurut dramatis Wan Nor Azlin sendiri, pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suaminya mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN.
“Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah,” katanya yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir sambil dikelilingi ahli keluarga lain.
MAJLIS BERTUNANG ANAK AZIZ M OSMAN
Tahniah buat pelakon, penerbit dan pengarah Aziz M Osman sempena majlis pertunangan anak perempuan nya Puteri Nurul Fatehah hari ini.
Untuk info, mereka sekeluarga mengenakan pakaian merah jambu sebagai tanda satu hati dalam majlis penuh meriah itu. Nampaknya tidak lama lagi, Aziz bakal menjadi datuk pula dan bertambah besarlah keluarga mereka nanti. Ahak!
Almy Nadia merentan pasal Fizz lagi
SAMBIL baca kisah pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang bakal menikah dengan kakak Dafi AF, Nina Ismail Sabri, tiba-tiba Diva teringatkan janji-janji pelakon Fizz Fairuzz yang baru-baru ini ada keluarkan kenyataan mahu hantar rombongan merisik Almy Nadia, kekasih lamanya.
Diva kira, tempoh masa 'minggu hadapan' yang dikatakan oleh Fizz sudah lama berlalu tapi secebis berita tentang majlis risik-merisik itu tak muncul tiba. Tapi disebabkan Diva faham sangat perangai Fizz yang rasa-rasanya ibarat sudah 18 juta kali hendak masuk merisik si Almy, jadi Diva biarkan sahaja janji manis Fizz itu berlalu.
Cuma apabila kawan-kawan Diva mula bercakap pasal Almy yang meluahkan status-status beremosi rentan dalam akaun Twitter miliknya, Diva rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Nak tekan telefon bercakap sendiri dengan Almy, rasanya sama juga jawapan yang akan Almy katakan. Paling-paling dia akan suruh kita tanyakan sendiri kepada Fizz.
Fikir-fikir, simpati pula terhadap Almy. Macam tunggu bulan jatuh ke riba pun ada. Si Fizz pula, kalau tak mahu nak merisik atau masuk meminang janganlah buat janji. Ini asal media tanya, dia pun siaplah buka cerita nak bertunang nak merisik bagai. Janji palsu sangat, yang jadi mangsa si perempuan macam Almy, tunggu punya tunggu, habuk pun tak ada.
Diva bukan nak menyibuk dalam kes orang nak menikah atau nak bercerai, tapi kalau cakap tak serupa bikin, macam mana orang tak kisah. Kalau tak silap Diva, rasanya dah dekat lapan tahun Fizz dan Almy bercinta, putus-sambung dan putus kemudian bersambung lagi, wartawan asyik ulang cerita yang sama cuma berbeza masa dan tarikh.
Kalau Diva jadi Almy, tak payah asyik tunggu Fizz, awak pun bukannya tidak lawa, jumpa mana-mana lelaki yang serius, awak suka dia, dia suka awak, rasa boleh percaya, terus ikat sahaja. Kalau nak tunggu, makan tahun lagi gamaknya.
Diva faham perasaan Almy. Almy nak merentan pasal hubungan dan nasib dirinya yang macam bola kena tendang sana sini. Almy berhak rasa sakit hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]














