Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

AF 8: Giliran Erma Tersingkir


BUKIT JALIL: Perjuangan Erma atau nama sebenar Erma Suhaini dalam pentas Akademi Fantasia (AF) musim kelapan hancur di pertengahan jalan apabila dia menjadi peserta kedua tersingkir daripada program popular itu, malam tadi.

Peserta yang berasal dari Ranau, Sabah itu tersingkir selepas mendapat peratusan paling rendah menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton, iaitu 7.03 peratus.

Keputusan penyingkiran telah diumumkan dalam program Debaran AF8 secara langsung menerusi saluran Astro Ria oleh pengacara program berkenaan, Sarimah Ibrahim. di Dewan Sri Putra, Bukit jalil, di sini.

Bagaimanapun, Erma yang juga kakak kepada Adira menerima keputusan tersebut dengan reaksi tenang. Baginya ini bukan perjuangan terakhirnya sebagai penyanyi malah menganggap penyinkiran ini sebagai titik mulanya melangkah ke bidang seni.

"Dunia seni ada keunikannya tersendiri, saya rasa ingin terus menyelami bidang ini dengan apa yang telah saya pelajari dalam AF.

"Walaupun rasanya belum cukup tapi saya perlu berusaha lebih dan saya tak akan berhenti setakat ini," ujarnya.

Pada konsert mingguan yang diadakan pada malam kelmarin, pelajar berusia 21 tahun itu menyampaikan lagu Pakai Buang yang pernah dipopularkan oleh Stacy.

Dengan penyingkiran Erma, kini hanya tinggal 10 pelajar yang akan bersaing bagi merebut gelaran Juara Akademi Fantasi musim ini.

Pengkritik tetap program itu pula terdiri daripada Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie, manakala Deja Moss muncul sebagai pengkritik undangan.

Mereka yang berjaya melangkah ke minggu seterusnya ialah Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19; Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 dari Sabah; Zafarina Jamhari atau Farina, 28 (Sarawak) dan Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 (Selangor), manakala pelajar lelaki pula ialah Muhd Shahril Firdaus El atau

Daus, 22 (Sarawak), Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 (Kuala Lumpur), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 (Perak), Emirza

Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, (Negeri Sembilan) dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 dari Johor.

Fasa Baru Umie Setelah Bergelar Isteri


RAMAI yang tidak menyangka aktres Datin Paduka Umie Aida akan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

Melihat riak bahagia di wajah Umie, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ketika majlis persandingan mereka di Hotel One World semalam, jelas terpancar bibit-bibit cinta yang masih mewangi.

Warna-warna ceria yang menghiasi ruang persandingan lebih membuahkan makna kepada erti cinta sebenar yang diraih oleh Umie dan Khairuddin.

“Selepas bernikah, saya rasa angau bercinta dengan abang dan seperti hendak mengikut ke mana sahaja dia pergi,” kata Umie dalam satu sidang media selepas majlis persandingan itu.

Cara Umie bercerita menampakkan dirinya kini sudah tidak sepi tanpa cinta. Duda anak dua itu bagaikan telah berjaya menakluk hati Umie yang sebelum ini hampir membatalkan perkahwinannya.

Pasangan itu telah selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Mac lalu di Tanah Suci Mekah.

“Alhamdulillah, selepas dua minggu bergelar isteri, saya menjadi manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang, saya takut tiada perasaan cinta. Syukur, saya dapat rasai sendiri rasa cinta kepada abang.

“Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli,” ujarnya sambil tersenyum di sisi suami tercinta.

Diusik apakah juadah pertama yang dimasak oleh Umie, dia berkata suaminya sempat menjamah sarapan pagi berupa roti sardin dan sup. Lantas, Khairuddin di sebelah mencelah: “Sedap sangat…”

“Abang dah mula bekerja. Apabila dia pulang kerja, dia tidak mahu saya terlalu sibuk memasak untuknya. Cukuplah sekadar menyediakan buah-buahan,” kata Umie yang turut sibuk dengan persiapan untuk berpindah ke rumah baru mereka di Bukit Kiara.

Ditanya tentang bulan madu, mereka akan terbang ke London memandangkan Khairuddin mempunyai urusan urusan perniagaan di sana pada bulan April ini.


Menyentuh tentang anak, Umie yang mempunyai dua orang anak angkat itu berserah kepada Tuhan untuk mengurniakan anak pada bila-bila masa.

Tepat pukul 9 malam tadi, Umie dan Khairuddin disandingkan di atas pelamin rekaan Jovian Mandagie serta menyarungkan persalinan berwarna merah cili rekaan pereka yang sama.

Hampir 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke majlis itu.

Turut hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh Juita Jalil itu adalah keluarga Umie termasuk kakaknya, pengarah dan pelakon Erma Fatima, keluarga pihak lelaki, selebriti terkenal tanah air seperti Erra Fazira, Serina Redzuawan, Dynas, Nabila Huda, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Liyana Jasmay, Misha Omar, Fazura, Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad.

Umie dan Khairuddin ditepung tawar oleh kedua-dua jemputan khas itu dan makan beradap bersama-sama. Sekali-sekala, mempelai dan tetamu turut diraikan dengan tarian Melayu tradisional dan nyanyian lagu-lagu ‘evergreen’ oleh Farhan, Ziana Zain dan Salamiah Hassan.

Selepas upacara makan beradap, pasangan pengantin menukar persalinan kedua yang serba putih untuk upacara memotong kek.

Tolonglah, jangan buang anak - Catt


TIADA momen terindah buat wanita yang mengandung sembilan bulan apabila melihat wajah darah daging sendiri di hadapan mata. Terbit 1,001 perasaan bercampur-baur terutama semasa si ibu bertarung nyawa ketika melahirkan anak. Namun begitu, saat tersebut kemudiannya bertukar menjadi manis dan sayu setelah melihat kelibat si kecil menjerit dalam tangisan.

Begitu juga keadaannya dengan artis yang popular dengan drama Mek Salmah Dari Scotland, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali dengan nama komersial Catriona Ross.

Ibu berusia 30 tahun ini bertuah kerana melahirkan anak tanpa sebarang masalah komplikasi dan kemudaratan yang serius.

''Saya tidak dapat jelaskan di sini bagaimana perasaan indah ketika melahirkan Sephia Rania Ross_Eddin. Dia cukup sempurna dan sihat. Sangat cantik dan sukar hendak diungkapkan dengan perkataan. Rasa pilu juga apabila melihat wajah anak yang dikandung dalam perut selama ini,'' kata Catriona sambil tersenyum manja.

Bayi perempuan yang dipanggil Rania itu adalah pelengkap kehidupan buat Catriona dengan suaminya, Shaharuddin Mokhtaruddin, 31, yang merupakan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro. Ia juga simbolik bagi ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada 26 Jun 2009.

Rania dilahirkan tepat pukul 8.44 malam di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu. Pada ketika itu beratnya adalah 3.1 kilogram. Berita tersebut disambut gembira oleh keluarga dua belah pihak. Maklum sahaja, cucu sulung dan sudah pasti debaran dirasai berlainan sekali.

Bercerita tentang pemilihan nama Sephia Rania Ross_Eddin, tanpa berselindung Catriona memberitahu, ia berkait rapat dengan pembabitan awal dalam melakar namanya sebagai pelakon sekitar tahun 2004.

Secara jujurnya, drama Sephia yang dilakonkannya itu berjaya mengangkat namanya di mata peminat seni tempatan. Jadi, tidak salah sekiranya Catriona mengabadikan nama berkenaan buat cahaya mata sendiri.

Kebetulan juga terjemahan di sebalik nama Sephia Rania memikat hatinya. Ia bererti 'keindahan yang mempersona' boleh dijadikan sebagai doa setiap kali nama anaknya dipanggil.

''Saya suka dengan nama itu. Saya cadangkan kepada suami selepas mengetahui jantina kandungan pada minggu ke-20. Pada masa yang sama, kami turut rahsiakan jantina anak kepada semua orang termasuk ibu bapa.

''Tetapi selepas kelahiran Rania, saya pula tidak percaya bergelar ibu. Perasaan yang sama saya alami setiap hari meskipun sudah 16 hari berlalu. Mata Rania mirip saya. Itu bahagian yang paling saya suka,'' cerita Catriona.

Bercerita tentang pengalaman yang dialami selama mengandungkan Rania dahulu, Catriona mengatakan dia mengalami tempoh yang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar.

Masakan tidak, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini menjadi seorang yang aktif, lasak dan penyabar. Sifat sedemikian bertentangan dengan jiwa Catriona semasa di zaman gadis dahulu.

Ini kerana pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) Universiti Putra Malaysia itu sempat menjalani penggambaran berjudul Dimensi Cinta sehingga kandungan memasuki usia 28 minggu.

Selain itu, Catriona rajin memasak untuk suami dan berdaya untuk melakukan kerja rumah tanpa bantuan sesiapa. Meskipun terlalu berat buat wanita hamil sepertinya tetapi Catriona gagahkan juga.

Mungkin disebabkan alasan berkenaan, Rania dilahirkan dalam keadaan sihat dan baik tanpa banyak ragam. Dia hanya bangun pada waktu malam merengek agar ditukar lampin dan diberikan susu.

''Rania seolah-olah memahami perasaan saya. Walaupun dia masih belum boleh melihat tetapi sering memberi reaksi tatkala namanya dipanggil. Dia juga suka mandi dan gembira apabila bermain dengan air,'' cerita ibu berusia 30 tahun ini.

Amalkan berpantang

Seperti ibu-ibu lain, Catriona juga melalui proses berpantang. Dia bertuah kerana mendapat penjagaan sepenuhnya daripada ibu mentua, Azizam Ahmad, 53, di rumahnya di Wangsa Maju.

Sehingga ke hari ini, Catriona masih mengikuti 'kelas' tradisional Melayu itu setiap hari. Ia meliputi bertungku dan berurut pada waktu pagi manakala pada sebelah malamnya hanya aktiviti bertungku sahaja.

''Rutin tersebut perlu diselesaikan dalam masa 44 hari. Selain itu, saya juga berpantang makan dan memakai stoking sentiasa bagi mengelakkan angin masuk ke dalam badan. Semua itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi,'' katanya yang merancang untuk memiliki tiga orang anak pada masa depan.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini juga menimba pengalaman tentang penjagaan bayi daripada ibunya, Siti Zawiyah Abdul Rahman. Ini kerana sebelum ini ibunya pernah bertugas sebagai Ketua Jururawat di sebuah hospital di United Kingdom (UK) satu ketika dahulu.

Segala maklumat tersebut dikongsi bersama dan digabung bersama beberapa petua moden yang diperolehi menerusi proses pembacaan. Ia bertujuan memberi kesegaran buat dirinya sepanjang tempoh berpantang.

Ia juga digunakan sebagai panduan penjagaan Rania dan bakal anak-anaknya yang lahir pada masa akan datang.

Tolong jangan buang anak!

Emosi Catriona yang popular dengan drama bersiri Sephia dan Datin Diaries tiba-tiba berubah saat diajukan soalan mengenai kes bayi dibuang yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Secara peribadi, naluri ibunya tersentuh setiap kali melihat anak kecil tidak berdosa itu dibuang dan dibakar dalam tong secara kejam. Ia merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh kaum hawa yang bersifat binatang.

Apatah lagi selepas mengetahui kebanyakan kes pembuangan bayi melibatkan kaum Melayu. Baginya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku di kalangan masyarakat Timur yang mengamalkan budaya timur dan penuh dengan adat.

''Jika hendak bandingkan kes pembuangan bayi di Barat, ia memang ketara. Di UK misalnya, ada juga kes seperti itu. Tetapi, mereka balutkan bayi tersebut dengan selimut, disertakan susu botol dan diletakkan dalam bakul sebelum ditinggalkan, kiranya masih ada perasaan kasihan.

''Tetapi perkara itu tidak berlaku di Malaysia, kita lebih teruk. Di sini, bayi yang dibuang hanya ditutupi surat khabar atau kertas, selepas itu mereka buang anak tidak berdosa itu ke merata-rata tempat yang dia sempat. Di mana sifat keibuan itu?'' katanya dengan nada penuh kesal.

Perasaan marah semakin bertambah terhadap kaum ibu yang melakukan perbuatan terkutuk itu menjadi-jadi selepas melahirkan Rania. Jika tangisan Rania mampu mencairkan jiwa wanitanya, Catriona terfikir kenapa perasaan sebegitu tidak dimiliki oleh wanita yang sanggup membuang anaknya sendiri?

Pada masa yang sama, Catriona turut menyatakan sokongan terhadap kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia yang cakna dengan masalah sosial yang semakin serius itu. Baginya, kempen itu juga tepat pada masanya di saat gejala buang bayi semakin berleluasa masa kini.

''Ia juga bertujuan untuk 'mematikan' semua usaha pembuangan anak yang masih belum bernoktah itu. Kempen anjuran sebuah syarikat akhbar yang besar seperti Utusan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang betapa bahayanya penyakit moral itu jika terus dibiarkan,'' tegas Catriona yang turut menyatakan kesanggupan untuk mengambil dan membela bayi terpinggir jika ditemui di jalanan.

"Mereka berhak diberi peluang untuk bernafas dan hidup seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

Kalau boleh sekarang mahu nikah!~Alif Satar


ALIF sudah ada teman wanitaAssalamualaikum. Hai Alif. Saya merupakan salah seorang peminat setia Alif sejak muncul dalam OIAM lagi.

1. Apa perkembangan terbaru anda sekarang?

2. Sudah ada teman wanita ke belum? Apa ciri-ciri wanita idaman Alif?

3. Kenapa Alif hanya mengacara rancangan kanak-kanak sahaja. Tak ada rancangan lain ke?

n Geeme Fb

Kuala Lumpur.

ALIF

1. Terima kasih atas sokongan Geeme, terima kasih banyak-banyak. Alif sekarang sibuk mempromosikan album sulung, ALIF SATAR- NAKAL. Selain daripada menyanyi Alif juga sibuk dengan mengacara dan berlakon.

2. Alif dah ada teman istimewa cuma tak terlalu serius. Cuma rasa seronok bila rasa ada orang lain bukan dari keluarga kita yang sayang pada kita, ambil berat dan mencurahkan kasih sayang kepada Alif. Alif suka perempuan yang cantik, suka kucing dan pandai masak nasi beriyani.

3. Betul juga kata Geeme. Kadang-kadang Alif sendiri tertanya-tanya soalan yang sama. Tapi mengendalikan rancangan kanak-kanak ini memberi Alif kepuasan yang berbeza, rasanya lebih original dan real. Tapi untuk tahun ini ada satu rancangan bola sempena Piala Dunia 2010, satu benda yang baru yang Alif akan cuba.

Cemburu dengan kejayaan orangAssalamualaikum, semoga Aliff sihat ceria selalu dan sudi menjawab beberapa soalan saya.

1. Bilakah Alif ingin meneruskan pengajian setelah habis SPM ?

2. Apakah hobi Aliff semasa ketiadaan tawaran persembahan nyanyian?

3. Bagaimana Alif hadapi saingan artis-artis di bawah platform OIAM?

n Shuk_Jefrri,

Kluang, Johor

ALIF

1. Selepas tamat SPM pada 2007, Alif memang dah bersedia ke Kolej TAJ, Ipoh. Tapi kebetulan pula masa itu Alif dikehendaki mengikuti PLKN. Jadi, dengan kesibukan kerja dan segala-galanya waktu pengajian alif tertangguh. Bagi Alif nak belajar bukan semata-mata di sekolah atau di universiti saja tapi dimana-mana pun kita belajar. The world is my classroom. Experience is the best teacher.

2. Soalan yang best. Kalau tak sibuk dengan kerja Alif seolah-olah macam pemandu keluarga. Waktu lapang juga akan Alif gunakan untuk bersukan dan sukan ekstrem paling Alif suka. Wall climbing. Itu wajib dilakukan!

3. Alyah, Faizal Tahir dan Farah Asyikin adalah antara artis yang dah mencipta nama selepas OIAM dan saya sendiri gembira dengan kejayaan mereka. Perasaan persaingan mesti ada dan cemburu pun ada kadang-kadang. Tapi ini semua adalah cabaran. Apa yang Alif buat adalah dengan kekalkan dengan imej Alif sekarang ni.

Baru dapat royaltiHai Alif, apa khabar? Harap Alif terus sihat dan sentiasa ceria dengan apa yang anda lakukan. Sebagai peminat saya akan terus menyokong kerjaya seni anda sampai bila-bila.

1. Apa perkembangan album terbaru anda? Dari segi jualan adakah anda berpuas hati?

2. Apa kepuasan yang anda kecapi apabila melihat album Jangan Nakal mendapat sambutan daripada peminat?

3. Siapakah yang menjadi sumber inspirasi kepada anda untuk menjadi penyanyi.

n Kiah,

Jelebu, Negeri Sembilan.

ALIF

1. Alhamdulillah. Album Alif mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat dan Alif sendiri tak percaya dengan perkembangan ini. Kebetulan pula Alif baru sahaja dapat royalti baru-baru ini, macam tahu-tahu je kan. Selagi Sony Music berpuas hati dengan semuanya, Alif juga begitu.

2. Rasanya nak buat album yang lebih, lebih, lebih nakal lagi. Tapi lagi puas hati kalau Cik Kiah beli sepuluh album Alif.

3. Antara yang menjadi idola alif sejak kecil lagi adalah Sudirman Hj. Arshad, P. Ramlee dan yang semestinya Michael Joseph Jackson. Tapi semua dah tiada lagi namun tetap menjadi inspirasi dan sentiasa memberi sokongan pada Alif sekarang ni.

Nak pakai motor besarAssalamualaikum Alif, apa khabar? Saya harap Alif sentiasa sihat dan diberkati Tuhan selalu. Saya ada beberapa soalan untuk Alif.

1. Apakah ciri-ciri wanita yang idaman Alif? Adakah dia bertudung atau tidak dan bagaimana perangai wanita itu?

2. Perkara yang paling diidamkan oleh Alif semasa bergelar artis?

3. Apa perasaan Alif sekarang setelah bergelar artis? Adakah impian Alif sudah tercapai?

n Mariamah Kapoochi,

Mersing, Johor.

ALIF

1. Nama teman wanita Alif pun ada bunyi-bunyi macam Mariamah Kapoochi juga. Yang Alif tengok dia ke masjid bertudung. Fuhhh... Memang cantik macam wanita Arab saja. Perangai dia boleh tahan kepoh juga. Hahaha!

2. Alif idamkan motor berkuasa besar yang berbunyi bising dan berwarna merah. Buat masa masih dalam proses memujuk rayu ibu dan ayah untuk membeli superbike.

3. Perasaan dia biasa je. Tapi bila setiap kali selesai persembahan, ramai peminat nak bergambar, nak bersalam dan nak nombor telefon. Rasa yang biasa tu dah jadi luar biasa. Alif masih lagi mengejar impian. Apa yang pasti pengalaman, pemandangan dalam pejalanan ini membuat Alif rasa nak terus berjalan tanpa henti.

Pernah putus asaAssalamualaikum Alif. Saya adalah salah seorang peminat setia Alif sejak awal kemunculan anda lagi. Saya ada beberapa soalan yang mahu ditanya kepada awak.

1. Bagaimana jika saya mahu berhubung terus dengan awak? Ada e-mel tak?

2. Sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara apakah cabaran yang paling besar yang pernah anda alami?

n Asmahani,

Shah Alam, Selangor.

ALIF

1. Hai Asmahani. Terima kasih kerana menghantar soalan ini pada Alif. Senang sahaja nak berhubung dengan alif. Awak boleh hantar e-mail ke alif.satar@gmail.com. Alif tunggu e-mel awak tau!

2. Ada suatu ketika dulu selepas OIAM Alif tercari-cari tapak dan rasa sedih bila orang luar dah mula lupa pada Alif. Ada yang sudah tidak mengenali Alif sampai Alif rasa putus asa dalam industri ni. Alif rasa seolah-olah tak dikehendaki dalam industri seni Malaysia. Cabaran ini Alif redah dengan hati yang kering dan sekarang ini Alif dapat lihat hasilnya.

Nak kahwin sekarang jugaAssalamualaikum Alif. Saya sekeluarga amat meminati anda dan sentiasa berharap anda melakukan yang terbaik dalam industri seni.

1. Saya senang sekali mendengarkan lagu Jangan Nakal yang dimainkan di radio. Di dalam album kamu, lagu mana yang paling kamu suka dan kenapa?

2. Bila lagi nak berumah tangga? Dah jumpa calon yang sesuai?

3. Bersaing dengan nama-nama besar dalam industri? Apa pandangan anda tentang perkara ini?

n Kawan Lama,

Klang,Selangor.

ALIF

1. Dalam album Jangan Nakal ada satu yang Alif sendiri tulis. Bukan 'bias' tapi lagu tu disusun adunkan dengan baik, cantik dan indah sekali oleh produser hebat, Aubrey Suwito. Lagu Katamu adalah lagu kegemaran dan pada masa yang sama rasa bangga kerana lagu pertama yang Alif tulis mendapat sentuhan seorang yang hebat yang Alif kagumi.

2. Kalau boleh sekarang juga Alif nak menikah. Tapi teman wanita tak mahu.

3. Tak ada masalah sebenarnya nak bersaing dengan nama-nama besar. Tapi ia memang mencabar dan sangat mencabar tapi seronok.

Halim Othman syok sendiri


SAYA merupakan salah seorang pendengar stesen Suria FM sejak awal kemunculan stesen ini lagi. Cuma apa yang dikesalkan apabila perubahan yang berlaku di stesen tersebut membuatkan saya menyampah.

Menyampah? Mengapa saya menyampah? Pasti ramai yang tak puas hati dengan kenyataan saya ini memandangkan sudah ada pembaharuan yang dilakukan oleh stesen itu untuk menarik minat pendengar. Apa yang pasti cuba anda dengan rancangan Breakfast @ Suria yang menampilkan deejay Halim Othman dan Zizi.

Halim sangat dominan dan mendominasi keseluruhan masa yang ada. Semua Halim nak sapu dan bercakap tanpa henti. Kasihan pula pada Zizi yang terkial-kial mengikut rentak Halim.

Mungkin ramai yang menyanjung tinggi keupayaan Halim bercakap tanpa henti tapi kena juga fikir perasaan pendengar. Adakah orang suka apa yang kita cakapkan?

Harap selepas ini perkara yang sama tak akan berulang lagi dan perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan penonton terhadap Suria FM.

Masih berahsia soal cinta


KHABAR angin bertiup kencang melibatkan kisah percintaan di antara bintang Hong Kong, Charlene Choi yang dikatakan tidak bersama lagi dengan kekasihnya, Ronald Cheng.

Terdapat percanggahan pendapat tentang hubungan mereka tatkala ditanya media di China. Misalnya, Charlene pernah membuat kenyataan bahawa mereka tidak pernah putus kerana belum pernah mengakui hubungan yang dibina secara rasmi kepada khalayak.

Bagaimanapun Choi pula tetap dengan pendiriannya pada saat ini menyatakan mereka masih dalam ikatan cinta.

''Tiada siapa yang boleh meramalkan hubungan mereka. Masing-masing bermain tarik tali,'' kata teman rapat pasangan tersebut.

Choi yang berusia 27 tahun menjalinkan hubungan dengan Cheng, 38, sejak tahun 2004 selepas mereka sama-sama membintangi filem komedi Hidden Heroes.

Sumpah! Mahu tak lagi bebogel~Kendra Wilkinson


BEKAS model Playboy, Kendra Wilkinson tidak sanggup untuk bersumpah Mahu berposing Kegemaran bogel lelaki dalam majalah itu buat kesekian kalinya. Keputusan itu didorong atas dasar keinsafan status ibu selepas memegang kepada Hank Jr pada Disember tahun lalu.

''Saya rasa saya sudah tiba masa untuk menolak Tawaran berbogel dalam majalah Playboy. Bagus dan tidak malu apabila tiada seutas benang di tubuh kita,''katanya berterus terang.

Wanita kelahiran San Diego, California ini juga akan menumpukan perhatian buat 100 peratus Hank Mahu dan tidak mengikut jejak langkah dia sepertinya.

Kendra ditanya adakah keputusannya akan mengubah satu masa nanti, anak kedua daripada dua beradik ini memberitahu, ia bergantung kepada keadaan.

''Masih terlalu awal untuk dibicarakan tentang perkara ini. Saya akan beritahu kemudian,''ringkasnya.

Kekecewaan kedua heroin Titanic~Kate Winslet


PERCERAIAN heroin Titanic, Kate Winslet bersama pengarah Sam Mendes yang diumumkan pada 15 Mac lalu memberi kejutan kepada dunia. Pasangan serasi, bahagia dan dilihat sempurna ini akhirnya akur dengan putaran kebiasaan bagi pasangan selebriti yang berkahwin secara sah di Hollywood iaitu bercerai.

Perkahwinan yang bermula 24 Mei 2003 ketika mereka melafazkan perjanjian di Anguilla, Kepulauan Carribbean hanya bertahan selama tujuh tahun.

Sehingga ke hari ini, tidak dijelaskan punca perpisahan. Saksi paling rapat pada pasangan itu memberitahu, rumah tangga mereka sudah bergoyang sejak beberapa bulan lalu.

''Hidup sebagai pasangan suami isteri ada pasang surutnya. Tetapi bagi pasangan ini, mereka tidak boleh bertentang mata antara satu sama lain. Rasa marah dan macam-macam lagi. Akhirnya, mengumumkan untuk berpisah secara baik pada pagi Isnin minggu lalu,'' cerita seorang saksi kepada media Hollywood.

Berita tersebut disampaikan oleh peguam pasangan Britain itu, Keith Schilling. Pada masa yang sama, persetujuan telah dicapai untuk penjagaan anak lelaki mereka, Joe Alfie Winslet Mendes yang lahir pada 22 Disember 2003 di New York City.

Mendes dan Winslet tidak mahu perceraian itu memberi kesan psikologi kepada Joe dan anak perempuan Winslet pada perkahwinan dahulu, Mia Honey.

Jika diimbas kembali sejarah, Mendes bukan kesilapan pertama buat diri Winslet. Wanita kelahiran Reading, Berkshire, England ini pernah melakukan khilaf yang sama bersama pengarah Jim Threapleton pada 22 November 1998 lalu kerana perkahwinan itu terjadi ketika Winslet semasa berada di kemuncak populariti. Ketika filem blockbuster Titanic yang dibintangi bersama Leonardo DiCaprio pada 1997 banyak membantu dirinya dikenali ke merata dunia, tindakan Winslet dilihat sebagai satu kerugian besar.

Menerusi filem itu juga, barulah ramai yang mengenali Winslet. Wanita berwajah klasik Inggeris ini juga berjaya menarik ratusan penerbit filem untuk turut sama membintangi karya mereka.

Hubungan cinta antara Winslet dan Threapleton terjalin semasa mereka berada di set penggambaran filem Hideous Kinky. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan Mia yang lahir di London pada 12 Oktober 2000. Entah ribut mana yang melanda pasangan itu, akhirnya mereka bercerai setahun kemudian.

Saksi memberitahu, Winslet gembira di saat awal pertemuan dengan Mendes. Baginya, lelaki itu benar-benar dan rupa-rupanya, Winslet tidak bertepuk sebelah tangan apabila Mendes juga mempunyai rasa yang sama.

Antara strategi Mendes untuk menawan hati Winslet adalah mencadangkan nama Winslet sebagai pelakon untuk pementasan di Donmar Warehouse Theatre. Ketika itu, Mendes bertindak sebagai pengarah artistik.

Hakikatnya, lelaki yang memulakan kerja-kerja pengarahan untuk Royal Shakespeare Company sejak tahun 1990 ini juga mempunyai cita rasa dan penilaian yang tinggi terhadap golongan wanita.

Tiga wanita yang dikaitkan dengan nama Mendes semuanya hebat iaitu seperti Jane Horrocks, Rachel Weisz dan Calista Flockhart. Sebab itu juga tidak hairan sekiranya dia memilih Winslet sebagai suri hidupnya.

Sehari selepas perceraian Winslet-Mendes, rakan baik Winslet, DiCaprio menjadi teman paling sejati wanita berkenaan. Dia sanggup menumpangkan 'bahu' untuk wanita itu menangis semahu-mahunya.

''DiCaprio dan Winslet seperti adik- beradik sejak mereka membintangi Titanic. Hubungan mereka juga rapat selepas bahtera rumah tangga Winslet bergoyang,'' kata saksi kepada Sun.

Pasangan kekasih Titanic ini pernah digandingkan bersama dalam filem Revolutionary Road di bawah arahan bekas suami Winslet pada dua tahun lalu.

Pasha bersalah


SIGIT PURNOMO atau Pasha, Ungu akhirnya ahli kumpulan didapati bersalah kerana bekas Melakukan penganiayaan terhadap isterinya, Okie Agustina Sofyan. Pasha dijatuhi Hukuman Penjara 10 bulan dengan masa percubaan selama 12 bulan.

Hukuman dengan Pasha bermakna percubaan ini tidak perlu menjalani Hukuman Penjara kecuali Jika dalam tempoh tersebut dia sekali lagi membuat aniaya terhadap wanita itu.

Hukuman terhadap Pasha ini dijatuhkan oleh Majelis Hakim Mahkamah Negeri Bogor, DKI Jakarta. Semasa Hukuman dibacakan, Pasha diminta supaya mengawal emosinya dan memperbaiki hubungan dengan bekas isteri terutamanya dalam hal Penjagaan anak-anak.

Bagi Pasha, Hukuman yang harus dijalaninya bukanlah satu Hukuman yang ringan Sentiasa kerana dia harus berhati-hati dalam setiap tindakannya. Namun Hukuman yang dijatuhkan terhadap Pasha adalah Hukuman lebih ringan daripada yang dituntut oleh PIHAK Pendakwa Penjara iaitu satu tahun setengah.

Okie Agustina melahirkan rasa hatinya kurang puas dengan Hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Pasha kerana jauh menyimpang daripada tuntutan pendakwaan dahulu. Namun menurut Okie niatnya bukanlah untuk memenjarakan Pasha, cuma ingin memberi pengajaran bahawa perbuatannya selama ini adalah salah.

Cinta Laura


CINTA Laura merupakan antara penyanyi wanita Indonesia yang hendak naik. Malah dia baru sahaja melancarkan debut pertamanya yang sudahpun menjengah pasaran Indonesia dan baru sahaja masuk ke Malaysia.

Bekas finalis peserta pertandingan ratu cantik ini bukan sahaja cantik malah turut sama mempunyai bakat nyanyian yang dikagumi oleh mereka yang sudah mendengar keseluruhan albumnya.

Gadis yang baru mencecah usia 17 tahun ini mempertaruhkan pelbagai konsep dalam album yang dilihat begitu dekat dengan jiwa remajanya. Malah dia juga menyifatkan bidang nyanyian sebagai jalan untuk memuaskan hati sendiri.

Dengarkan lagu-lagu seperti Cinta Atau Uang, Capek Hati, Shoot Me, You Say Aq, Kebebasan, We Can Do It dan banyak lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails