Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kekecewaan kedua heroin Titanic~Kate Winslet


PERCERAIAN heroin Titanic, Kate Winslet bersama pengarah Sam Mendes yang diumumkan pada 15 Mac lalu memberi kejutan kepada dunia. Pasangan serasi, bahagia dan dilihat sempurna ini akhirnya akur dengan putaran kebiasaan bagi pasangan selebriti yang berkahwin secara sah di Hollywood iaitu bercerai.

Perkahwinan yang bermula 24 Mei 2003 ketika mereka melafazkan perjanjian di Anguilla, Kepulauan Carribbean hanya bertahan selama tujuh tahun.

Sehingga ke hari ini, tidak dijelaskan punca perpisahan. Saksi paling rapat pada pasangan itu memberitahu, rumah tangga mereka sudah bergoyang sejak beberapa bulan lalu.

''Hidup sebagai pasangan suami isteri ada pasang surutnya. Tetapi bagi pasangan ini, mereka tidak boleh bertentang mata antara satu sama lain. Rasa marah dan macam-macam lagi. Akhirnya, mengumumkan untuk berpisah secara baik pada pagi Isnin minggu lalu,'' cerita seorang saksi kepada media Hollywood.

Berita tersebut disampaikan oleh peguam pasangan Britain itu, Keith Schilling. Pada masa yang sama, persetujuan telah dicapai untuk penjagaan anak lelaki mereka, Joe Alfie Winslet Mendes yang lahir pada 22 Disember 2003 di New York City.

Mendes dan Winslet tidak mahu perceraian itu memberi kesan psikologi kepada Joe dan anak perempuan Winslet pada perkahwinan dahulu, Mia Honey.

Jika diimbas kembali sejarah, Mendes bukan kesilapan pertama buat diri Winslet. Wanita kelahiran Reading, Berkshire, England ini pernah melakukan khilaf yang sama bersama pengarah Jim Threapleton pada 22 November 1998 lalu kerana perkahwinan itu terjadi ketika Winslet semasa berada di kemuncak populariti. Ketika filem blockbuster Titanic yang dibintangi bersama Leonardo DiCaprio pada 1997 banyak membantu dirinya dikenali ke merata dunia, tindakan Winslet dilihat sebagai satu kerugian besar.

Menerusi filem itu juga, barulah ramai yang mengenali Winslet. Wanita berwajah klasik Inggeris ini juga berjaya menarik ratusan penerbit filem untuk turut sama membintangi karya mereka.

Hubungan cinta antara Winslet dan Threapleton terjalin semasa mereka berada di set penggambaran filem Hideous Kinky. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan Mia yang lahir di London pada 12 Oktober 2000. Entah ribut mana yang melanda pasangan itu, akhirnya mereka bercerai setahun kemudian.

Saksi memberitahu, Winslet gembira di saat awal pertemuan dengan Mendes. Baginya, lelaki itu benar-benar dan rupa-rupanya, Winslet tidak bertepuk sebelah tangan apabila Mendes juga mempunyai rasa yang sama.

Antara strategi Mendes untuk menawan hati Winslet adalah mencadangkan nama Winslet sebagai pelakon untuk pementasan di Donmar Warehouse Theatre. Ketika itu, Mendes bertindak sebagai pengarah artistik.

Hakikatnya, lelaki yang memulakan kerja-kerja pengarahan untuk Royal Shakespeare Company sejak tahun 1990 ini juga mempunyai cita rasa dan penilaian yang tinggi terhadap golongan wanita.

Tiga wanita yang dikaitkan dengan nama Mendes semuanya hebat iaitu seperti Jane Horrocks, Rachel Weisz dan Calista Flockhart. Sebab itu juga tidak hairan sekiranya dia memilih Winslet sebagai suri hidupnya.

Sehari selepas perceraian Winslet-Mendes, rakan baik Winslet, DiCaprio menjadi teman paling sejati wanita berkenaan. Dia sanggup menumpangkan 'bahu' untuk wanita itu menangis semahu-mahunya.

''DiCaprio dan Winslet seperti adik- beradik sejak mereka membintangi Titanic. Hubungan mereka juga rapat selepas bahtera rumah tangga Winslet bergoyang,'' kata saksi kepada Sun.

Pasangan kekasih Titanic ini pernah digandingkan bersama dalam filem Revolutionary Road di bawah arahan bekas suami Winslet pada dua tahun lalu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails