Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ariel Zafrel tolak buka baju

TIDAK semua artis main redah saja dalam menerima tawaran berlakon. Kalau ada artis yang tak kisah, tangkap muat saja apa yang disumbat di depan mata tanpa mengira maruah dan air muka keluarga, lain halnya dengan pelakon utama filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang ini. Nasihat yang diberikan seorang guru agamanya membuatkan jejaka bernama Ariel Zafrel cepat tersedar daripada alpa. Justeru filem itu akan menjadi medium terakhir untuk Ariel tampil dengan adegan buka baju. Selepas ini Ariel berjanji untuk menolak sama sekali beraksi kurang senonoh dalam drama atau filem. "Inilah filem pertama dan terakhir saya mendedahkan sebahagian tubuh. Selepas ini tidak akan ada lagi," katanya meluah janji. Ariel yang mendalami ilmu agama sejak awal tahun ini memberitahu, perubahan ini adalah usaha dirinya untuk mencari kehidupan yang lebih diredai. "Ini merupakan kali terakhir untuk saya menayang badan saya tanpa pakaian. "Setelah dinasihati guru saya, saya fikir keputusan ini perlu dilakukan demi untuk meneruskan niat untuk mendalami ilmu agama," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Kalau ada yang menganggap perubahan ini akan membataskan peluang dalam bidang seni, Ariel tidak bersetuju sama sekali. Sebaliknya dia percaya, prinsip diri yang dipegang akan dihormati oleh semua pihak kerana ia adalah perubahan ke arah yang lebih baik. "Lagipun, buat masa ini saya tidak membataskan sebarang watak yang diberikan. Saya tetap akan berlakon apa saja watak yang diberi, cuma tidak ada adegan buka baju lagi. "Itu perkara yang perlu dihindari ketika berlakon. Tetapi saya tidak nampak apa-apa masalah dari segi perubahan ini. Tawaran akan tetap datang dan rasanya permintaan ini tidak keterlaluan untuk pihak produksi," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails