Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nafi bersembunyi - Fouziah Gous

KEHILANGAN pelakon wanita ini dari dunia hiburan dikatakan berkait rapat dengan laporan media baru-baru ini yang membongkarkan dirinya kini sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan ternama. Menyangkal dakwaan tersebut Fouziah Gous, 29, memberitahu bukan niatnya untuk tidak terlalu menonjol di media sejak akhir-akhir ini. Kehilangannya itu juga bukan untuk melarikan diri dari apa-apa juga terjahan media. Bagaimanapun wanita ini mengakui berita tersebut tersebut mencetuskan kekeliruan. Bagi Fouziah jauh di sudut hatinya dia langsung tidak menyimpan amarah ke atas mana-mana pihak. Baginya dia memahami tanggungjawab yang digalas setiap wartawan. Bagaimanapun sebagai manusia biasa, dia percaya ada ruang dalam kehidupannya yang memerlukan pengasingan dari mata umum. “Saya tidak hilang dan atau lari. Saya masih di sini. Cumanya selama beberapa bulan kebelakangan ini saya banyak berada di luar Kuala Lumpur, bagi menjalani penggambaran drama bersiri Trilogi Cinta 2," katanya ketika ditemui di studio Utusan Malaysia baru-baru ini. Ingin terus mengekalkan status rahsia siapa lelaki pilihannya itu menurut Fouziah, memang benar di kala ini dia sedang mengenali seseorang. Namun sebagai wanita dia memilih untuk tidak terlalu mengembar-gemburkan kisah cintanya itu kepada umum. “Saya tidak mahu terlalu terbuka di dalam hal ini, lebih-lebih lagi saya di pihak wanita. “Saya percaya setiap yang berlaku akan memberi kesan kepada keluarga si dia dan saya, jadi saya memilih untuk menjauhkan daripada tekaan umum demi mengekalkan hubungan ini," katanya. Mengakui tahun ini agak sibuk untuk dirinya, bagi Fouziah tiada tarikh pasti bergelar suri hati buat kekasih hatinya itu lagi. Tidak mahu mencetuskan apa-apa polemik buat masa ini, bagi Fouziah walau apa juga status bakal suaminya nanti, dia mahu peminat mendoakan yang terbaik. “Ya, saya agak sibuk tahun ini dan memang saya tidak merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan dalam waktu terdekat ini. "Siapa dia dan status dirinya tidak ada kena mengena. Cukuplah saya katakan bahawa saya juga wanita biasa dan mahu dicintai. Saya berharap mereka di luar sana mendoakan yang terbaik untuk saya," jelasnya. kekal rakan baik Sebelum kisah cintanya dengan VIP itu tercetus, Fouziah sering kali dikaitkan dengan pelakon lelaki Iqram Dinzly. Namun penafian demi penafian yang dilakukan mereka berdua menimbulkan perasaan tidak enak peminat yang mendakwa kedua mereka hanya menyembunyikan sesuatu di sebalik hubungan baik itu. “Kami tidak menyembunyikan apa-apa, dia dan saya hanya rakan baik. “Saya tidak nafikan kami sering bersama namun tiada salahnya untuk saya mempunyai seorang rakan lelaki yang mungkin berkongsi bermacam rahsia dengan saya tanpa menjalinkan hubungan cinta" katanya. Bukan niat mahu menimbulkan kekeliruan, bagi Fouziah dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hubungannya dengan Iqram. Malah bagi wanita ini, dia percaya bukan dia yang memulakan kisah cinta tidak benar ini. “Saya tidak mahu peminat kami khususnya keliru dengan keadaan kami. “Saya percaya bukan kami berdua yang memulakan cerita ini tetapi orang lain di luar sana. Apa yang pasti kami berdua kini hanya kekal sebagai rakan baik malah hubungan ini tidak pernah menguntungkan mana-mana pihak pun kerana kedua kami ikhlas sebagai rakan sahaja," jelasnya. Mendoakan agar rakan lelakinya itu bertemu seorang jodoh yang baik suatu hari nanti, sebagai rakan dia tentunya akan menjadi orang paling gembira untuk mengetahui jika rakannya itu mempunyai seorang kekasih. “Saya pernah memintanya untuk segera berkahwin. Jika dia berkahwin saya merupakan orang yang paling gembira dan saya percaya, jika saya berkahwin, dia juga merasakan begitu," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails