Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Remy Ishak masuk hospital

ADUH kasihan pula Joyah dengar cerita pelakon pujaan Malaysia yang dikhabarkan terlantar sakit di sebuah hospital pertengahan minggu ini. Joyah tak tahu pula di mana Remy 'menginap' tetapi dia ada memberitahu yang dia diserang demam panas sampai kena tahan dalam wad. Sudahlah demam panas, kekasih hati pula buat tak tahu sahaja. Itu yang Joyah dapat simpulkan bila membaca twit pelakon berkenaan yang cukup kecewa dilayan sebegitu oleh teman wanitanya. Ada beberapa lagi twit yang dikeluarkan oleh Remy tetapi tak ingin pula Joyah keluarkan dalam akhbar ini. Kalau tak ada teman wanita, Joyah rasa ramai lagi ahli keluarga Remy yang boleh jaga kan. Joyah pun sanggup okey! Bukan apa, sebelum ini pun Remy pernah diserang migraine yang teruk sampaikan tak sempat nak menghadiri sesi fotografi dengan akhbar Joyah. Jadi bila dengar khabar terbaru ini, Joyah dapat rasakan yang Remy harus berehat panjang sehingga sembuh. Badan pun nak rehat juga Remy. Kalau hari-hari bekerja mencari duit sampai kesihatan terjejas lagi parah. Nanti apa pun tak boleh nak buat. Kepada Remy, Joyah doakan semoga cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails