Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nia mahu anak jadi penari balet

NIA Ramadhani yang terkenal dengan watak jahat dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih mahu anak perempuannya menjadi penari balet. Nia baru melahirkan cahaya mata pertama pada 2 Jun lalu itu menjelaskan, dia mahu anaknya, Mikhayla Zalindra meneruskan impiannya yang tidak kesampaian. "Mahunya dia menjadi penari balet. Saya dahulu sangat mahu menjadi seorang penari balet," ujar Nia. Suami Nia, Ardie Bakrie menambah, mereka akan mendidik Mikhayla seperti menatang minyak yang penuh. "Sama seperti orang tua kami mendidik kami dengan menerapkan aturan dan ajaran agama. Insya-Allah akan kami terapkan kepada Mikhayla," jelas Ardie. Nia tidak menolak kemungkinan untuk meminta bantuan keluarga mentuanya yang mempunyai banyak pengalaman dalam menjaga bayi. "Sepertinya memerlukan bantuan dahulu kerana ini anak pertama. Apa lagi bila dia menangis, saya juga turut menangis. Di situ saya perlukan nasihat daripada mama dan mentua," ujar Nia. Nia yang terbabit secara aktif dalam dunia hiburan pada umur 15 tahun membuat keputusan untuk bersara selepas berkahwin dengan Ardie pada 2010.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails