Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Artis muda bergaduh, Erra risau

JAUH sebelum kita mengenali siapa Neelofa dan Anzalna, para peminat filem di negara ini terlebih dahulu ‘dihidangkan’ dengan lakonan mantap Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali, Erra Fazira. Meniti perjalanan selama 19 tahun bergelar selebriti, banyak mengajar wanita gigih ini untuk menghormati apa yang dimilikinya. Melihat kemunculan para pelapisnya Erra mengakui, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dia berkongsi pengalaman memandangkan perbezaan zaman dan cabaran. Walaupun begitu bagi Erra kematangan seseorang itu mampu mengubah cara seseorang artis itu melihat dunia penuh pancaroba ini. “Saya akui pada waktu saya tiada laman sesawang, jadi ia agak terbatas untuk bertindak lebih berani. “Tetapi seharusnya sebagai seorang artis, mereka patut tahu bidang mereka ini akan sentiasa mengundang perhatian. Dan untuk itu menjadi tanggungjawab bagi mereka semua untuk mempamerkan sikap professional dan karisma sebagai seorang artis," katanya ketika ditemui di majlis pratonton telemovie Parut Asyikin di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Percaya niat mampu mengubah cara seseorang artis itu mengemudi kariernya bagi Erra, gelaran selebriti tidak datang dengan mudah. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya dengan baik. “Niat saya berada di dalam bidang ini dahulu adalah untuk mencari wang dan untuk itu saya tahu saya akan bekerja kuat menjaga periuk nasi saya. “Mungkin apa yang boleh saya katakan adalah untuk berfikir sebelum membuat apa-apa. Ini kerana setiap tindakan akan datang dengan kesannya sendiri," katanya lembut. Berharap agar pendatang baru lebih berhati-hati dengan setiap tindakan, bagi Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 37, dia sangat gembira dengan perjalanan bidang seninya selama ini yang disifatkan sebagai sangat bertuah. “Saya mendapat bimbingan Datuk Yusof Haslam semasa masuk ke dalam dunia lakonan malah melalui perkongsian pengalaman dengan rakan artis yang sudah berpengalaman banyak mengajar saya untuk melalui dunia hiburan waktu itu. “Dan saya sebenarnya sangat bertuah untuk setiap rentetan yang berlaku di sepanjang perjalanan saya," katanya tersenyum. Bermula sebagai seorang penyanyi sebelum lebih dikenali sebagai pelakon Erra memberitahu, untuk mengimbangi minatnya di dalam bidang nyanyian dia kini sedang menunggu waktu yang sesuai bagi melancarkan dua single setelah lima tahun ‘membeku’ dari bidang seni suara “Sudah lama saya ingin kembali menyanyi namun baru kini berkesempatan. “Selain lagu berentak balada saya juga minat dengan lagu fast. Untuk lagu berjudul Cinta Diam Diam yang juga ciptaan Manusia Putih, ia lebih berentak catchy dan sangat sesuai dengan jiwa saya," katanya teruja. Bakal muncul dengan single duet bersama Datin Paduka Umie Aida berjudul, Hanya Kau hasil nukilan Azlan Abu Hassan menurut Erra, sudah lama lagi dia ingin menyanyikan sebuah lagu mengenai kisah perhubungan di antara rakan baik. “Saya akan berduet bersama Umie untuk lagu ini. Lagu ini berkisar mengenai hubungan sebagai rakan. “Kenapa Umie? Saya fikir dia pernah menjadi penyanyi seperti saya dan memandangkan lagu ini berkisar mengenai hubungan sebagai rakan, saya fikir dia adalah orang yang paling sesuai," katanya ringkas. Setelah lima tahun berada di bawah pihak pengurusan Suria Records (SRC), Erra kini memilih untuk meneruskan karier nyanyian secara sendiri. Mengakui walaupun terpaksa membiasakan diri untuk bergerak sendiri kini namun dia berasa lebih senang. “Saya selesa untuk bergerak solo kini. Di mana saya boleh merencanakan aktiviti saya sendiri. “Dan satu perkara yang saya belajar setelah melalui semua ini adalah untuk mempunyai sebuah pasukan yang kuat di dalam merealisasikan apa yang telah kita rancang," katanya yang sangat bersyukur untuk mendapat bantuan dari pelbagai pihak untuk kedua single barunya ini. Dalam perkembangan lain primadona ini memberitahu, dia juga bakal sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah sepanjang bulan Ramadan ini. Teater tersebut dijangka akan dipentaskan Ogos depan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails