Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Semua itu demi duit!- Shaheizy Sam

AKHIR-AKHIR ini, ramai di kalangan pemerhati dunia hiburan, tak kiralah baik peminat mahupun orang-orang belakang tabir mula melahirkan rasa bosan terhadap pelakon Shaheizy Sam atau lebih mesra dipanggil Sam. Ada logiknya, kerana jika dilihat di layar perak sekarang, balik-balik muka Sam saja yang muncul sebagai teraju utama. Bak kata oranglah, "macam tak ada orang lain lagilah yang nak diambil sebagai pelakon utama?" Banyak membintangi filem itu satu hal. Apa yang menjadi semakin menjengkelkan apabila Sam terlibat berlakon untuk naskah filem yang kurang berkualiti. Kadangkala filem yang dihasilkan juga umpama tidak layak dipanggil sebuah filem dan mungkin cuma layak dijadikan material ringan misalnya drama TV sahaja. Tak kurang juga ada yang melahirkan rasa kasihan terhadap Sam. Iyalah, macam tak pandai memilih pun ada. Pakai redah sahaja! Itu mungkin pendapat segelintir pihak yang memandang dari sudut luaran. Di belakang tabir, cuma Sam sahaja yang tahu apa situasi sebenar yang berlaku.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails