Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syafinaz selesa di belakang tabir

DIAM-DIAM ubi berisi. Mungkin itu pepatah yang sesuai untuk menggambarkan laluan kerjaya yang sedang dilalui oleh penyanyi Syafinaz Selamat. Biarpun sudah lama tidak menghasilkan sebarang album mahupun muncul mengadakan persembahan di pentas-pentas utama, yang pasti, anak kelahiran Johor ini tidak pernah berhenti membantu menaikkan industri seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi. Kini lebih selesa menyumbang tenaga di belakang tabir sebagai pengemudi kepada pasukan koir kebangsaan, Syafinaz mahu memberi fokus kepada tanggungjawab besar yang harus dipikulnya itu. Sempena Festival Muzik Kuala Lumpur yang bakal berlangsung Julai ini dan juga atas permintaan yang tinggi terhadap konsert yang disertai oleh koir kebangsaan tersebut, Syafinaz sekali lagi menggalas tanggungjawab mengendalikan konsert tribute kepada Allahyarham Sudirman. Jujurnya, bukan mudah mengendalikan 27 individu untuk menghasilkan sesuatu yang cukup berkualiti dan dalam masa yang sama mampu membuatkan orang ramai terpukau dengan kehebatan persembahan yang ditampilkan. Namun itu antara cabaran yang harus ditempuhi Syafinaz apabila memimpin Koir Kebangsaan Malaysia dalam memastikan hasil terbaik untuk menjayakan Konsert Dir... yang bakal berlangsung bulan depan. "Pening jugalah kepala saya untuk memastikan semua perkara dalam keadaan teratur dan terancang. "Malah pilihan lagu popular Sudirman yang banyak juga memberi cabaran kepada saya untuk memilih yang terbaik untuk dipersembahkan pada konsert itu nanti. "Sebab untuk persembahan yang diadakan kali ini, saya tidak mahu pilih lagu yang klise. Jadi kami memilih lagu-lagu Sudirman yang jarang didengari. "Sebenarnya saya sangat mengagumi Allahyarham Sudirman sebagai seorang insan seni yang sangat halus dalam menghasilkan setiap baris liriknya. "Malah dalam setiap lagunya tersirat makna-makna yang jelas untuk dihayati bersama oleh pendengar," katanya yang mengagumi lagu Planet Gringragong dendangan Sudirman Sebelum ini, pada tahun 2010, konsert yang sama telah diadakan dan menurut Syafinaz ketika ditemui menjalani latihan di Kompleks Kerajaan Perdana, Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur baru-baru ini, kakak Sudirman, Datin Rodziah Arshad dan anak saudaranya, Razman Azrai atau lebih dikenali sebagai Atai, sangat berpuas hati dengan persembahan tersebut. "Atai dan kakak Sudirman memberitahu saya bahawa konsert berkenaan merupakan sesuatu yang sangat berbeza daripada konsert tribute yang pernah diadakan sebelum ini. "Perkara tersebut sememangnya merupakan pembakar semangat kepada kami dalam memastikan setiap persembahan yang ditampilkan mampu meninggalkan impak kepada penonton. "Pujian yang datang daripada keluarga terdekat Sudirman itu juga saya anggap sebagai salah satu perkara yang sangat bermakna," katanya bersungguh. Tambahnya, "memang niat kami tidak mahu konsert ini diingati dalam suasana sedih. Lebih-lebih lagi sudah terlalu banyak tribute yang diadakan khas buat Sudirman. "Apa-apa pun, saya boleh jamin konsert ini nanti pasti akan membuatkan penonton terhibur dan dalam masa yang sama bakal meninggalkan memori di kalangan peminat lagu-lagu Allahyarham Sudirman," katanya. Konsert yang mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu bakal berlangsung pada 7 dan 8 Julai ini di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia turut menampilkan Azlan and The Typewriter sebagai penyanyi jemputan. Tempahan tiket yang bermula dengan harga RM10, RM20 dan RM30 boleh dilakukan dengan melawat laman web www.ticket2u.biz Segala pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-20523600.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails