Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dia bukan bodyguard - Amran Ismail

BERLAGAK macam orang kaya! Mungkin itu antara tohmahan yang pernah dihadapi oleh pelakon Amran Ismail, 27, apabila cerita mengenainya memasang bodyguard diketahui umum. Difahamkan, pelakon Cinta Buat Emelda ini telah mula memasang bodyguard sejak tahun lalu. Disebabkan itu, akui Amran, ramai yang mula melemparkan bermacam-macam persepsi negatif terhadapnya. Mengaku dirinya salah kerana mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut sebelum ini, Amran seboleh-bolehnya mahu diberi ruang untuk memperbaiki kesilapan itu supaya masyarakat tidak salah anggap. Bagi Amran, dia punya alasan sendiri mengapa mengupah bodyguard untuk menemaninya. Menurut Amran, mungkin juga alasan dan tindakannya itu tidak difahami oleh orang lain. Lalu, kepada Pancaindera, Amran berkongsi sebab tersebut sambil berharap masyarakat tidak cepat melabel dirinya sebagai artis baru yang berlagak. Kenapa Amran pasang bodyguard? Saya ada sebab sendiri. Di sini saya nak perbetulkan. Saya sebenarnya lebih suka kalau orang tak gunakan perkataan bodyguard. Bagi saya dia bukan bodyguard, tetapi pembantu peribadi saya. Saya terpaksa cakap begini kerana tak nak orang salah anggap. Salah anggap? Bukankah sebelum ini Amran pernah mengeluarkan kenyataan lelaki itu adalah bodyguard? Okey, saya mengaku sebelum ini memang salah saya sebab terlepas cakap pada sebuah media elektronik yang lelaki itu adalah bodyguard saya. Mungkin juga keadaan agak kelam-kabut masa tu. Tapi ingin saya tegaskan bahawa dia adalah pembantu saya. Kenapa mesti ada pembantu? Sebab saya rasa ia penting untuk keselamatan diri saya. Maksudnya ada sesuatu yang berlaku dan membuatkan Amran takut? Kalau boleh saya tak mahu ulas panjang tentang hal ini. Ya, saya mengaku saya terpaksa mengupah pembantu kerana risaukan keselamatan saya. Bukannya kerana saya ni berlagak macam anak orang kaya atau apa. Jauh sekali untuk bersikap riak dan sebagainya. Ada sesuatu yang berlaku dan ia melibatkan keselamatan, sebab itu saya upah pembantu. Boleh cerita apa sebenarnya yang terjadi? Secara ringkas, saya pernah menerima ugutan daripada seseorang yang tidak saya kenali identitinya. Saya dah pun buat laporan polis. Saya akui, kerana kes itu, saya fobia untuk keluar rumah walaupun untuk keluar makan di kawasan berdekatan rumah. Sekurang-kurangnya, bila ada pembantu, saya tak risau sangat sebab saya tahu saya tak keseorangan. Saya cuma ambil langkah berjaga-jaga itu sahaja. Kenapa Amran tidak mahu kongsikan hal ini dengan orang luar? Saya memang sengaja tak mahu ia dipanjangkan. Nanti orang kata saya cari publisiti murahan. Apa yang saya boleh katakan, hal ini serius kerana ia melibatkan soal keselamatan. Kalau tidak, untuk apa saya habiskan duit upah orang jadi pembantu. Tak semestinya artis, kalau mana-mana individu yang berada di tempat saya pun mungkin akan buat perkara yang sama. Siapa yang menyuruh Amran pasang pembantu? Adakah itu keinginan Amran sendiri? Ibu dan bapa saya tahu mengenai kes itu dan mereka risaukan keselamatan saya. Mereka nasihatkan saya supaya ada pembantu. Bukan apa, saya sering balik lewat malam dan mereka bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jadi, bila mereka tahu saya dah ada pembantu, sekurang-kurangnya mak ayah saya rasa lega sikit. Saya di sini pun duduk seorang. Keluarga di Johor Bahru. Masyarakat boleh menerima jika artis wanita pasang pembantu atau bodyguard. Tapi bila artis lelaki buat begitu, tidak ini sesuatu yang pelik? Bagi saya, soal keselamatan tidak semestinya kaum wanita saja yang berasa terancam. Lelaki juga ada yang terkena. Sebab tu orang kata, soal jodoh, ajal dan maut, semuanya ketentuan Tuhan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita. Ini yang berlaku pada saya dan sebab itulah saya pandang serius hal ni. Bukan saya saja-saja nak upah pembantu ikut saya ke mana sahaja. Ramai yang menganggap Amran seorang yang berlagak. Bagaimana mahu mengubah persepsi mereka? Siapalah saya nak halang apa orang lain mahu bercakap tentang saya sedangkan mereka tidak tahu keadaan sebenar dan masalah saya. Namun, saya benar-benar harap mereka berhenti menabur fitnah. Tidak dinafikan, sekarang ni dah ramai yang mengata saya dan saya hanya mampu tersenyum.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails