Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Pekin bukan batu api

SELAMA 17 tahun mengemudi karier seninya sendiri, apabila dia menerima tawaran menjadi artis MIG Production pada tahun lalu, tentulah ramai yang terkejut. Lebih terkejut lagi, tidak lama pun bersama syarikat itu, terkini dia menjelaskan sudah kembali bergerak sendiri. Tidak mahu kembali berada di bawah MIG, Pekin Ibrahim secara jujurnya memberitahu, lebih senang untuk bergerak sendiri seperti sebelum ini. "Saya sudah habis kontrak sejak bulan Februari. Sepatutnya saya kena habiskan lima filem tetapi hanya sempat buat tiga sahaja. "Ada tawaran untuk sambung, tetapi saya fikir lebih selesa untuk bergerak sendiri sahaja," katanya yang ditemui pada majlis doa selamat filem Tujuh di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Ditanya adakah keputusan ini ada kaitan dengan larangan yang dikenakan pihak MIG kepada dia dan Uqasha Senrose untuk bercinta, menurut Pekin itu tidak pernah berlaku memandangkan hubungan mereka hanya bermula selepas penggambaran filem terakhirnya dengan MIG, Paku Pontianak. "Sebenarnya saya rapat dengan Uqasha disebabkan tindakan kakitangan MIG juga. Mereka yang memulakan kisah cinta ini dan menyebabkan kami selalu bertemu. "Cinta kami bukan sebab saya meninggalkan MIG, malah bagi saya perasaan bukan sesuatu yang boleh dikawal melalui kontrak. Bagi saya setahun berada bersama MIG sudah cukup mendedahkan saya dengan cara kerja baru yang saya fikir sangat bernilai," katanya. Ditanya kelebihan Uqasha di matanya, menurut Pekin dia sudah mengenali Uqasha sebelum kekasihnya itu menjadi artis lagi. "Kami tinggal di kawasan kediaman yang sama di Subang. Memang saya pernah nampak dia, tetapi tidak pernah tegur. "Sebenarnya percintaan ini baharu sahaja bermula lebih kurang tiga bulan yang lalu. Soal kahwin pula kalau boleh saya nak kahwin secepat yang mungkin namun kita kena selesaikan banyak perkara dulu, kena tahu banyak prosedur," katanya tersenyum. Menyangkal menjadi 'batu api' di dalam meminta kekasihnya turut meninggalkan MIG, menurut Pekin, Uqasha hanya akan meninggalkan MIG bulan November nanti. Tidak pernah membuat keputusan untuk kekasihnya itu, Pekin bagaimanapun tidak menolak banyak berkongsi pendapat dengan Uqasha. "Dia masih muda, perjalanan dia didalam industri ini masih jauh. Bagi saya keputusan itu terletak dalam tangannya sendiri. "Namun jika dia ingin bertanyakan pendapat saya, memang saya tidak ada masalah sama ada dia berada di bawah MIG atau bergerak sendiri. Semua itu bukan sesuatu yang harus dirunsingkan," katanya yang turut memuji lakonan kekasihnya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails