Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ramona tak mahu bermusuh

BUKAN tak ada tetapi jarang benar masyarakat dapat menghidu kontroversi melibatkan Ramona Zamzam, 23, artis baru yang cuba bernafas dalam persaingannya untuk menjadi anak seni. Kali terakhir cerita buruk mengenai Ramona diperkatakan ketika dia diperli sebagai artis berangan diva sebelum ini. Itupun gara-gara baju seksi yang dipakainya untuk sebuah sesi penggambaran bersama sebuah majalah tempatan yang kemudian menyebabkan Ramona ditegur oleh keluarganya sendiri. Biarlah, itu cerita lama. Namun dalam tenang memikirkan dia kini berada dalam zon selesa tanpa sebarang kontroversi, nama Ramona muncul semula dengan edisi isu baru. Kali ini dia dikaitkan dengan pelakon Fouziah Gous, 30, yang didakwa telah merampas kekasihnya yang dikenali sebagai Zhafran Yusof, 30. Meski pernah tampil dengan kenyataan bahawa dia tidak pernah mengheret isu kepada mana-mana pihak terutama media, Ramona nyata kecewa kerana dia dilihat seperti menjaja cerita itu kepada umum. Mengaku perkara itu menjadi rahsia peribadinya selama ini, pelakon filem Dua Hati Satu Jiwa dan Sepah The Movie ini tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya selepas memikirkan ada pihak yang cuba melagakannya dengan aktres tinggi lampai berkenaan. Dalam satu sesi temu bual bersama Pancaindera, Ramona mengadu dirinya tertekan kerana terheret dengan isu yang tidak dimulakannya itu. “Masa saya dapat tahu isu ini timbul, saya tak ada di Malaysia. Saya berada di Eropah selama sebulan untuk bercuti. “Terkejut juga bila adik saya menghantar gambar keratan akhbar melalui (aplikasi) Whatsapp di telefon bimbit. “Saya tak pernah jumpa sesiapa atau mana-mana media pun untuk mencanang cerita peribadi selama ini dan itu memang sifat saya. “Macam mana saya tak terkejut bila ada media yang dapat tahu mengenai cerita ini. Lebih buruk, cerita itu tak tepat. Mana ada saya kata saya bengang dengan Fouziah kerana dia rampas kekasih saya. Itu cerita salah!" katanya dalam emosi marah. Kecewa kerana perkataan rampas dan rebut telah digunakan oleh sebuah akhbar mingguan (bukan Kumpulan Utusan) yang merujuk kepada kemarahan Ramona terhadap Fouziah, gadis ini nyata mahukan keadilan. “Saya tahu siapa yang tulis artikel berkenaan. Terus-terang saya memang bengang dengan wartawan yang tulis cerita itu. “Saya tak pernah sebut mengenai isu rampas atau rebut dan kenapa dia perlu tulis perkara itu? Saya dengan Zhafran memang dah tak ada apa-apa. Selepas putus, saya dapat tahu dia kini bersama Fouziah. “Namun sikit pun saya tak cakap mengenai rampas-merampas atau rebut-merebut. Apa semua ni? Terus-terang saya tak pedulilah tentang mereka. Yang saya peduli kenapa wartawan tersebut main isu macam itu? “Dia tak pernah datang jumpa atau cuba hubungi saya untuk bertanya. Kemudian dia tuduh saya bengang Fouziah rampas bekas kekasih saya. Mana inisiatif dia kalau betul dia profesional?" katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails