Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zarul temui cinta sejati

INTAN Nur Fathihah cukup istimewa. Dia adalah pelengkap hidup saya," kata Zarul Umbrella tentang wanita yang dikahwini sejak empat tahun lalu. Malah penyanyi berusia 40 tahun itu bersyukur kerana isterinya itu sangat memahami selepas mengalami episod kegagalan rumah tangga kira-kira lapan tahun lalu. Tidak mudah untuk menerima wanita baharu dalam hidup, itulah punca utama Zarul mengambil tempoh agak lama mencari pengganti isteri terdahulu. Lagi pun agenda untuk berkahwin semula bukan lagi keutamaan pada ketika itu. Zarul masih belum terdesak mencari wanita lain untuk mengisi kekosongan hatinya. Sebaliknya urusan tersebut diserahkan kepada Maha Pencipta untuk menemukan dirinya dengan wanita paling selayak. "Selepas lapan tahun menduda, baru Allah menemukan saya dengan wanita yang tulus menyayangi saya. "Kalau nak tahu, kami baharu saja menyambut ulang tahun perkahwinan keempat pada 26 April lalu. Saya gembira sangat. "Walaupun dia tiada di Malaysia kerana bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan khas di Jeddah tapi saya dapat rasakan kehangatan kasihnya di mana sahaja. "Malah perasaan kasih antara kami semakin kuat dan teguh saban hari," kata Zarul yang menghubungi Intan melalui Skype dan dalam talian setiap hari. Hati Zarul terpaut pada wanita berusia 29 tahun itu setelah memperlihatkan keperibadiannya pada pertemuan pertama di Damansara pada tahun 2006. Bagi Zarul kehadiran Intan dalam hidupnya cukup bermakna. Paling penting mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Masih berhubung baikPEMILIK nama sebenar Zairulkefli Husin ini juga tidak menafikan pernah bercinta dengan tiga orang wanita sebelum bertemu Intan. Bagaimanapun percintaan yang terjalin itu putus di tengah jalan kerana tiada keserasian. "Dalam bab mencari isteri ini saya cukup berhati-hati. Tidak mahu salah langkah. Cukup-cukuplah kesilapan sebelum ini. "Saya berkahwin muda. Bayangkan dalam usia 23 tahun dan tak tahu apa-apa, saya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. "Tambahan pula pada waktu itu saya hilang punca pendapatan kerana tidak lagi menyanyi. Berapa sangatlah wang yang boleh terkumpul kalau setakat berniaga apam balik sahaja," kata Zarul lagi. Mengulas tentang hubungannya dengan isteri terdahulu, Ayu, penyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka itu tersenyum. Kata pramugara Malaysia Airlines (MAS) dia masih berhubung dengan Ayu melalui telefon membabitkan urusan nafkah dan persekolahan anak, Puteri Ayu Nur Arisha yang kini berusia 16 tahun. "Jadi lelaki kena bertanggungjawab. Jadi saya akan pastikan yang Puteri Ayu mendapat tahap pendidikan, keselamatan dan perubatan yang sewajarnya," ujarnya. Menyentuh tentang rancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga, Zarul memberitahu dia menunggu tempoh kontrak Intan tamat yang dijangka berakhir beberapa bulan lagi. Ini kerana selepas itu Zarul akan mempertimbangkan perkara itu memandangkan sangat teringin untuk menimang cahaya mata bersama Intan. Dalam perkembangan lain, Zarul memberitahu dia bakal menganjurkan percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 18 hingga 21 Jun ini. Percutian yang dibuat bagi merapatkan hubungan peminat dengan Zarul itu terbuka kepada semua peminat dengan bayaran serendah RM1,980. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 010-5167715 atau 012-4741005.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails