Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Roslan Aziz Mohon Maaf Atas Ulasan 'Beruk'

: Juri tetap program realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia 2013 iaitu Roslan Aziz memohon maaf atas keterlanjuran yang telah dilakukannya sewaktu memberi kritikan ke atas persembahan pada konsert program tersebut. Melalui konsert minggu kelapan program tersebut yang bersiaran secara langsung semalam, Roslan telah mengkritik penari latar dalam satu persembahan dan menggunakan perkataan 'beruk' untuk merujuk mereka. Jelasnya, perkataan itu tidak sepatutnya diujarkan dan saya amat menyesali perbuatan itu dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatan saya. "Sejujurnya saya amat kecewa, ia tidak seharusnya berlaku. Saya akui ia memang suatu kesilapan daripada pihak saya dan saya memohon maaf atas kekhilafan tersebut. "Namun saya harap perkara ini tidak diperbesarkan kerana apa yang berlaku adalah disebabkan saya terlalu beremosi sewaktu menyaksikan persembahan tersebut," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails