Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syafinaz tidak takut tua

GURU vokal, pensyarah muzik yang juga penyanyi bernama Syafinaz Selamat ini masih berjuang dalam memartabatkan seni dengan caranya tersendiri. Cuma wajahnya jarang jadi tatapan di kaca televisyen mahupun media cetak. Dia banyak terlibat dengan undangan tertutup dan hanya baru-baru ini muncul sebagai pengkritik bebas menerusi program AF Buzz bersempena kehadiran Akademi Fantasia 2013. Seperti biasa, rutin mengajarnya masih diteruskan. Penyanyi bersuara soprano ini perlu membahagi masa meneruskan komitmennya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan International College Of Music (ICOM). Dalam pada itu pada 23 dan 24 November ini, Syafinaz turut akan terbabit dalam konsert Koir Kebangsaan Malaysia, Kembara Muzikal Teater dan Filem di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) bermula jam 8.30 malam. Turut serta ialah penggiat Mak Yong, Rosnan Rahman dan dua lagi kumpulan baharu iaitu Memento dan Vox Aurora. Tiket berharga RM30 dan untuk pelajar hanya perlu membayar separuh sahaja. Persembahan ini anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN).
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails