Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hebat sangatkah Amanda Imani?

ADA orang tak puas hati dengan penyanyi Amanda Imani yang dapat jadi juri untuk Festival Muzik Star Crystal yang berlangsung Romania baru-baru ini. Festival itu untuk memperingati Michael Jackson. Khabarnya Amanda juga menyanyi pada festival itu mewakili Malaysia. Miss J fikir, setakat menyanyi sudahlah tapi jangan kata mewakili Malaysia. Selain Amanda juri lain turut disertai oleh penyanyi dari negara seperti Itali, Sweden, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Turki. Mungkin penyanyi yang ikut serta sama taraf dengan Amanda saja, asal tau menyanyi. Miss J tengok orang kita ini kalau dapat pergi ke pertandingan luar negara bangga bagai nak rak. Padahal bertaraf pertandingan karaoke kenduri kahwin saja. Miss J fikir tak perlulah buang masa nak pertikai layak atau tidak Amanda jadi juri. Sebab kita tahu tahap pertandingan taraf bawah khemah saja. Lalu jurinya pun taraf yang sama. Sebenarnya Miss J pun tak berapa tahu Amanda seorang penyanyi. Cuma Miss J banyak tengok aksi dia dalam majalah dan akhbar, pakai tak cukup kain. Tak apalah, biasalah artis. Kalau tak selak tayang paha, tak sah jadi artis. Cuma Miss J nak pesan, bila balik nanti walaupun dapat jadi juara, tak payahlah cakap “mengharumkan" nama Malaysia. Nama Malaysia sudah lama harum dalam bidang-bidang yang lebih mencabar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails