Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hasrat Ahmad Busu Bertemu Keluarga di Perak Tercapai

Allahyarham pelakon Ahmad Busu sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad. Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu. "Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap yang lain. "Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat. Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam. "Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu dan kami bawanya ke hospital semalam selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas. "Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya. Pelakon yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia selepas maghrib pada Ahad. Jenazah akan disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 10 pagi ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails