Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
ANNE NGASRI, MOHD SUMALI & FAMILY
Gambar pelakon Anne Ngasri dan suaminya Mohd Sumali menyambut aidilfitri bersama keluarga besarnya. Meskipun sedang sarat mengandung dan kini usia bayi dikhabarkan mencecah lebih 7 bulan, namun Anne dilihat masih aktif dan ceria.
Iyalah... sebelum ini Anne sudah berpengalaman melahirkan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah, pastinya beliau tahu apa yang mahu dilakukan. Tak gitu?
ZIZIE IZETTE & BUNG MOKHTAR
Aksi dan gaya VIP Datin Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad yang mengahwini Datuk Bung Mokhtar menyambut hari raya. Nampaknya Zizie kini makin comel dan penuh bergaya berbanding penampilan solonya dulu sebagai artis.
Walaupun masih belum punya anak sendiri hasil perkahwinannya dengan Bung (bagaimanapun Bung mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama), namun Zizie nampaknya terus gigih membantu suami sebagai wakil rakyat. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Heh.
NURUL WAHAB & KELUARGA PERANCIS
"My father in law can't resist the curry that I cooked yesterday. He keeps some to eat with pasta for dinner! What a good excuse for skipping the shake! Hahahaha.. il a fait honnour a la cusine de moi. Merci beau pere!" Demikian komen Nurul Wahab yang sarat mengandung mengenai bapa mertuanya yang menyukai masakan karinya di hari raya.
Wahhh... bertuah Nurul bila bapa mertua ketagih kari hasil air tangan menantu. Doa kita, moga ia dapat mengukuhkan lagi ikatan keluarga Malaysia dan Perancis yang sedia terjalin.
12 PHOTO RAYA - AJAI & FAMILY
Jika Nurul Wahab berbahagia dengan suami baru dari Perancis, bekas suaminya Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas turut berbahagia dengan isteri kedua Norliza Ilyas. Lebih bahagia ialah apabila mereka dapat beraya bersama anak hasil perkahwinan terdahulu.
Waaahhh... nampaknya sudah besar anak Ajai dan Nurul bernama Ayu Nazirah ni. Dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Heh.
Janji mummy gembira - Ammar
PERCINTAAN selama tiga tahun antara aktres Rozita Che Wan, 40, atau mesra disapa Che Ta dan pelakon Zain Saidin, 29, bukan lagi rahsia.
Kontroversi yang dilalui sepanjang hubungan cinta itu bukan kepalang, namun kini satu Malaysia bagai merestui perhubungan tersebut termasuk dua anak bujang Che Ta sendiri, Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15.
Buat pertama kalinya, anak sulung Che Ta, Ammar mengulas tentang hubungan ibunya dengan lelaki yang dipanggilnya dengan gelaran Uncle Zain itu.
"Ketika mula-mula dapat tahu mummy bercinta dengan Uncle Zain saya terkejut juga kerana saya tidak kenal siapa dia, jarang-jarang lihat dia berlakon di televisyen.
"Selepas tahu, saya selidik juga tentang Uncle Zain dan tengok drama lakonannya. Lihat wajahnya seperti orang putih, tetapi boleh pula cakap Melayu (ketawa).
"Sekarang okey kerana sudah kenal lama dan kami pun selalu keluar bersama," kata Amar.
Akuinya, walaupun Zain jauh lebih muda berbanding ibunya, tetapi tokoh seorang bapa terlihat jelas pada Zain.
"Bagi saya, Uncle Zain seorang lelaki yang bertanggungjawab, mengambil berat dan saya boleh menerimanya sebagai bapa andai dia berkahwin dengan ibu saya selepas ini.
"Umur bukan masalah, janji dia boleh menjaga keluarga dengan baik dan mummy gembira, saya pun turut gembira dengan kehidupan baharu yang bakal mummy lalui," balasnya penuh matang.
Bagaimanapun, Ammar yang belajar di sekolah berasrama penuh mengakui pernah berasa tertekan apabila ibunya dikatakan merancang untuk berkahwin pada bulan Julai lalu.
"Rasanya sepanjang mereka bercinta, saya rasa tertekan apabila keluar cerita di akhbar yang mengatakan ibu saya akan berkahwin pada bulan Julai, sedangkan saya sendiri sebagai anaknya tidak tahu apa-apa.
"Memang sangat terkejut sebab saya dapat tahu pun daripada rakan-rakan yang bertanyakan hal itu kepada saya," jelasnya.
Namun, selepas dijelaskan hal yang sebenar oleh ibunya, Ammar dapat menerima berita tersebut dengan baik.
"Biasanya apabila keluar cerita kontroversi di akhbar atau internet tentang mummy, saya akan terus hubunginya dan bertanya hal sebenar.
"Selepas diterangkan apa sebabnya dan hal yang sebenar, saya terus okey. Walaupun orang tulis apa sahaja tentang mummy, paling penting mummy selalu jujur dengan anak-anaknya," ucap Ammar.
Raya dengan bapa kandung
Bercerita tentang sambutan Aidilfitri kali ini, kata Ammar, dia dan adiknya, Aniq beraya dengan bapa mereka selepas tiga tahun beraya di kampung halaman ibunya di Alor Setar, Kedah.
"Tahun ini, saya akan beraya di Kuala Lumpur dengan ayah sahaja kerana sudah tiga tahun raya dengan mummy.
"Raya kedua, kami adik-beradik akan ikut ayah bercuti ke Turki. Jadi, raya kami agak berbeza dan seronok tahun ini kerana dapat melancong ke luar negara," ungkap Ammar.
Mempunyai 10 pasang baju raya dan lima pasang kasut baharu yang telah disediakan oleh ibunya, tutur Ammar lagi, dia juga bersedia andai tahun hadapan akan beraya dengan bakal bapa tirinya.
"Rasanya okey sahaja kalau tahun hadapan beraya dengan Uncle Zain sebagai bapa baharu. Seronok juga, kira rutin raya kami akan berubah sedikit.
"Lagipun, Uncle Zain bukan orang baharu dalam hidup kami, saya juga doakan yang terbaik untuk mummy dan Uncle Zain. Sebagai anak, saya harap mereka akan bahagia," ujar Ammar.
Teruja bergelar isteri Zain
Bercakap tentang hubungannya dengan Zain, Che Ta mengakui dia begitu teruja untuk kembali memikul gelaran sebagai isteri.
"Terkejut juga ketika dilamar Zain pada hujung tahun lalu dengan sebentuk cincin. Ketika bercinta dengannya, kami tidak pernah berbincang soal kahwin sehinggalah tahun lalu.
"Bukan apa, saya sedar dia orang muda dan ramai lagi wanita muda yang boleh menjadi pilihannya, tetapi akhirnya dia pilih saya.
"Saya tahu bukan mudah untuk seorang lelaki membuat keputusan dalam memilih teman hidup.
"Sebelum ini kami sembunyikan hubungan cinta kerana bimbang putus di tengah jalan. Jadi, bila benar-benar ada perancangan ke peringkat yang lebih serius, barulah kami dedahkan hubungan kami," katanya.
Disoal apakah perasaannya bakal bergelar isteri kepada Zain, Che Ta hanya tertawa menandakan dia cukup bahagia dengan lelaki kacukan Melayu-Inggeris itu.
"Mestilah teruja untuk bergelar isteri kerana saya rasa keluarga saya cukup lengkap. Namun, selagi belum berlangsung majlis akad nikah, selagi itu saya tidak boleh kata Zain adalah jodoh saya," luahnya.
Walaupun heboh diperkatakan Che Ta dan Zain bakal bernikah selepas sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tuan empunya badan menjelaskan, sehingga hari ini mereka berdua belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis pernikahan.
"Memang belum ada sebarang persiapan kerana tarikh kahwin pun belum ada.
"Kami berdua terlalu sibuk, jadi tidak tahu bila tarikh yang sesuai. Macam mana pun kami akan berkahwin juga pada tahun ini," akui Che Ta.
Walaupun mengimpikan majlis perkahwinan yang ringkas kerana ini perkahwinan keduanya, tetapi menurut Che Ta, keluarga Zain pasti mempunyai impian yang berbeza kerana ini perkahwinan pertama anak lelaki mereka.
"Saya ingin majlis akad nikah yang ringkas sahaja tetapi Zain mempunyai perancangan yang lain. Tengok macam mana kerana banyak juga pihak ingin menaja majlis perkahwinan kami nanti," tuturnya.
Beraya di Alor Setar
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap kali raya, Che Ta akan pulang beraya di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah bersama ketujuh-tujuh adik beradiknya.
"Tahun ini, keluarga saya memang meriah kerana semua adik-beradik saya beraya bersama di Kedah. Seperti biasa raya ketiga kami buat rumah terbuka untuk keluarga dan peminat.
"Selepas itu, mungkin saya akan buat rumah terbuka di Kuala Lumpur pada minggu kedua raya untuk rakan-rakan dan keluarga," katanya yang sudah pun pulang ke Kuala Lumpur pada hari raya keempat kerana komitmen kerja.
Selain beraya dengan keluarga, sudah menjadi kelaziman buat Che Ta untuk singgah beraya di rumah bakal mertuanya di Kuala Lumpur.
"Jika ada kelapangan, saya akan singgah beraya di rumah keluarga Zain. Bagi saya, apa salahnya untuk mengeratkan silaturahim, lagipun saya sudah kenal ibu dan keluarga Zain," tuturnya.
Tambahnya, tahun ini walaupun merupakan raya terakhirnya sebagai wanita solo, dia hanya meraikannya dengan penuh sederhana.
"Tidaklah kata saya mahu beraya sakan sebab tahun hadapan saya sudah bersuami.
"Rasanya lebih seronok beraya dengan suami walaupun nanti kami harus bergilir-gilir sambut raya di rumah keluarga masing-masing," ujarnya yang mempunyai tiga pasang baju raya.
"Saya bahagia" - Ayu
TIDAK semena - mena kisah penyanyi ini sudah tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya menyapa halwa telinga. Setelah tiga tahun dia mendirikan tangga, ini kali pertama mendengar dia mempunyai masalah keluarga. Pernah terpalit dengan kontroversi suatu ketika dahulu, namanya kian tenggelam sebelum ini muncul kembali.
Tidak dinafikan kesibukan sebagai penyanyi memaksa wanita ini sedikit terikat dengan urusan di luar. Jarang ditemani suami kemana-mana, mungkin ada yang mula membuat spekulasi liar mengenai hubungannya dengan suami. bertanya sendiri kepada Norayu Damit atau lebih dikenali dengan nama Ayu OIAM mengenai kesahihan berita ini dia langsung menafikannya.
"Saya bahagia dengan suami, malah saya tidak pernah mempunyai masalah keluarga ketika ini.
"Pada saya cerita ini timbul mungkin kerana suami jarang menemani saya ke mana-mana acara. Jujurnya, suami saya memang tidak suka melibatkan diri dengan urusan kerjaya saya," katanya.
Mengakui suaminya langsung tidak menghalang dia meneruskan karier sebagai penyanyi menurut Ayu kepercayaan yang diberikan suaminya tidak akan dipersiakan.
"Suami memang tidak pernah beri halangan untuk saya meneruskan kerjaya sebab dia tahu ini kerjaya saya. Cuma sebagai isteri dan ibu ada batas-batas yang perlu saya akur," kata ibu kepada dua anak ini.
Lega kami di Hits mendengarnya. Bukan apa dengan kisah penceraian artis Malaysia yang semakin menjadi-jadi ini bagaikan suatu petanda pula isu ini semakin biasa. Realitinya perkahwinan bukan satu percaturan biasa kehidupan, kerana ia memerlukan pengorbanan suami dan isteri itu sendiri.
Kebahagiaan berpanjangan - Memey Suhaiza
RAKAN usrah, Yatt Hamzah dan Memey Suhaiza memang cantik dan manis apabila bertudung. Datang ke sesi fotografi dengan mengenakan fesyen bertudung terkini membuatkan hati bertambah tidak sabar untuk berkongsi cerita dua ibu muda yang jelita ini.
Jika dahulu, mereka sering tampil berpakaian seksi dan tidak bertudung, kini sudah menutup aurat dengan sempurna. Soal populariti pula, mereka semakin terserlah selepas memilih imej sopan dan bergaya.
Kalau Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sudah memakai tudung sejak Mei tahun lalu, empunya nama sebenar Memey atau Suhaiza Suhaimi pula baru sahaja mengambil keputusan bertudung April lalu.
Memang manis apabila melihat kedua-duanya dan kedatangan Syawal kali ini pasti memberikan seribu makna kepada kedua-dua pelakon wanita ini.
UMUM sedia maklum, Memey Suhaiza, 25, adalah individu yang bernikah dengan bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim. Walaupun pernah sengketa suatu ketika dulu, kini hubungan mereka cukup akrab dan hidup dalam sebuah keluarga besar yang bahagia.
Ditambah pula Memey telah pun mengambil keputusan untuk terus kekal bertudung yang dianggapnya datang dari hati sendiri.
"Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini.
"Sudah tentu orang yang paling gembira dengan perubahan ini ialah suami saya sendiri kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut hari jadinya pada 8 Januari lalu.
"Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang (Norman) memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa," kata Memey yang menyambut hari raya pertama di kampung suami di Kuantan dan hari raya kedua di kampungnya di Kota Tinggi, baru-baru ini.
Bagi peminat masakan Jawa ini sebagai hidangan wajib hari rayanya, keluarganya kini sudah sangat bahagia dengan kehadiran putera sulungnya, Darwisz yang baru sahaja berusia lima bulan.
Memang meriah lebaran Memey pada tahun ini walaupun dengar ceritanya Memey kadang-kadang terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja.
Menurut Memey, walaupun terpaksa keluar bekerja, Dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu.
Menceritakan kerinduan Syawal buat dirinya, Memey sempat melawat kubur neneknya yang meninggal awal tahun ini.
"Saya sangat rindukan arwah (nenek). Ingat lagi kalau masa zaman kanak-kanak dulu, nenek akan marah jika ada adik-beradik yang tidak berpuasa. Tapi tahun ini berbeza pula, nenek sudah tiada. Tapi kemeriahan tetap ada memandangkan keluarga saya juga besar," katanya yang mempunyai enam adik-beradik.
Ditanya pula dengan cerita bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sudah berkahwin lagi, Memey dengan muka gembira mengatakan dia mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya itu walaupun perkenalan mereka cukup singkat.
"Saya tumpang gembira apabila Kak Abby sudah bertemu jodoh. Saya dan abang turut berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang.
"Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya," ujar Memey.
Kata Memey, mereka juga pernah diberi petanda oleh Abby tentang perkahwinannya itu.
Belum rezeki jadi isteri - Elly Mazlein
PELAKON dan penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau Elly Mazlein, 32, nampaknya belum ada rezeki untuk bergelar isteri kepada pengarah Azmi Hatta, 38, menjelang Syawal kali ini.
Namun jelas Elly, dia dan tunangnya itu masih kekal sebagai pasangan tunang walaupun tarikh asal perkahwinan mereka penghujung tahun lalu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Syawal ini kami masih sebagai tunangan. Memang banyak gosip saya dengar berhubung pertunangan saya, tetapi cukuplah saya katakan hubungan antara kami kekal utuh seperti sebelum ini.
Tidak perlulah saya menjaja kisah percintaan antara kami. Cukuplah kami berdua dan keluarga tahu hubungan antara kami berjalan seperti yang dirancang. Insya-Allah bila tiba masanya, saya akan memberitahu tarikh pernikahan kepada rakan media," jelasnya.
Kini, penyanyi yang sedang terlibat dengan sesi rakaman drama bersiri Mencari Cinta di TV1 sebanyak 40 episod dihujani satu lagi gosip terbaru yang mengatakan dirinya telah menjalani pembedahan di bahagian muka baru-baru ini.
Tidak menolak untuk memperkatakan berhubung perkara tersebut, Elly dengan jelas berkata dia tidak pernah menjalani sebarang prosedur seperti yang diperkatakan kerana dia lebih percaya kepada rawatan-rawatan tradisional.
Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak pernah menjalani sebarang pembedahan sama ada di bahagian mata, hidung mahupun mulut.
Saya memang amat menitik beratkan soal kecantikan. Namun tidaklah sehingga perlu menjalani pembedahan. Cukup sekadar menjaga pemakanan dan melakukan rawatan-rawatan kecantikan biasa.
Selain itu, saya juga sering melibatkan diri dengan aktiviti fizikal seperti berjoging kerana kecantikan luaran juga berkaitan dengan kecergasan dalaman," katanya yang ditemui sewaktu majlis berbuka puasa anjuran KRU Music, yang diadakan di Damansara, baru-baru ini.
Bercerita soal sambutan perayaan Aidilfitri esok, Elly berkata dia dan keluarga akan mula berkumpul di Behrang, Perak pada pagi raya. Tidak lama selepas itu, di sebelah malamnya, Elly akan pulang ke Kuala Lumpur.
Di Behrang kami berkumpulan di rumah nenek sebelah ayah. Manakala kembali ke Kuala Lumpur untuk menjemput kehadiran keluarga sebelah ibu dari Pulau Pinang pada hari raya kedua.
Ini memang sudah menjadi rutin saya sejak beberapa tahun lalu kerana perkara paling penting adalah menghabiskan hari raya dengan bertemu ahli keluarga dan sanak saudara," katanya yang telah ke Amsterdam untuk rakaman drama Mencari Cinta.
Lebaran paling bermakna - Jimmy Shanley
HATI cukup tersentuh kala melihat kelibat dia mendakap erat anak kecil ini dalam kendungan. Ditepuk, dibelai dan didodoi tanpa sedikit pun kekok, sekaligus membibit beg bekalan susu anak di tangan pada pertemuan kami petang itu, Jimmy Shanley membawa imej sebagai seorang ayah muda yang baik.Zahrah pula anak yang mengerti diri. Tidak banyak kerenah, malah sepanjang empat jam sesi fotografi, tidak sekalipun dia menangis. Sesekali, hanya rengekan manja kedengaran di sebalik wajah yang sukar tersenyum itu. Zahrah banyak memendam rasa, sama macam saya agaknya," demikian, gurau Jimmy mengatakan tentang anak tunggalnya itu.
Pantas menyelongkar di sebalik tabir hidupnya, Jimmy mengaku kehadiran Syawal kali ini, telah membuatkan dia sedikit sebak, sebenarnya. Manakan tidak, sebolehnya, dia mahu setiap sambutan Aidilfitri ini dirai bersama keluarga yang pernah diidamkan. Namun siapa sangka percaturan hidupnya berbeza dengan insan lain yang bahagia.
Setiap orang dugaannya berbeza-beza. Ini kehidupan dan saya menerimanya seadanya," katanya, ringkas dan tegas.
Kini dia mampu tersenyum kerana Aidilfitri yang bakal mendatang esok, terisi dengan kehadiran cinta terbaru sekaligus membangkitkan rasa uja yang luar biasa.
Enggan momen penting ini berlalu begitu sahaja, Jimmy berkongsi persiapan kali pertama menyambut Aidilfitri ini dengan anak tunggalnya , Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.
Tidak banyak yang berbeza dari bapa-bapa lain, bagi Jimmy kehadiran anaknya kali ini lebih kepada pengubat buat dirinya setelah bertahun-tahun merasai keperitan.
Sejak Mei lalu, saya sudah melalui rutin sebagai seorang bapa. Walaupun bukan sepenuhnya namun ia amat menarik sekali. Ternyata Zahrah seorang anak yang baik, sehingga saya rasa menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa tunggal bukan satu beban. Ia mudah," katanya.
Sungguhpun dalam tempoh seminggu dia hanya dapat bersama anaknya dalam waktu yang singkat, namun pengalaman itu dilihat cukup berharga buat dirinya terutamanya ketika sambutan Ramadan dan bakal Aidilfitri kali ini disambut buat kali pertama dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Tempoh setiap minggu menjaga Zahrah bermula hari Selasa sehingga Khamis. Ini bagi menghormati keputusan mahkamah. Hanya tempoh itu sahaja saya boleh berinteraksi dengan Zahrah.
Tetapi ini perkara baru yang perlu saya sesuaikan untuk tahun mendatang memandangkan proses pembahagian masa itu akan berlaku secara selang seli," katanya yang akan bersama anaknya sehingga hari raya kedua.
Mengikut perancangan, Syawal pertama esok Zahrah akan bersamanya pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sungguhpun di kala ini Zahrah masih terlalu muda untuk memahami erti Syawal, bagi Jimmy sudah menjadi kewajipannya dia memastikan Syawal ini menjadi sempurna.
Sebenarnya ini kali pertama Zahrah pulang ke Ipoh. Saya mahu terus membawanya ke kubur ayah saya. Biar dia kenal dan tahu, di mana kubur atuknya," katanya nada sarat gembira.
Menurut Jimmy, sungguhpun kehadiran Zahrah dalam hidupnya berlangsung dengan proses yang agak sukar, tiada apa yang mahu difikirkan kini selain bersyukur.
Pengalaman paling indah perlu saya katakan di sini ialah apabila anak saya membalas pelukan saya. Itu merupakan antara momen paling indah dalam hidup mana-mana lelaki sekalipun," katanya.
Kahwin?
Kecoh sebelum ini yang memberitahu rupanya duda rebutan ini sebenarnya sudahpun berkahwin. Malah menurut sumber, wanita yang dimaksudkannya itu juga merupakan seorang ibu tunggal berstatus hartawan. Hanya ketawa, bagi Jimmy kisah ini hanya satu lagi selitan gosip mengenai dirinya.
Tiada apa yang mahu saya komen mengenai hal itu setakat ini. Tapi perlu saya tegaskan memang saya mahu berkahwin lagi. Itu memang niat saya dari dahulu, tetapi biarlah, bukan sekarang masa untuk bercerita," katanya.
Bagi Jimmy masih ada sesuatu yang perlu diselesaikan dirinya sebelum dia mampu menjelaskan keadaan itu.
Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak boleh memberi apa- apa kenyataan buat masa ini. Bagaimanapun jika semuanya sudah selesai, maka pada masa itu nanti saya jelaskan. Kalau memerlukan saya membuat sidang akhbar saya akan buat," katanya.
Apa yang diinginkan Jimmy ialah, hadirnya seorang wanita yang mampu menerima dirinya seadanya.
Dengan semua yang pernah berlaku, saya yakin saya hanya perlukan seorang isteri di sisi. Janda atau apa juga status bukan suatu masalah buat saya kerana yang penting saya tidak mahu lagi bercerai," katanya.
Belajar dari kesilapan lalu, menurut Jimmy, antara perkara penting yang mahu dia atasi kini adalah untuk tidak mahu membesar-besarkan hal kurang penting.
Antara pengajaran penting yang saya belajar adalah untuk tidak terlalu membesar-besarkan pertelingkahan kecil," katanya jujur.
Nabil manjakan anak
Nabil adalah orang yang paling seronok sekali nak menyambut Aidilfitri tahun ini kerana dia bakal beraya bersama dengan anaknya.
Itu yang diberitahu oleh orang isterinya, Nazirah saat diajukan siapa yang paling teruja sekali mahu beraya tahun ini.
Malah, kongsi Nazirah, Nabil memang seorang yang sangat gemarkan kanak-kanak, malah selalu bermain dengan anak-anak buahnya.
"Nabil memang suka kanak-kanak. Kalau balik kampung, memang dia suka menya kat anak-anak buah.
"Kalau balik kampung, dia jumpa anak buah dia, bawa pergi jalan-jalan. Tetapi bila sudah ada anak sendiri, nampaklah sekarang ini dia lebihkan kasih sayang pada Naira.
"Kalau di rumah, orang yang pertama dia akan cari lepas balik kerja memang anak dialah. Memang Nabil selalu bermain dengan Naira dan sangat manja dengan dia," ujarnya.
Ditanya mengenai persiapan raya, jelasnya, ketiga-tiga mereka sudah melakukan persiapan, tetapi si kecil menjadi keutamaan.
"Baju Naira yang paling banyak rasanya antara kami bertiga sebab barang-barang Naira kami dah beli sejak awal tahun lagi.
"Setiap kali kami jumpa barang-barang yang cantik untuk Naira sesuai untuk Aidilfitri, kami akan beli. Kalau campur barang-barang Naira memang dialah juaranya tahun ini," katanya berseloroh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]



























