Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Izzue Islam Enggan Sentuh Wanita Untuk Jaga Status
Pelakon Izzue Islam meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam mana-mana drama lakonannya bagi menjaga status dia sebagai seorang suami.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, juga menganggap prinsip itu juga bagi menjaga maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem ataupun drama.
"Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini.
"Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga," ujarnya kepada mStar Online.
Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas syaratnya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama terbaharunya berjudul Suami Sebelah Rumah.
Drama yang bakal ditayangkan di TV3 pada Mac depan itu turut dilakonkan oleh aktres Ayda Jebat.
Tambah Izzue, banyak cara lain yang boleh dilakukan selain berpelukan atau bersentuhan bagi menghidupkan sesuatu babak romantik.
"Saya rasa tidak semestinya kita perlu berpelukkan atau bersentuhan untuk menampakkan ia babak romantik.
"Banyak sahaja cara lain yang tidak memerlukan kita berbuat demikian tetapi masih boleh nampak ia sebagai romantik," katanya.
Bagaimanapun dia akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan.
Sementara itu, Izzue berkata, prinsip tersebut tidak mempunyai kaitan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, yang sebelum ini dikatakan seorang yang kuat cemburu.
"Keputusan itu atas diri saya sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan apa yang saya lakukan.
"Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang," ujarnya.
Izzue bernikah dengan Awin yang juga pengurusnya pada 2 Jun 2013.
Adlin Aman Ramlie Larang Emelda Rosemila Aktif Berlakon
Pelakon Emelda Rosemila memberitahu suaminya aktor Adlin Aman Ramli tidak menggalakkan dia untuk terlalu aktif dalam bidang lakonan.
Emelda atau nama sebenarnya, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 34, berkata, disebabkan perkara itu, dia terpaksa memilih watak yang terbaik dan benar-benar ingin dilakonkan sahaja.
"Sejak berkahwin suami tidak benarkan saya untuk berlakon, cuma kalau ada cerita dan watak yang bagus dan saya ingin berlakon sahaja dia benarkan.
"Dia tidak mahu saya susahkan diri terutama apabila watak-watak berat yang akan memenatkan saya," katanya kepada mStar Online.
Emelda berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa!, di GSC Signature, The Gardens, Rabu lalu.
Telefilem komedi ini bakal bersiaran pada 27 Disember ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya (saluran 135).
Dalam pada itu, tambah Emelda, dia tidak pernah menerima tawaran lakonan yang berkehendakkan dia berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sementara itu, bercerita tentang watak telefilem terbaharunya itu Emelda berkata, dia menerima watak sebagai Puan Ponti berikutan watak tersebut belum pernah dibawa sebelum ini.
Dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berlakon dalam drama siri popular yang juga menjadi kegemarannya iaitu Oh My English.
"Saya suka tengok cerita ini sebab itu ketika ditawarkan saya terus terima. Lebih-lebih lagi watak seram saya dalam telefilem itu sangat menarik," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emelda kini berjinak-jinak dalam bidang rekaan baju di bawah label sendiri iaitu 'Emelda Rose Kuala Lumpur.'
Bisnes yang sudah hampir tiga tahun itu kini semakin berkembang dan dia mula membuat rekaan untuk pakaian pengantin dan tajaan baju artis di acara hiburan tertentu.
"Alhamdulillah label pakaian saya iaitu Emelda Rose semakin berkembang dan saya kini akan keluar pakaian pengantin serta gaun petang.
"Setakat ini saya banyak menaja baju-baju selebriti untuk hadir ke majlis-majlis hiburan," ujarnya.
Emelda mendirikan rumah tangga dengan Adlin Aman Ramlie pada 22 Mei 2009.
Bekas Suami Rayu Penyanyi Syura Rujuk Kembali
Bekas suami Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin merayu penyanyi itu agar menerima cintanya semula dan bersedia untuk rujuk kembali kerana masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya.
Mohd Fadhly, 33, berkata, dia berharap Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu bersama tiga anak mereka yang sedang membesar.
"Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu.
"Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Mohd Fadhly yang merupakan seorang guru sekolah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan.
Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, yang juga juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut.
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari 2015 untuk sebutan semula kes berkenaan.
Mohd Fadhly turut mendedahkan mereka sah bercerai talak satu pada September lalu.
Dalam pada itu, Mohd Fadhly berkata, sejak bercerai hidupnya dirasakan kosong tanpa kehadiran isteri disisinya selain ia mula memberi kesan kepada anak-anak mereka.
"Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar.
"Saya tidak pernah bencikan dia malah menyintai dia namun keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan ini terletak ditangannya," kata Mohd Fadhly.
Sementara itu, Mohd Fadhly berkata, dia reda sekiranya Syura masih dengan keputusannya dan berhasrat untuk memohon pertukaran sekolah dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu bagi membolehkan dia membesarkan tiga anak mereka di sana.
"Sekiranya tiada lagi jodoh diantara kami, saya akan memohon pertukaran sekolah di Johor supaya dapat membesarkan anak-anak yang kini di bawah jagaan ibu saya," katanya.
Bekas Suami Abby Abadi Sudah Sedia Jadi Pelakon
Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.
Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.
"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.
"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.
Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.
Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.
"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.
"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya.
Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.
Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.
"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.
Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.
Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.
Mamat (Exists) Buat Ifa Raziah Menitis Air Mata
Bekas vokalis kumpulan Exists Mamat telah menyebabkan penyanyi Ifa Raziah menitiskan air mata ketika mendendangkan lagu Untukmu Ibu pada pertandingan Gegar Verganza pada 7 Disember lalu.
Ifa menitiskan air mata kerana terkenangkan saat indah bersama arwah ibunya, Maimunah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat komplikasi penyakit buah pinggang.
"Saya sudah tiada ibu atau pun bapa, jadi apabila Mamat mendendangkan lagu tersebut saya jadi emosi sedikit kerana terkenangkan saat-saat indah bersama ibu ketika hayatnya.
"Sedar tidak sedar sudah empat tahun dia meninggalkan saya dan lagu Untukmu Ibu mengingatkan betapa saya merindui ibu saya," katanya kepada mStar Online.
Gegar Veganza 2014 disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria dan Maya HD.
Selain Ifa dan Mamat, artis lain yang turut bertanding termasuklah Shima, Adilla, Haleeda, Ayai (Ilusi), Fazli Zainal, Sharifah Zarina dan Rahmat (Mega).
Bagaimanapun pada Ahad lalu, Adilla diumumkan tersingkir.
Dalam pada itu, Ifa berkata, jika ibunya masih ada hari ini, wanita itu akan menjadi penyokong kuatnya untuk berjaya dalam pertandingan tersebut.
Kata Ifa, sebelum ini sekiranya dia ada memasuki apa-apa pertandingan arwah akan mendoakan untuknya dan membuatkan dia bersemangat untuk melakukan terbaik.
"Itu lagi salah satu sebab saya begitu emosi kerana saya sudah tiada ibu yang akan mendoakan kejayaan saya namun saya bersyukur kerana ada suami, anak-anak dan keluarga mertua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai pertandingan berkenaan, Ifa berkata, biarpun dia tidak meletakkan sebarang harapan tinggi namun dia tetap memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
Jelas Ifa, Gegar Veganza adalah platform terbaik buatnya untuk membuktikan dia masih serius dengan karier nyanyian dan berharap ia dapat membuka peluang lebih luas untuknya selepas ini.
"Alhamdulillah sokongan peminat sentiasa membuatkan saya bersemangat untuk terus berjuang dalam memberikan terbaik dan berharap pertandingan ini akan membuka lebih ruang kepada saya sebagai penyanyi selepas ini," katanya.
Memey Suhaiza Batal Hasrat Bercuti Kerana Risiko Kandungan
Pelakon Memey Suhaiza terpaksa membatalkan hasratnya untuk bercuti ke Korea Selatan pada Januari depan bagi mengelakkan risiko keguguran terhadap kandungannya yang kini berusia lima bulan.
Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, berkata, doktor menasihatinya agar tidak menaiki pesawat pada tarikh tersebut berikutan kandungannya ketika itu tidak bersesuaian untuknya menaiki pesawat.
"Saya dan suami memang sudah rancang dan membuat persiapan untuk melancong ke Korea pada 8 Januari depan. Kami sudah kosongkan jadual dan hampir-hampir membeli tiket.
"Tetapi saya perlu meminta surat kebenaran daripada doktor untuk menaiki pesawat sebelum membeli tiket. Namun, selepas itu doktor menasihatkan agar tidak menaiki pesawat pada usia kandungan enam bulan kerana bimbang berhadapan dengan pelbagai risiko,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Memey berkata, sejurus mendapat tahu perkara itu, suaminya pelakon Norman Hakim membuat keputusan agar rancangan percutian mereka ditangguhkan sehinggalah selepas dia selamat bersalin.
Jelasnya, biarpun berasa terkilan, namun dia percaya ada hikmah disebalik perkara tersebut.
"Selepas berjumpa doktor, abang Norman terus membatalkan percutian tersebut kerana dia tidak mahu apa-apa terjadi.
"Doktor beritahu terpulang kepada kami sama ada untuk pergi atau tidak. Tidak mengapalah mungkin kami boleh pergi lain kali sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang kehamilan cahaya mata keduanya ini, Memey tidak mempunyai banyak alahan seperti kandungan pertama dahulu.
Jelasnya, setakat ini dia masih boleh menjalani penggambaran beberapa buah drama.
"Alhamdulillah, kandungan saya sekarang sudah lima bulan dan saya tidak mengalami banyak alahan. Kalau kandungan pertama dulu memang banyak ragam, mungkin sebab anak pertama,” katanya.
Memey berkata, hasil imbasan yang dilakukan, berkemungkinan dia bakal melahirkan bayi lelaki yang dijangka pada April 2015.
Sebelum ini iaitu pada 1 Februari 2013, Memey turut melahirkan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.
Khalwat: Putri Mardiana Anggap Selesai, Jais Pula Akan Siasat
Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana Zainal Abidin menjelaskan isu dia dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shahrizan Abdullah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu telah pun selesai.
Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina, 33, memaklumkan kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.
"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.
"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Akhbar melaporkan, Nina yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata diserbu oleh Jais kira-kira pukul 3.23 pagi Ahad lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.
Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.
Dalam pada itu, Nina berkata, biarpun berasa terainaya ekoran kejadian itu namun dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya.
"Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu.
"Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai pandangan negatif diterimanya ekoran kejadian berkenaan Nina berkata, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
"Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya.
"Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai," ujarnya.
Sementara itu, Jais dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan di sini pada Rabu memaklumkan, pelakon itu ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam & Penerbitannya, Nurhamizah Othman berkata, pemeriksaan ke atas Putri Mardiana dan seorang pemuda iaitu Shahrizan Abdullah, 30, telah dilakukan di sebuah premis kediaman di Ukay Perdana, Hulu Klang berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.
Jika disabitkan kesalahan pasangan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selema tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Mereka telah dilepaskan dengan ikat jamin dan diarahkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bagi siasatan lanjut dan kes ini sedang dalam siasatan Jais," katanya menerusi kenyataan itu.
"Ada Yang Cemburu Hubungan Saya Dengan Izreen Azminda" - Amar Baharin
Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan aktres Izreen Azminda selepas mereka digosipkan sedang bercinta.
Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, pihak tersebut kebanyakkannya menyatakan perasaan cemburu dan kurang senang mereka di laman sosial peribadi kedua-dua artis ini.
"Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka.
"Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami," katanya kepada mStar Online.
Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan rapatnya dengan pelakon Izreen Azminda selepas drama bersiri popular Kerana Terpaksa Aku Relakan.
Tambah Amar, hubungannya dengan pelakon wanita itu masih rapat seperti dahulu, namun belum memutuskan sebagai pasangan kekasih.
Katanya, dia lebih selesa menganggap Izreen sebagai kawan rapat dan tempat dia berkongsi segala masalah tentang kerja dan peribadi.
"Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta.
"Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Amar berkata, buat masa ini dia sedang bercuti sehingga awal tahun 2015.
Jelasnya, dia mengambil masa ini untuk berehat selepas tamat drama Suamiku Encik Sotong yang mengambil masa dua bulan penggambaran.
"Saya baru saja tamat penggambaran drama Suamiku Encik Sotong selama dua bulan. Sekarang ini rehat hujung tahun dan habiskan masa dengan keluarga, Insya-Allah awal tahun depan sambung bekerja semula," ujarnya.
Emma Maembong Tidak Mahu Peminat Bosan Cerita Kahwin
Pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak mahu lagi bercakap tentang soal perkahwinan dengan pelawak Zizan Razak selagi ia belum benar-benar pasti.
Emma, 22, berkata, dia tidak mahu perkara itu membuatkan peminat-peminat yang membaca berita itu berasa bosan dengan jawapan klise yang diberikan seperti sebelum ini.
"Saya tidak mahu bercakap tentang itu kerana jawapannya masih sama seperti tahun lepas, saya tidak mahu cerita berpusing-pusing hingga sebenarnya tiada jawapan tentang itu.
"Orang akan bosan dan marah dengan saya bila bercakap benda yang sama sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Emma berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pernikahan kakaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja, pada 12 Disember lalu.
Katanya, dia bersyukur kedua-dua kakaknya iaitu Shikin dan Yaya sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan masing-masing.
"Sebagai adik sudah tentu saya gembira kedua-dua kakak saya sudah ditemukan jodoh pada tahun ini dengan lelaki pilihan mereka.
"Insya-Allah kalau ada jodoh saya nanti saya akan beritahu dan jemput semua," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaharu, Emma berkata, sejak penampilan bertudung jadual kerjayanya masih sama seperti dahulu.
Emma berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Hantu Selfie 2 bersama kekasihnya Zizan.
"Lepas bertudung tawaran yang saya terima masih sama seperti dahulu. Pada awalnya saya fikir selepas bertudung tawaran akan berkurangan.
"Saya cuba buat bisnes untuk sediakan strategi andai tawaran berkurangan. Tapi Alhamdulillah, sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama Hantu Selfie 2," ujarnya.
Dalam pada itu, Emma berkata, beberapa buah drama ketika belum berhijab belum disiarkan di televisyen lagi.
Katanya, perkara tersebut juga bakal menjadi pertikaian segelintir pengguna internet yang tidak memahami situasi tersebut.
"Ada beberapa drama saya sebelum bertudung yang belum lagi keluar. Itu pun saya pasti ada segelintir yang akan pertikaikan kenapa saya tidak bertudung.
"Mereka tidak faham penggambaran itu dilakukan sebelum saya bertudung dan saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah menandatangani kontrak dengan produksi tersebut," ujarnya.
Perubahan Mendadak Shera Aiyob Yang Mengejutkan Zahiril Adzim
Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob telah hangat menjadi bahan bualan oleh para peminat di laman sosial sejak kebelakangan ini.
Isteri kepada Zahiril Adzim iaitu Shera Aiyob kini sudah mengenakan tudung sepenuhnya selepas kesemua gambar beliau tidak bertudung sudah dipadam di laman sosial.
“Tidaklah, tiada apa berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” ujarnya.
Tambah Shera Aiyob, suaminya tidak pernah memaksa dirinya untuk berubah kerana Zahiril Adzim percaya perubahan perlu datang dari diri sendiri.
“Dia tidak ada cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
