Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Ummi Nazeera Anggap Percintaan Buang Masa
Pelakon Ummi Nazeera menganggap fasa percintaan dalam sesuatu hubungan sebagai membuang masa dan sebolehnya dia enggan mengharungi proses berkenaan.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 25, sebaliknya berkata, dia percaya percintaan selepas berkahwin itu lebih indah dan manis.
"Jujur saya katakan, bercinta itu buang masa kerana kita belum tahu apa pengakhiran kepada hubungan tersebut dan saya sendiri sebolehnya tidak mahu melalui fasa itu dan lebih baik bercinta selepas kahwin," katanya.
Bagaimanapun kata Ummi, sebagai manusia biasa bukan bererti dia mengelak daripada bergaul dengan lelaki sebaliknya menganggap hubungan yang terjalin sebagai persahabatan.
Malah katanya, pada usia sekarang dia juga sudah mula berfikir soal jodoh dan ingin hidup berkeluarga seperti mana orang lain.
"Pada usia saya sekarang tipulah kalau tidak ada berkawan dengan sesiapa tetapi bagi saya mudah, selagi tidak berkahwin saya masih solo dan bukan kepunyaan mana-mana lelaki.
"Saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan," jelasnya.
Bercakap mengenai sambutan bulan Ramadan, Ummi memberitahu bulan puasa adalah peluang untuknya meningkatkan ketakwaan terhadap Allah selain memperbaiki diri.
Jelas Ummi, seperti kebanyakkan orang lain, Ramadan disambut sederhana dan dia memilih untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
"Ramadan adalah bulan paling istimewa dan inilah peluang untuk saya memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.
"Biarpun ada penggambaran yang perlu dilunaskan namun saya sentiasa mencari ruang untuk bersama keluarga dan melakukan aktiviti seperti solat Terawih dan berbuka puasa bersama-sama mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ummi berkata, pada September depan dia akan kembali menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
"Insya-Allah jika tiada halangan saya mahu sambung belajar September ini dan kali ini akan masuk ke universiti di Malaysia sahaja," katanya.
Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya
Pelakon Rozita Che Wan telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.
Ia menjadikan keseluruhan untuk mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.
"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.
"Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," katanya.
Che Ta ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Sdn Bhd di Hotel Sunway Putra di sini, Khamis.
Tambah Che Ta, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut.
Jelasnya, persediaan untuk Aaisyah paling meriah memandangkan ini adalah tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.
"Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja.
"Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Che Ta berkata, tahun ini dia terlebih dahulu beraya di rumah ibu mertuanya di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Star, Kedah.
Kata Rozita, dia akan menghabiskan masa di Kedah selama lima hari sebelum kembali ke ibu negara untuk menyambung aktiviti seninya.
"Kami sekeluarga akan berkonvoi bersama beberapa adik-beradik lain pulang ke Kedah dan akan mengambil kesempatan ini untuk menziarahi sanak-saudara di sana.
"Tetapi pada hari raya pertama kami akan bersama ibu Zain di Bukit Antarabangsa terlebih dahulu," katanya.
Nad Zainal Jual Sambal Bilis Sempena Ramadan
Jika selebriti lain memilih pakaian atau pun tudung sebagai produk utama jualan bersempena Ramadan, lain pula dengan aktres kecil molek Nad Zainal.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, mengambil keputusan untuk mengetengahkan sambal bilis kering untuk dijual kepada pelanggan.
Katanya, selain ia mudah disediakan makanan tersebut tahan lama dan mempunyai rasa yang cukup sedap.
"Sambal berkenaan bukan saya yang buat tetapi ada kenalan dan saya cukup gemar dengan makanan itu sehingga membuatkan tertarik untuk menjualnya kepada pelanggan.
"Alhamdulillah sambutan terhadap sambal ikan bilis kering itu mendapat perhatian pengunjung yang datang ke gerai saya," katanya.
Pelakon drama Mawar Putih Tanda Perpisahan itu membuka dua buah gerai di Seksyen 13, Shah Alam dan di Laman Santai, Istana Budaya bersempena Santai Lebaran Fiesta 2015.
Acara berkenaan berlangsung dari 25 Jun hingga 16 Julai depan.
Dalam pada itu, Nad berkata, selain sambal ikan bilis kering, dia juga turut menjual baju kurung daripada jenama Sharifah Kirana dan tudung Misswishwardrobe.
"Ini bukanlah kali pertama saya berniaga dan pengalaman itu sangat menyeronokkan selain dapat bertemu dengan peminat yang berkunjung ke gerai jualan saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nad berkata, sepanjang Ramadan tahun ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.
Pun begitu kata Nad, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama iaitu Rumah Kecil Untuk Tuhan dan Dia Ibuku untuk siaran Aidilfitri nanti.
Salwa Razak Tidak Cari Publisiti Papar Gambar Berbaju Pengantin
Penyanyi Salwa Razak memberitahu tidak berniat mencari publisiti murahan dengan memuat naik fotonya menggayakan baju pengantin sambil menunjukan cincin di laman sosial baru-baru ini.
Salwa, 30, berkata, dia juga tidak bermaksud untuk mempermainkan orang ramai dan pengikut di Instagram seolah-olah sudah selesai acara akad nikah apabila meletakkan kapsyen "Alhamdulillah Selesai Akhirnya..." di gambar tersebut.
"Saya tidak bertujuan mencari publisiti murahan kerana sudah tiada cerita, tetapi saya buat perkara ini kerana saya sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Singgahsana Cinta dan ia hanya untuk promosi drama tersebut sahaja.
"Ramai juga yang bertanya dan mengucapkan tahniah tetapi saya tidak membalasnya dan biarkan ia menjadi tanda tanya, biar mereka tahu sendiri nanti," ujarnya kepada mStar Online.
Salwa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang mengganggap tindakannya memuat naik gambar berpakaian pengantin adalah cuba mempermainkan orang ramai tentang dirinya.
Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak menyangka perkara tersebut mendapat perhatian pengikut di laman sosial hingga mendapat lebih 700 like dan komen ucapan tahniah daripada peminat.
"Orang tahu tentang khabar angin yang tidak baik tentang diri saya dan mungkin mereka gembira bila sangka saya benar-benar berkahwin," ujarnya.
Bagaimanapun dia kini masih belum mempunyai teman lelaki untuk ke memasuki ke alam perkahwinan.
Tambah Salwa, khabar angin tentang dibela lelaki kaya kerana kehidupan mewah membuatkan ramai lelaki takut untuk mendekatinya.
"Ada juga beberapa lelaki yang mahu dekat dengan saya yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran cerita-cerita itu, saya beritahu kepada mereka bahawa terpulang sama ada untuk percaya atau tidak.
"Selalunya bila sudah benar-benar rapat barulah mereka tahu tentang diri saya," ujarnya.
Erra Fazira Terima Tawaran Duta Tudung Sejak Berimej Baru
Pelakon Erra Fazira mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta kepada pakaian muslimah dan tudung sejak tampil dengan imej berhijab pada awal Jun lalu.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, bagaimanapun berkata, dia hanya akan mempertimbangkan tawaran menjadi jurucakap kepada produk yang sesuai dengan cita rasanya sahaja.
"Sejak bertudung ini memang ada yang tawarkan saya untuk jadi duta produk, maklumlah sekarang ini peniaga lagi banyak daripada pembeli. Tetapi bagi saya, kalau saya mahu memperagakan tudung atau baju mereka mestilah sesuai dengan cita rasa dan fesyen saya sendiri.
"Saya tidak mahu menggayakannya dengan keadaan terpaksa jika saya tidak gemar tentang rekaan itu," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Erra berkata, dia juga belum mempunyai perancangan untuk membuka label tudungnya sendiri seperti yang dilakukan kebanyakan artis bertudung lain.
Katanya, buat masa ini dia masih meneruskan perniagaan tudung yang diambil daripada peniagaan lain.
"Saya buka bisnes tudung sudah lama beberapa tahun lepas lagi, tetapi perniagaan itu diusahakan oleh kawan baik saya dan saya hanya beri modal sahaja.
"Kami ambil daripada peniaga lain yang dirasakan cantik dan jual semula. Saya belum lagi terfikir untuk buat tudung dengan jenama saya sendiri. Saya tidak mahu bisnes kerana terikut-ikut trend semasa," ujarnya.
Dalam pada itu, Erra berkata, dia ada beberapa kali dipanggil untuk terlibat dalam program-program motivasi untuk berceramah dan berkongsi pengalaman kepada orang ramai.
Katanya, ia bercakap tentang apa yang dilaluinya dalam keraya seni sehingga mengambil keputusan untuk berhijab.
"Saya bercakap tentang diri saya dan pengalaman yang saya lalui hingga saya berhijap sahaja, saya tidak bercakap tentang agama atau luar bidang pengetahuan saya.
"Alhamdulilah ada juga beberapa kali hadiri undangan motivasi dan semoga perkongsian saya itu dapat memberi inspirasi kepada mereka," ujarnya.
Haiza Harap Lagu Rayanya Tidak Jadi Mangsa Diskriminasi
Penyanyi dan penyampai radio Best FM, Haiza berharap lagu raya baharunya berjudul Ini Baru Raya dimainkan oleh semua stesen radio tempatan pada Hari Raya Aidilfitri ini tanpa sebarang dikriminasi.
Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 35, berkata, dia mahu stesen radio memandangnya daripada sudut seorang penyanyi dan bukannya sebagai penyampai radio di stesen radio pesaing.
"Saya harap lagu ini diterima dan dimainkan di semua stesen radio tempatan. Kalau boleh lihat saya sebagai seorang penyanyi dan bukan penyampai radio.
"Saya ini masih baru dan tidak langsung memberi pesaingan kepada mana-mana stesen radio jika dibandingkan dengan penyampai di stesen radio lain. Lagi pula ini adalah lagu raya dan didengar setahun sekali sahaja," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Isnin.
Haiza menyertai stesen radio Best FM bermula pada Februari lalu.
Haiza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang lagu raya baharunya duet bersama penyanyi Fazli Zainal berjudul Ini Baru Raya ciptaan Anuar Razak (Revolvers).
Kata Haiza, dia mula mendengar dan tertarik dengan lagu tersebut ketika didendangkan oleh komposernya sendiri Anuar Razak dalam satu majlis Hari Raya pada tahun lalu.
"Saya jatuh cinta pada lagu ini semasa tahun lalu, ketika itu ia dinyanyikan oleh abang Anuar sendiri dan selepas majlis terus saya bertanya tentang lagu tersebut.
"Alhamdulillah saya dan Fazli Zainal rakam lagu ini semula dua minggu sebelum puasa," katanya.
Jelas Haiza, lagu tersebut mempunyai keunikan tersendiri dan bertepatan dengan kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, irama inang dan joget dalam lagu tersebut juga membuatkan karya itu tidak lari daripada lagu raya lama.
"Bila bercakap tentang lagu raya, orang ramai masih nak dengar lagu-lagu raya lama sebab salah satunya irama joget dan inang.
"Sebab tu juga lagu ini saya mahu ia dikekalkan dengan irama itu supaya orang ramai boleh menerima lagu ini," katanya.
Dalam pada itu Haiza berkata, Ini Baru Raya merupakan lagu raya keduanya selepas Pertemuan Di Hari Raya pada tahun 1998.
"Silap Besar Muat Naik Foto 'Selfie' Atas Katil" - Yazer
Penyanyi Yazer menyifatkan foto selfie di atas katil bersama isteri iaitu Ekin Rahman yang dimuat naik di Instagram mereka pada bulan lalu adalah satu kesilapan besar.
Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 33, berkata, dia tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada mulanya niat mereka untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.
"Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.
"Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat," katanya kepada mStar Online.
Pada awal Mei lalu, pasangan suami-isteri ini menjadi perhatian selepas sekeping gambar selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing.
Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 31, dan Yazer dikritik pengikut-pengikut mereka yang menganggap foto tersebut kurang sopan.
Bagaimanapun Ekin telah membalas semula komen-komen tersebut dan menyifatkan para pengikut sepatutnya tiada hak untuk mengkritik.
Sementara itu, Yazer berkata, perkara tersebut mengajar mereka agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik foto yang boleh mengundang kutukan masyarakat.
Apatah lagi mereka tidak pernah mencetuskan sebarang isu dan kontroversi berkenaan membuka mata mereka untuk lebih peka selain berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.
"Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.
"Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, Ekin kini sedang mengandung dan dijangka bersalin pada September depan.
Yazer dan Ekin telah bernikah pada 26 Disember tahun lalu.
Uqasha Terharu Pengakuan Berani Syafiq Kyle
Pelakon Uqasha Senrose terharu apabila aktor Syafiq Kyle berani membuka mulut mendedahkan secara terbuka dalam sebuah akhbar mereka adalah pasangan kekasih.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, bagaimanapun berkata, sebagai wanita dia tidak mahu bercakap mengenai soal berkenaan secara berlebih-lebihan kerana bimbang ia akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
"Saya terkejut dan terharu kerana mengenali Syafiq dia bukan jenis yang gemar cakap soal hubungan cintanya secara terbuka.
"Bagaimanapun sebagai wanita tidak perlu rasanya saya hendak komen apa-apa dan cukup sekadar dengan kenyataan Syafiq itu," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada sebuah majlis berbuka puasa.
Terdahulu, pasangan berkenaan dilaporkan sedang bercinta namun disangkal oleh kedua-dua belah pihak selain menegaskan mereka hanya sekadar kawan rapat.
Dalam pada itu, Uqasha berharap kenyataan Syafiq itu dapat menjawab segala spekulasi berhubung hubungan mereka selain berharap peminat mendoakan kebahagian untuk mereka berdua.
Syafiq dalam kenyataannya di sebuah akhbar berkata hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dia sedang mempersiapkan diri termasuklah mengumpul aset sebelum memikirkan soal berumah tangga.
Dalam pada itu bercakap soal perkahwinan, Uqasha menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.
"Tidak manis rasanya saya hendak mengulas perkara itu kerana nanti orang anggap saya berlebih-lebihan pula tetapi saya letakkan perkara itu kepada ketentuan Allah," ujarnya.
Sementara itu, Uqasha mengakui, sejak akhir-akhir ini mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk untuk menghabiskan penggambaran sebelum kedatangan Aidilfitri.
"Sebab itu saya terkejut dan terharu apabila dia buat pengakuan itu kerana kami sudah agak jarang berjumpa sejak akhir-akhir ini.
"Tapi kami sering berhubung menerusi telefon dan mesej tetapi tidak pula dia bercakap apa-apa mengenai pengakuannya itu," katanya.
Mamat (Exist) Didenda RM4,000 Mengaku Salah Ambil Dadah
Bekas penyanyi kumpulan Exist iaitu Mamat mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah pada Mac lalu.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 37, turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman pada Selasa turut memerintahkan penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu itu berada dalam pengawasan polis selama tiga tahun.
Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu.
Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.
Dalam pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada Januari lalu, Mamat mendapat tempat ketiga yang melayakan dia menerima wang tunai RM15,000.
Dia juga mendapat wang tunai RM5,000 kerana memenangi persembahan terbaik dalam pertandingan itu.
Aliff Aziz & Pelajar Kolej Bertunang Disember Depan
Penyanyi dari Singapura Aliff Aziz merancangkan akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bella Astillah pada Disember depan.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan.
" InsyaAllah saya merancang untuk bertunang dengan Bella pada Disember ini. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi.
"Keputusan ini dibuat selepas merasakan Bella adalah wanita idaman saya yang sebenar untuk dijadikan bakal isteri," katanya kepada mStar Online.
Aliff Aziz ditemui pada majlis pelancaran rancangan istimewa Hari Raya Astro di Hotel The Majestic di sini pada Selasa.
Bagaimanapun kata Aliff, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Mengenai Bella, dia merupakan penuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran dan juga kakak kepada penyanyi Didi Astilla.
Sementara itu, Aliff berkata dia kini sedang berusaha untuk kembali membersihkan namanya yang selama ini sering dianggap penyanyi tidak berdisiplin dan mempunyai masalah sosial.
Malah dia juga sudah berazam untuk berhenti berhibur di kelab malam kerana ingin menjadi seorang penyanyi yang bersih daripada sebarang isu dan kontroversi.
"Sudah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lelaki yang budiman dan berdisplin dalam melakukan sesuatu perkara.
"Jujurnya, Bella juga banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Saya tidak mahu lagi isu-isu buruk tentang saya diceritakan lagi," ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
