Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kereta Nabil Ahmad Dipecah Masuk Penjenayah

Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh dekat sini. Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut. "Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah. "Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.
Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa. Tambah Nabil, dalam kejadian itu kad pengenalannya dan beg galas yang diisi baju sukan hilang. Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.

PERCUTIAN 'ROMANTIK' ANNE & SUMALI DI LONDON

Gambar-gambar percutian 'berdua' Anne Ngasri dan suaminya Mohd Sumali Reduan di Kota London yang pastinya terindah bagai berbulan madu layaknya. Mereka ke luar negara beberapa hari lalu tanpa membawa anak-anak sekaligus menambahkan lagi saat-saat romantik yang ada. Heh. Nampaknya, bahagia sungguh Anne sejak mengahwini Sumali pada Disember tahun lalu. Bukan sekadar menjadi isteri kepada suami penyayang, malah Anne turut berjaya menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri Umno Dataran Merdeka baru-baru ini. Cayalah!

Noniswara ada kekasih baharu

BELEK-BELEK surat khabar, banyak juga muka baharu yang Diva tak berapa nak kenal. Kalau ada muka-muka lama pun, mesti ceritanya tidaklah sebesar cerita artis baharu yang tengah menggelegak dengan macam-macam cerita panas dan sensasi. Benda begitu memang tak boleh nak elak, dahulu masa artis-artis lama sekarang muda pun, mereka alami perkara yang sama. Roda hidup, Diva pun kalau nak tahu pasal artis-artis lama yang Diva kenal dan suka, terpaksa telefon dan tanya perkembangan. Barulah tahu keadaan sebenarnya. Tengah Diva sibuk-sibuk nak korek cerita penyanyi kesayangan ramai, Datuk Jamal Abdillah yang katanya nak menyunting penyanyi Nas Adila sebagai isteri. Kawan baik Diva, Bisikanria nama timangannya pula buka cerita pasal dramatis Noniswara yang agak sepi ceritanya sekarang selepas bercerai talak satu dengan pada Julai lalu. Ikut cerita Bisikanria, Noniswara yang kembali menjanda itu sudah ada buah hati baharu. Nak kata sah kekasih yang serius, tidaklah pula dapat Diva pastikan sebabnya Diva hanya tengok dari jarak tak berlaga bahu. Kata Bisikanria dan teman-teman yang suka menghadiri majlis-majlis, Noniswara kerap dilihat membawa pengapit lelaki yang kacak bergaya. Paling mencuri pandangan, tentulah sebab lelaki itu jauh lebih muda daripada Nonis. Dengar cerita, si teruna yang selalu bersama Nonis itu bekerja di bank. Kalau tak silap Diva, Bisikanria ada cakap, sebelum ini Nonis pernah jawab soalan mengenai lelaki muda itu sebagai temannya. Kata Nonis, antara puncanya, budak itu sungguh kacak dan sangat berbeza daripada lelaki yang pernah dikenalinya. Untungnya Nonis, dia pun tidaklah bertepuk sebelah tangan. Diva dengar, budak lelaki itu sungguh-sungguh jatuh hati terhadap Nonis, lagi pun Noniswara pun solo, apalah salahnya.

Akhirnya Zahida pilih lelaki bujang

ZAHIDA RAFIK sepi di lapangan karier seni namun namanya seringkali terpalit dengan kisah-kisah panas. Persoalan tentang hidup mewah hasil tajaan orang kenamaan yang sering ditujukan kepadanya kini bagai sudah berakhir. Pada usia 38 tahun, Zahida tidak perlu membuktikan dari mana kemewahan yang dimiliki sementelah dia sendiri menceburi bidang perniagaan kecantikan dan makanan sejak sekian lama. Khamis lalu, Zahida mengejutkan banyak pihak apabila secara terus-terang membuka kisah cintanya yang sudah berlangsung sejak lapan tahun lalu. Jauh daripada segala spekulasi yang mendakwa Zahida mempunyai hubungan sulit dengan suami orang, pelakon yang pernah dikenali menerusi filem Anak Mami The Movie turut membuat pengakuan untuk berkahwin pada tahun depan namun bakal suaminya itu bukanlah orang politik. Lelaki yang digambarkan sebagai ahli perniagaan yang berasal dari Johor itu juga bukanlah berstatus suami ataupun duda. "Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak lapan tahun lalu. Insya-Allah kami juga merancang berkahwin pada tahun depan. "Tidak perlulah saya dedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Dia juga baru berumur 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang," jelas Zahida yang ditemui dalam majlis Baby Shower Betty Benafe di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Masih berahsia tentang lelaki yang sudah menakluk hatinya itu, kata Zahida, biarlah perkara itu hanya diperkenalkan kepada umum apabila tiba waktu yang tepat. Menyimpan kisah peribadi bukan untuk tatapan umum, Zahida ternyata seorang berahsia. Jika tidak, masakan teman baiknya sendiri, Datin Paduka Umie Aida turut melahirkan rasa terkejut sebaik sahaja pengakuan Zahida itu hanya diketahui dari dada akhbar. "Saya agak terkejut dengan pengakuan Zahida, memang kami kawan rapat tetapi setakat ini dia tidak pula bercerita tentang perancangannya untuk berkahwin. Saya pun tahu berita ini setelah membaca dari surat khabar. Apa-apa hal, sebagai kawan, saya berdoa agar segala perancangan Zahida akan berjalan lancar. Saya tumpang gembira untuk dia," jelas Umie sebaik sahaja diminta mengulas mengenai khabar gembira teman baiknya.

Zul Ariffin mudah terkejut

KONTROVERSI pernah memamah nama Zul Ariffin. Ketika itu, dia baru sahaja hendak bertatih mengenal mukadimah jurnal seninya. Selepas empat tahun, hari ini lelaki bersosok tegap dari Taiping, Perak itu semakin dikenali atas kredibiliti kerja dan bukannya kisah peribadi. Sesuatu yang menarik, kisah cintanya bersama Gayatri Su-Lin Pillai, seorang penerbit sebuah produksi besar tempatan itu seakan-akan tidak perlu disentuh lagi. Semua tahu, cukup setakat itu keseriusan perhubungan mereka. Soal perancangan atau kisah sehari-harian, rasanya tidak perlu soal hati dan perasaan dijaja sepanjang masa sementelah Zul sendiri mempunyai produk besar untuk dikongsikan. Tiba pada hari dan waktu yang dijanjikan, pelakon yang bakal muncul menerusi sebuah lagi filem baharu berjudul Penanggal itu hadir sendirian ke sesi fotografi yang telah ditetapkan. Wajahnya kemerah-merahan dan sambil menghela nafas panjang, dia masuk sambil mengheret bagasi besar. Zul sebenarnya baru tiba dari Jakarta, Indonesia atas urusan penggambaran telemovie di sana. "Turun dari kapal terbang tadi, saya tahu saya kena bergegas. Nasib baik pakaian yang untuk fotografi ini sudah disiapkan," katanya yang secara tidak langsung memperlihatkan komitmen padu kepada jadual karier. Biarpun namanya belum beraja sebagai aktor pujaan ramai, namun graf karier Zul yang bermula dari lokasi drama kepolisan terbitan Skop Production itu semakin menjalar. Di layar kaca, sudah berpuluh naskhah termasuk telemovie dan drama bersiri telah dilakonkannya. "Walaupun nama saya tidak popular tetapi selagi saya ada kerja dan ada produk untuk ditonton, itu tandanya saya masih di atas landasan yang betul. Karier saya sedang bergerak dan saya gembira dengan perjalanan karier yang begini," katanya optimis. Sambil menghitung usia yang berbaki tiga tahun sebelum bergelar lelaki 30-an, tambah Zul: "Rasanya saya tidak perlu terburu-buru untuk menjadi terlalu popular atau mencipta banyak pencapaian dalam jangka masa pendek. Saya masih baharu dan jika dipanjang umur, saya mungkin berlakon sehingga 10 atau 15 tahun akan datang atau lebih lama daripada tempoh itu. kalau saya sudah mencapai semuanya sekarang, apa lagi yang harus saya kejar. Biarlah saya kayuh perlahan-lahan," katanya selesa dengan penerimaan industri yang sedang diterima. Selain banyak drama di kaca televisyen, aktor yang baru-baru ini muncul menerusi drama bersiri Janji Adam itu lega, kerana tahun 2013 banyak memberi variasi demi kelangsungan kariernya. "Drama itu biasa tapi menariknya juga, tahun ini saya ada dua buah filem berbeza latar masa dan karakter yang boleh dipersembahkan kepada peminat. Saya jadi mat moto besar dalam KL Bikers dan saya jadi lelaki Arab dalam Penanggal," katanya yang masuk ke layar perak buat pertama kali menerusi Evolusi KL Drift 2, tiga tahun lalu. Takut hantu Penanggal sebuah filem karya dan arahan Ellie Suriaty Omar yang memulakan penggambaran pada tahun 2011 itu sudah terlalu hampir untuk disaksikan peminat filem. "Saya boleh katakan Penanggal sebuah filem seram. Penggambaran filem itu sendiri dilakukan di dalam hutan dan banyak adegan malam. Mujur sepanjang penggambaran, tidak pula saya diganggu dengan adegan yang menaikkan bulu roma. Kalau berlaku pun, mujur ketika itu saya tiada di lokasi. Saya sebenarnya seorang yang penakut," cerita Zul tentang pengalaman berlakon filem hantu di sekitar Sayong dan Kuala Kangsar, Perak itu. Di sebalik sosok tegap dan penampilan macho yang terpancar di wajahnya, anak jantan yang meminati motosikal kuasa besar itu membuka kelemahan utamanya. "Saya jenis yang mudah terkejut. Kalau ada babak-babak dalam filem atau drama, bukan cerita hantu pun, saya akan mudah tersentak dan terkejut. Jadi, saya tidak boleh menikmati filem hantu sebagaimana peminat filem hantu. Saya tak suka ditakut-takutkan, penat terkejut dan asyik tutup muka sahaja. Kadang-kadang, saya menyesal dan fikir kenapalah saya boleh terjebak jika pergi menonton filem seram di panggung," katanya yang sering mengelak daripada mendengar rakan-rakan bercerita tentang sebarang kisah seram. Tambahnya seraya ketawa: "Setakat kena kutuk penakut oleh kawan-kawan, itu memang sudah perkara biasa. Saya tak kisah sebab memang saya penakut." Takut menonton filem hantu, mudah terkejut oleh aksi di luar jangkaan, namun terlibat dalam filem Penanggal bersama Ellie ternyata sebuah pengalaman cukup berharga buatnya. "Masa berlakon saya tak perlu nak rasa takut sangat sebab ketika di set ada ramai kru. Boleh dikatakan, pasukan Penanggal juga pasukan terbaik yang diimpikan dalam mana-mana pembikinan filem. Ellie seorang pengarah yang tahu hak dan tuntutan pelakon, dia seorang yang teliti dan cerewet untuk kesempurnaan. "Sebagai pelakon, saya kena kenal rentak Ellie dan kami ambil masa sebulan untuk sesi bacaan skrip dan bila masuk sahaja ke lokasi, saya sudah tidak perlu membaca atau membawa skrip pun. Itu seronoknya berlakon filem Penanggal walaupun saya ada banyak dialog bahasa Arab. Bercakap dan memahami dialog bahasa Arab itu satu hal, satu hal yang lebih susah sebenarnya bagaimana hendak bercakap bahasa Melayu dalam lenggok orang Arab. "Saya melakonkan watak Syed Omar anak kedua dalam sebuah keluarga Arab dalam filem itu. Sebagai anak kedua, dia selalu merasakan abangnya, Syed Yusof lakonan Azri Iskandar sering dilebih-lebihkan oleh ibunya. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan tetapi pemuda yang berdepan dilema anak kedua. Itu fahaman awal yang saya kena pegang," lentur Zul yang melakonkan karakter lakonannya yang menyimpan cinta terhadap Sharifah Zaharah lakonan Fasha Sandha. Bakal menerjah panggung pada 28 November nanti, Penanggal juga meninggalkan impak besar buat Zul. "Syed Omar cuma berdepan dilema anak kedua. Dia selalu merasakan abangnya lebih diutamakan. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan. Itu fahaman awal yang saya kena pegang. "Banyak yang saya pelajari daripada Ellie, salah satu daripadanya ialah peringkat-peringkat lontaran emosi. Kalau marah, kami diberi latihan marah tahap pertama sehinggalah marah tahap kesepuluh. Jadi, setiap kali hendak mulakan lakonan, kami akan tanya, ini marah nombor satu atau lapan atau 10. Kadang-kadang jadi bahan ketawa, tapi metod sebegitu sangat berkesan, apabila tahap emosi itu sudah dikunci, kerja di set jadi mudah," katanya yang banyak bermain emosi marah, tidak puas hati dan cinta yang tidak kesampaian dalam filem seram klasik lakonan Ummi Nazeera sebagai hantu penanggal itu.

Jamal membisu, Nas Adila sudah sarung cincin

HEBOH seminggu pasal angin menderu yang canang perkhabaran terbaharu mengenai penyanyi hebat, Jamal Abdilllah yang sudah pun bergelar Datuk itu. Hebatlah Jamal, Diva nak tabik spring pula rasanya sebab dalam diam-diam, tiba-tiba nak bertunang. Dalam suasana kecoh itu kawan-kawan Diva yang lain pun mahu dapatkan kenyataan. Tiba-tiba nak jadi cerita, Cik Bisikanria berbisik ke telinga Diva. Katanya, sebaik sahaja baca penjelasan Nas Adila pasal hal Jamal nak merisik itu, dia sudah dapat rasa bahawa desas-desus sebelum ini mengenai Nas dan Jamal ada banyak betulnya. Dengarnya, di sebalik penafian Nas Adila dan Jamal yang membisu tanpa mahu memberikan kenyataan, sudah ada cincin dibeli untuk majlis merisik nanti. Betul atau tidak, tunggu kesahihannya nanti. Diva sendiri nak juga dengar setidak-tidaknya satu perkataan 'Ya' atau 'Tidak' daripada mulut Jamal, harap kawan-kawan Diva yang lain tak terus gigih mencari abang Jamal Kekasih Awal Dan Akhir itu untuk penjelasan lanjut.

Berhijab Bukan Sebab Ummi Nazeera Tidak Ikut Promosi 'Penanggal'

Ketiadaan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Penanggal di beberapa lokasi tidak ada kaitan dengan perubahan imejnya yang dikatakan sudah berhijab. Pengarahnya, Elly Suriaty berkata, walaupun imej Ummi dalam filem tersebut tidak bertudung serta berkemban, namun dia percaya Ummi seorang profesional dan ketiadaannya itu adalah disebabkan wanita itu kini sibuk dengan pengajiannya di Australia. "Saya difahamkan Ummi tidak terlibat dengan sebarang promosi filem ini kerana dia masih belajar di Australia dan ia langsung tidak ada kena mengenai mengenai penghijrahannya seperti yang diperkatakan ramai. "Lagipun saya percaya Ummi profesional dan selagi saya tidak nampak di depan mata sendiri mengenai perubahannya (berhijab), saya juga tidak boleh cakap sebarangan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Elly, dia menyifatkan Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa apabila wanita itu berjaya melakonkan watak Murni dalam karya sulungnya iaitu Penanggal. Beritahu isteri kepada aktor Azri Iskandar, penghayatan Ummi dalam watak utama sebagai hantu penanggal itu juga telah memberikan impak terbaik dalam filem tersebut memandangkan ia merupakan watak berat antara semua karaktor. "Menghasilkan filem Penanggal ini, sebelum memulakan pre-produksi lagi saya mencari pelakon yang mampu memberi sepenuh jiwa dalam watak Murni ini dan Alhamdulillah Ummi berjaya melaksanakan tugasnya seperti yang saya inginkan. "Apa yang dapat dilihat, Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa. Dia benar-benar menjiwai wataknya itu sebaik mungkin," katanya. Penanggal berkisarkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan dia terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari pelindungan Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam filem itu termasuklah Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Datuk Sharifah Aini.

TAHNIAH, YASMIN HANI LAHIRKAN BAYI LELAKI

"Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy," demikian kata Yasmin Hani Richardson melalui Instagramnya semalam. Untuk info, Yasmin baru-baru ini ada membuat Baby Shower yang berkonsep 'Little Angel' dan majlis doa selamat sempena menanti kelahiran bayinya. Tahniah diucapkan atas kelahiran bayi lelaki tersebut dan moga Yasmin terus berbahagia selepas ini.

FIZO & MAWAR, 5 HARI LEPAS KAHWIN

Sama padan, sama cantik... bagai pinang dibelah dua. Begitulah antara kata-kata pujian kepada pasangan dua sejoli iaitu Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sempena perkahwinan mereka pada 10 November lalu yang penuh warna-warni. Dan setelah selesai perkahwinan tersebut, mereka terus ke rancangan MeleTOP sehari selepas itu bagi memenuhi undangan penerbitnya. Paling menarik, mereka juga tidak lokek bergambar dengan peminat, menziarah kaum keluarga dan kemudian 'dating' di hotel mewah. Jom tengok!

HABIS PANTANG, NURUL WAHAB KEMBALI AKTIF

Setelah berpantang lama, akhirnya Nurul kembali aktif dalam bidang seni apabila membuat persembahan pertamanya di majlis makan malam, Pusat Membeli belah Sogo, semalam. Meskipun sedkit kekok, namun sebagai orang lama, pastinya Nurul pandai menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. "Punyalah lama tak pakai kasut tinggi! 9 Bulan lamanya," ujar Nurul yang masih fit mengenakan baju ketat. Heh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails