Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sammy buah hati Nadia

NAMA Sammy Simorangkir menjadi sebutan ramai selepas kemunculannya di Malaysia bulan lalu. Dia yang kini terkenal dengan lagu Sedang Apa Dan Di Mana menjadi 'buah hati' ramai kerana suaranya yang merdu dan sifatnya yang peramah. Tetapi Diva dengar, dalam banyak peminat Sammy di sini, vokalis dari Indonesia tersebut sudah tersangkut hati dengan seorang wanita Malaysia. Mungkin hati dan mata Sammy terpaut tatkala sesi interviu sewaktu Sammy mempromosikan albumnya Aku Kembali di sini. Risik punya risik, Sammy yang sudah putus cinta dengan kekasihnya di Indonesia sedang mabuk asmara dengan seorang personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar. Sesiapapun akan terpaut hati memandang Nadia yang memang cantik orangnya. Nadia ni merupakan personaliti dan pengacara program Malaysia Hari Ini yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Thai. Bukanlah nak menyibuk tetapi Diva sendiri baca dan terbau rasa cinta dalam laman sosial Twitter di mana mereka berdua tidak segan-segan meluahkan rasa cinta dan rindu di laman tersebut. Yalah, seorang di Jakarta, seorang lagi di Kuala Lumpur. Kalau melihatkan gaya tulisan dan gambar, memang orang putih kata sedang 'in love'. Kalau kita tanya balik Sammy dengan pertanyaan sedang apa dan di mana, mungkin jawapannya begitu, sedang in love. Semoga perhubungan yang baru terjalin ini baik-baik sahaja dan nampaknya nanti keraplah Sammy ke Malaysia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails