Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Scha buka kiosk Schapoholic


AWAL dan Scha depan kios perniagaan Schapoholic.DUA tahun hati mereka diikat dan bersatu dalam kancah cinta. Selama tempoh itu juga mereka saling menghargai diri masing-masing. Malah, kalau Scha Alyahya, 28, berduka, kekasihnya Awal Ashaari, 30, membantu menenangkan dirinya. Begitulah sebaliknya.

Bahkan berkat dorongan dan galakan Awal jugalah, Scha menetapkan pendirian memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka kiosk menjual pakaian dan aksesori wanita, Schapoholic di pusat beli-belah, The Curve, Kota Damansara, sejak 3 Jun lalu. Dalam konteks perniagaan, ia bukan sesuatu yang asing kerana Awal sendiri sudah bertahun-tahun berjinak menerusi bidang itu. Jejaka kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu pernah berkolaborasi dengan teman baiknya, Dynas membuka premis pakaian di Hartamas, D&A: Celebrity Style termasuk secara online.

Bagaimanapun kini, baik Dynas mahupun Awal masing-masing sudah tidak lagi bergelar rakan kongsi. Tetapi kelangsungan minat itu masih diteruskan. Awal turut membuka kiosk Wedgie-Wedges menjual sepatu wanita (wedges, sandals dan flats).

Kebetulan sewaktu sesi fotografi ini dijalankan, Scha turut ditemani Awal. Malah, Dynas pun ada ditemani anak kesayangannya, Khyra Khalyssa yang kebetulan lalu di kiosk milik Scha. Kiosk milik Scha itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Selain galakan daripada Awal, hasrat menceburi bidang ini tercetus apabila hampir setiap kali Scha berada di lokasi penggambaran mahupun di tempat awam akan ada orang bertanya mengenai pakaian yang dikenakan Scha. Tambah pula Scha memang jenis yang suka bercuti dan mengembara sambil mencari pakaian baru untuk kegunaan sendiri.

“Stok pakaian ini Scha beli dari pelbagai negara seperti Bangkok, Korea, Jakarta, China dan Hong Kong. Harganya amat berpatutan. Paling mahal pun sekitar RM120. Selain baju, Scha juga menjual aksesori wanita seperti tali pinggang, rantai, tas tangan dan cekak rambut,” katanya yang sempat mencuri masa untuk sesi fotografi sekalipun sibuk di lokasi penggambaran filem Papadom 2 arahan Afdlin Shauki.
Bermodalkan RM20,000, maka wujudlah kiosk Schapoholic ini. Akui Scha, buat permulaan saiz pakaian seperti gaun labuh dan pendek dijualnya dalam kategori S, M dan L. Boleh dikatakan hampir setiap hari Scha akan memantau perniagaannya. Itu pun jika masih sempat berkejar dari lokasi penggambaran atau komitmen seninya.

“Nama Schapoholic ini diilhamkan Scha sendiri. Tapi pendek kata, Awal memang banyak membantu berkongsi idea dan pengalaman dengan Scha. Lagipun dia lebih dulu berniaga. Apa yang Scha jual ini secara keseluruhannya boleh digambarkan gaya dan cita rasa digemari.

“Harga dijual pun bukan tetap. Scha akan beri diskaun juga pada akhirnya kerana selalunya pelanggan termasuk peminat yang datang, akan menawar harga. Awal pun datang menjenguk Scha di kiosk ini sebab dia selalu berada di kiosk perniagaannya,” kata Wajah Eksklusif Astro itu.

Sementara itu, Awal yang ditemui turut bangga dengan apa diusahakan buah hatinya itu. Jelas Awal, sedari dulu lagi Scha mahu melakukan sesuatu, selain bergelar anak seni. Tapi apabila ditanya empunya badan, Scha sendiri tidak tahu apa mahu dibikinnya.

“Saya tanya kepadanya lagi sebelum ini, apakah dia juga mahu menceburi dunia perniagaan seperti dilakukan saya. Balasnya, dia tidaklah terlalu condong ke arah perniagaan sebaliknya lebih kepada dunia fesyen. Daripada situ, saya cadangkan kepadanya menggabungkan entiti perniagaan dan fesyen sekali gus, lalu muncullah Schapoholic.

“Mulanya apabila kita mendekati pusat beli-ini, pengurusan menyarankan supaya terus saja membuka butik berbanding kiosk. Tapi saya tak nak dia ambil risiko besar. Jadi, permulaannya dilakukan dengan membuka kiosk secara kecil-kecilan,” katanya yang turut berlakon bersama Scha dalam drama Dunia Kita yang sedang disiarkan di Astro Ria.

Tambah Awal lagi, sejak Scha membabitkan diri dalam dunia perniagaan ini, dia melihat perbezaan ketara terhadap wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

“Dia memang suka melakukan terapi beli belah apabila penat bekerja. Hal itu dapat saya lihat sendiri kalau kami keluar berdating. Dia jenis yang boleh angkut banyak pakaian di butik tanpa perlu mencuba. Maklumlah saiz badan macam patung mannequin. Tapi sekarang, dia boleh dikatakan lebih berjimat dan mengutamakan pembelian stok untuk kiosk perniagaannya.

“Dia akan tanya dekat saya apa lagi barang yang patut dibeli dan ditambah. Itu satu perkembangan baik dan nampak dia betul-betul serius merencana apa yang sudah dilaksanakan,” kata pengacara Fuhh! di TV3 itu.

[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails