Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Peminat tegur seluar koyak Zizan


BELUM sempat Cik Normah turun bersama-sama rakan ‘menyerang’ kafe dek perut yang sudah berkeroncong minta di isi dengan ubi rebus sambal tumis, telefon pula menjerit-jerit pula meminta Cik Normah menjawab panggilan yang datangnya nun jauh dari Kuantan.

Nyaring sungguh suara seorang pemanggil wanita yang menerjah ke telinga kecil molek Cik Normah yang sememangnya ayu ini. Alahai, bukannya apa, pada saat-saat juri dan peminat memuji bakat dan jenaka peserta Maharaja Lawak, Johan dan Zizan, ada teguran yang perlu Cik Normah layangkan sedikit sebanyak di sini.

Wanita yang minat sangat dengan Jozan ini minta Cik Normah sampaikan ketidakpuasan hatinya dan rakan-rakan yang cukup fanatik dengan kumpulan berbakat ini, berkaitan pakaian Zizan ketika persembahan pertamanya pada episod ke-11 Maharaja Lawak. Kononnya pakaian dikenakan jejaka itu agak mencolok mata dan tidak nampak nilai ketimuran langsung, walaupun pemanggil ini faham benar mungkin Zizan terpaksa mengikut konsep dan watak "Zamri Rock" yang perlu dipersembahkan pada malam itu.

Kiranya, pemanggil ini dan rakan-rakan seangkatannya cukup tidak berkenaan dengan pakaian ala rocker si Zizan yang dikatakan keterlaluan sehingga terbeliak mata yang memandang.

Ooops, bukan Cik Normah cakap ya, tapi pemanggil yang resah gelisah suaranya ini yang suruh sampaikan. Mungkin tegurannya itu bukan untuk perhatian Zizan saja, tetapi termasuk pihak Astro sekali.

"Persembahan mereka berdua malam itu buat saya ketawa besar, tetapi saya tidak sanggup nak lihat seluar Zizan malam tu yang terlebih rock.
"Mana tidaknya, koyaknya sampai ke pangkal peha. Besar pula koyaknya. Saya yang berada di studio ketika itu risau jika ternampak pula "sesuatu" yang tidak sepatutnya," kata pemanggil ini yang beriya-iya benar mahu perkara sebegini tidak berulang lagi selepas ini.

Cik Normah yang minat sangat dengan program Maharaja Lawak ini pun tidak pernah terlepas menyaksikan setiap episod program pencarian bakat jenaka terbaik itu, tetapi tidak perasan pula di mata cantik menggoda Cik Normah ini seluar Zizan yang dikatakan seksi ketika beraksi dalam gelanggang. Apapun harap Zizan dapat melihat teguran ini sebagai sesuatu yang positif.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails