Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nora meluat watak manja


WALAUPUN pernah dijamah sang kumbang, kuntum Nora Danish tidak pernah sepi daripada dihinggapi debu dan godaan kehidupan.

Menjadi antara janda terhangat di pentas seni tetapi kehadiran putera hati, Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram menjadikan lagaknya semakin matang.

Hampir tiga tahun menjanda, dia terus menjadi bahan sensasi apabila dikaitkan sebagai batu penghalang hubungan dudanya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha.

Nora masih bertahan bahkan nilainya sebagai pelakon komersial yang tidak pernah berakhir.

Dalam waktu yang sama, kisah Nora bersama lelaki lain juga tidak pernah padam daripada catatan harian.

Pernah kumbang yang dipercayai teman lelaki barunya itu muncul di depan media untuk menemani Nora.

Apatah lagi, itulah jejaka yang sama seperti yang dimaksudkan bekas suaminya, Jejai bahawa Nora kini sudah memiliki teman lelaki.

Nora sendiri tidak menafikan hubungan dengan pemuda yang juga ahli perniagaan berasal dari Terengganu itu sudah terjalin sejak setahun lalu dan seperti biasa, akuinya, mereka hanya berkawan rapat, belum sampai ke tahap untuk berkahwin.

“Perasaan saya itu ada, tetapi ia belum sampai tahap meyakinkan. Maksud saya, kami masih lagi dalam tempoh berkawan tetapi belum lagi sampai bercinta.

“Bagaimanapun, saya gembira berkawan dengannya. Dia seorang lelaki yang baik,” katanya ketika hadir mengisi santai bersama para pelakon drama bersiri terbaru lakonannya, Ana Lulu.

Diusik soal perkahwinan, ibu muda itu tidak menafikan, dia masih mengharapkan agar ditemukan dengan lelaki budiman sebagai pelengkap hidup.

“Sewaktu mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini, saya ada berdoa tentang jodoh tetapi tidak pula mengharapkan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Kalau boleh, saya tidak mahu terburu-buru. Saya mahu memberikan masa kepada diri saya agar benar-benar mengenali teman rapat saya seorang ini serta Raiqal yang baru berusia dua tahun,” tuturnya.

Masuk ke bab lakonan, sebagai Ana Lulu, gadis comel dan manja yang dapat ditonton setiap Selasa, 9 malam di TV3, Nora bergandingan dengan pelakon yang semakin mencipta nama, Kamal Adli.

Kamal melakonkan watak bapa tunggal yang cuba mendapatkan cinta Ana, bagaimanapun, dalam drama arahan Pierre Andre itu, karakter Nora tidak banyak beza dengan watak-watak yang pernah dijayakan.

Ana jelas bersisa sisi gadis manja dan manis yang pernah ditonjolkan siri Puteri atau filem Cuti-Cuti Cinta.

“Memang saya sering membawa watak serupa, saya akui sedikit bosan tetapi menganggap semua ini rezeki, asalkan penonton masih suka, saya okey. Itu pun sudah cukup bagus buat saya.

“Sebagai pelakon saya memang berharap untuk mencuba watak yang berbeza, tetapi selalu tidak berkesempatan.

“Pernah saya mendapat tawaran membintangi satu drama menggandingkan pelakon tempatan, Indonesia dan Singapura.

“Wataknya memang berat, tetapi masa penggambaran pula bercanggah dengan jadual penggambaran drama lain sebelum ini,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails