Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Alyah pilih anak korporat


DULU, Alyah pernah kecewa apabila ditinggalkan. Malah, ketika itu, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang seolah-olah serik nak bercinta lagi. Tapi, itu dulu, kini khabarnya hati Alyah sudah berjaya ditawan semula seorang jejaka berusia 30-an berasal dari Johor Bahru.

Dalam diam, penyanyi jelita itu sudah merancang mahu bertunang. Khabar yang diperoleh dari seorang teman di Johor Bahru dan khabarnya bakal tunangan Alyah bukan anak orang sebarang, anak ahli korporat. Sama-sama satu kapal dari Johor Bahru. Hai, bertuahnya badan. Khabarnya mereka dah lama menyulam cinta, tetapi Alyah pandai menyorokkan kisah cintanya. Dulu, Alyah hampir berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Medan, Indonesia, tetapi episod cintanya cukup menyedihkan hati apabila Alyah ditinggalkan dengan sebab yang tidak dapat diterima akal.

Alyah pernah bercerita pada Raja, dia terlalu kecewa. Manakan tidak, baju dan persiapan kahwin sudah disediakan dan paling memalukan apabila sanak saudara juga sudah dihebahkan dengan berita naik pelamin tetapi akhirnya berkecai di tengah jalan.

Alasannya, mereka tak serasi, sedangkan mereka sudah tiga tahun menjalinkan hubungan cinta. Masakan tidak mengenali hati budi lagi. Bagaimanapun, selepas dua minggu putus tunang, Alyah mendapat tahu bekas tunangnya itu mengikat tali pertunangan dengan anak seorang menteri dan mereka berkahwin tahun lalu. Kasihan Alyah.

Mungkin Alyah serik dengan apa yang berlaku dulu, jadi kini, Alyah mengambil jalan selamat untuk merahsiakan kisah cintanya. Khabarnya jejaka pilihan Alyah boleh tahan kacak. Mereka dijangka melangsungkan pertunangan November ini.
Memanglah lama lagi dan apapun boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, tetapi khabarnya Alyah dah membuat persediaan majlis pertunangannya itu.
Mungkin nak buat besar-besaran. Iyalah, penyanyi popular seperti Alyah, takkan nak buat majlis sederhana. Tak salah, Alyah berhabis untuk meraikan hari bersejarah dalam hidupnya. Lagipun, Alyah bertunang dengan anak tokoh korporat. Majlis pun kenalah dilakukan dengan sempurna.

Mengenali Alyah sejak dulu, dia memang budak baik dan suka melakukan sesuatu dengan sempurna. Tengoklah setiap kemunculannya, Alyah sentiasa mahu kelihatan cantik, sempurna dan pelbagai gaya. Itulah artis namanya, kena jaga penampilan. Bukan macam sesetengah artis yang Raja tengok, ada kala nak bersolek dan bergaya pun malas, sedangkan menghadiri majlis rasmi. Buat malu saja, nak kata tiada duit, dalam kocek berkepuk, tapi tak tahulah mungkin dah jadi tabiat. Raja tak berkenan betul dengan artis selekeh ni.

Apapun, Raja nak ucapkan selamat bertunang buat Alyah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails