Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Marsha hipokrit!


Mengaku serik bercinta padahal ada kekasih baru

MINGGU ini Zubir ingin berkongsi perasaan terkejut, sedih dan meluat mengenai dua artis wanita. Pertama mengenai penyanyi Elyana, 24, yang pernah popular menerusi lagu Niat. Baru-baru ini Zubir terbaca laporan akhbar mendakwa penyanyi yang kini aktif sebagai pelakon itu gagal hadir ke Restoran Seri Melayu menjayakan majlis ramah mesra mempromosikan single terbarunya, Sewaktu Dulu-Dulu, gara-gara dia tak ada baju mengandung yang sesuai. Memang mengarut dan tak masuk akal alasan yang diberikan. Menurut suaminya, Khairul Anuar Hussin, 36, dia mewakili isterinya memohon maaf kepada semua wartawan dan jurugambar yang tertunggu-tunggu kehadiran penyanyi berkenaan. Sepatutnya majlis ramah mesra bersama media dilangsungkan tetapi kerana Elyana tidak memiliki pakaian sesuai berikutan dia mengandung lima bulan, majlis itu terpaksa dibatalkan.

Zubir terkejut dengan alasan diberikan. Elyana sewenang-wenangnya tidak hadir ke majlis yang dibuat untuknya hanya kerana tiada baju mengandung sesuai. Wartawan yang tertunggu-tunggu kehadiran Elyana mengambil keputusan untuk pulang saja selepas penyanyi berkenaan tak muncul-muncul. Nasib baiklah Zubir tak hadir pada majlis berkenaan, kalau tidak, mahu saja dibakar CD Elyana yang hendak dipromosikan itu.

Helo Elyana, cubalah cari alasan yang lebih logik. Punyalah banyak pusat beli-belah di Kuala Lumpur ini, takkan satu pun tak jumpa baju sesuai? Kemudian bukan dia sendiri yang minta maaf, beliau hanya mewakilkan suami dan ibunya untuk memohon maaf. Mana pergi budi bahasa Elyana yang Zubir kenal sejak zaman persekolahannya dulu?

Begini sajalah Elyana, kalau dah rasa malas nak menyanyi, tak kuasa bertemu teman wartawan yang selama ini memberikan sokongan kepada anda, bersara sajalah dari dunia seni. Orang pun tak sakit hati! Sekiranya perkara ini berlaku dalam industri muzik di Indonesia, pasti Elyana dikutuk dan dicaci tahap maksimum! Mujurlah Elyana pegang status ibu mengandung, tak sampai hati Zubir menggunakan perkataan lebih kesat.

Yang sedih pula apabila Zubir mendapat tahu, penyanyi dan pelakon bibir seksi, Marsha Milan Londoh, 26, baru saja putus cinta. Zubir pernah menyiarkan kenyataan Marsha kira-kira setahun lalu, dia sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr Z. Tup-tup Zubir dapat tahu sekarang dah tak ada apa-apa selepas dua tahun mereka menyulam kasih.
Kata Marsha, mungkin ada orang yang dengki dan tak suka dengan hubungan cinta mereka. Dia juga pernah memberikan kenyataan kepada sebuah majalah hiburan, baru-baru ini: “Kadang-kadang rasa macam dah serik untuk bercinta lagi. Buat masa ini saya tak nak fikir soal cinta sehinggalah hati saya dah bersedia. Saya nak mulakan hidup baru dan lebih fokus kepada kerjaya. Doakan yang terbaik untuk saya.”

Usia Marsha untuk mendirikan perkahwinan juga tersasar apabila dia pernah memberitahu untuk berumah tangga ketika usianya 25 tahun, sekarang 26, Zubir rasa tak perlulah Marsha buat ketetapan usia bila dia nak kahwin kerana kebarangkalian untuk tersasar lagi memang ada, oops maaf.

Namun, sejak kebelakangan ini Marsha sering membuat kenyataan, dirinya masih solo, tak punya kekasih, perancangan untuk berkahwin pun masih jauh kerana calonnya belum ada. Amboi, pandai Marsha bermain kata-kata.

Pun begitu, ada sumber yang sudah membisikkan ke telinga Zubir, Marsha sebenarnya ‘propa’ saja apabila bercakap soal teman lelaki! Propa? Difahamkan, selepas dia putus cinta dengan Mr Z, tidak lama selepas itu, beliau rupa-rupanya sudah bertemu pengganti. Tapi, apabila berdepan dengan wartawan, pukul canang dia masih solo padahal sudah ada kekasih baru, memang meluat Zubir mendengar perkhabaran ini!

Zubir dengar cerita, kekasih Marsha yang baru selepas Mr Z adalah seorang anak VIP juga. Khabarnya kekasih Marsha itu pernah bercinta dengan seorang aktres jelita dan popular beberapa tahun lalu. Namun, selepas satu insiden (berebut kekasih), mereka putus. Alih-alih sekarang ni pemuda berkenaan bercinta pula dengan Marsha, memang kecil dunia ini!

Marsha, tak perlulah nak hipokrit berlebih-lebihan sangat, lambat-laun orang akan tahu juga awak tu dah ada kekasih baru, tak perlulah nak cover line. Depan wartawan cakap lain, belakang lain cerita, jangan sampai awak tu dilabel lidah bercabang! Zubir nasihatkan Marsha supaya berterus-terang saja tak perlu nak berdolak-dalik soal teman lelaki dan mengaku masih solo, walhal dah berkepit ke hulu ke hilir dengan buah hati yang baru.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails