Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Anne Ngasri lihat Sumali Reduan sebagai lelaki terbaik

Perkenalan selama setahun di antara aktres Anne Ngasri dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin pada hari semalam. Menurut Anne, sikap tenang Sumali menjadi tarikan utama kepadanya, membuatkan beliau yakin bahawa suaminya yang berumur 41 tahun itu adalah lelaki terbaik untuknya. "Kami kenal sejak setahun lalu, bercinta tiga bulan lalu dan bertunang selama sebulan dan kini kami berkahwin. Walaupun tempoh perkenalan hanya setahun, kami saling memahami dan saya berharap ikatan ini berkekalan," ujar Anne, seperti yang dipetik dari Berita Harian. Berikutan dari majlis akad nikah yang diadakan di rumah keluarga pengantin lelaki yang terletak di Jalan Parit Ismail di Benut, Pontian, Johor pada hari Sabtu yang lalu, majlis resepsi bertempat di lokasi sama dengan kehadiran lebih kurang 5000 tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, kenalan serta peminat. Pasangan tersebut tampak penuh berseri sekali dengan mengenakan pakaian pengantin berwarna pic. Turut memeriahkan majlis termasuklah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Datuk Jamaluddin, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan. Di samping itu, riuh majlis turut ditambah dengan kehadiran kumpulan The Mistik, DJ Sharil serta kenalan-kenalan artis Anne dari Malaysia, Brunei dan Singapura.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails