Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hattan mahu rujuk semula dengan bekas isteri?

Penyanyi rock terkenal tanah air, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 48, dilaporkan akan rujuk semula dengan bekas isteri pertamanya, iaitu Arianie Mohd Abidin dalam masa terdekat. Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, Hattan bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut. Menurutnya, gosip tersebut langsung tidak betul kerana katanya, dia kini sedang sibuk dengan persiapan konsert sambutan tahun baru di Putrajaya. Kata Hattan, jika dia mahu berkahwin semula, pastinya dia akan kongsikan berita baik itu bersama semua orang. "Siapa yang tidak mahu berkahwin? Apabila kita berkahwin, ada isteri melayan dan masak untuk kita." "Tapi, bagi lelaki berumur seperti saya ini, semestinya saya menginginkan bukan hanya isteri, tapi seorang teman hidup." Tambahnya lagi, dia sudah fobia untuk berkahwin lagi kerana tidak mahu ikatan itu berakhir begitu sahaja, dan kini dia hanya mahu memikirkan tentang anaknya, Adam, sahaja. Hattan dan Arianie bercerai pada Mac 2005. Bagaimanapun, Hattan memberitahu bahawa mereka masih rapat dan selalu keluar makan bersama.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails