Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Siri kontroversi Shila-Sharnaaz

SEPINTAS lalu nama Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad itu sendiri cukup serasi untuk melekat sebagai pasangan merpati dua sejoli. Masing-masing sama popular, sama cantik dan sama sepadan. Bukan sahaja bertaut rasa cinta, Shila dan Sharnaaz bahkan berkongsi huruf pangkal nama yang sama. Huruf 'S' untuk Shila dan Sharnaaz manakala huruf 'A' pula untuk Amzah dan Ahmad. Itu yang tertulis walaupun secara hakikatnya nama itu sekadar nama timangan mereka di arena hiburan. Menyebut nama Shila dan Sharnaaz, dua selebriti yang hangat bercinta itu tidak habis dipukul kontroversi. Habis isu cium tangan di majlis Anugerah Industri Muzik, sensasi percintaan mereka kembali menggelegak dengan isu amukan di laman Twitter oleh Sharnaaz dan pengakuan terbuka oleh Shila konon-kononnya telah bersetuju untuk berkahwin dan telah menerima lamaran daripada Sharnaaz. Sharnaaz mendakwa akaun Twitternya digodam manakala Shila pula telah memadamkan status 'lamaran' yang ditulisnya. Apa sahaja alasan dan tindakan yang dilakukan, 'drama sebabak' Shila dan Sharnaaz tetap menjadi buah mulut ramai. Sandiwara Twitter dua 'S' itu cukup untuk menjadi pemanas kepada Anugerah Planet Muzik 2012 (APM) yang sepi tanpa banyak publisiti hujung minggu lalu. Kemenangan besar Shila yang mengungguli Anugerah Artis Wanita Terbaik seperti tenggelam akibat salah percaturan. "Secara jujur, saya hanya menganggap kata-kata saya itu sebagai suatu gurauan. Saya tak sangka ia tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Habis acara itu, abah (panggilan Shila untuk ND Lala) menegur saya bahawa saya tidak patut berkata sedemikian di hadapan khalayak. Saya mengakui keterlanjuran kata-kata saya itu," jelas Shila berhubung gurauannya di pentas APM yang dikatakan menjadi penyebab kepada kemarahan Sharnaaz. Segala-galanya bermula pada acara APM Sabtu lalu apabila Shila membuat persembahan bersama penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah. Menambah konflik kepada plot kontroversi terbaharu itu, Shila dalam nada bergurau berkata sesuatu ketika menjadi penyampai bersama Adi Rahman. "Saya lupa nak cakap terima kasih kepada cinta hati saya. Sebenarnya dia merajuk sebab tadi saya nyanyi dengan Taufik Batisah, saya tak tahu mana dia pergi," memetik ucapan Shila Amzah seperti yang tersiar. Shila sudah membuka mulut saat ditemui media ketika pelancaran Konsert Shila Amzah dan Makan Malam Eksklusif sempena Gala Amal Pamoga-Gaza yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu. Sebelum itu, bapanya sendiri, ND Lala juga terpanggil untuk memberi penjelasan agar kisah peribadi anak perempuannya itu dihentikan setakat ini. Dalam satu kiriman e-mel yang dihantar kepada sebuah akhbar, ND atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh berkata, dia tidak mahu Shila memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu berikutan tumpuan yang perlu diberikan kepada persiapan rapi untuk ke World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, Amerika Syarikat. "Terima kasih kepada media, peminat dan masyarakat kerana terus memberi perhatian terhadap kerjaya Shila dan saya melihat tumpuan mengangkat nama baik negara lebih penting daripada hal yang bersifat peribadi. "Buat masa ini saya tidak mahu Shila memberi ulasan kerana perhatiannya lebih kepada WMA memandangkan dia dicalonkan untuk kategori Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Terbaik, sekali gus sejarah bagi industri muzik kita di mata dunia," ulas ND Lala berhubung kontroversi cinta puteri sulungnya. Untuk Sharnaaz yang masih berdiam, mungkin diam itu gerak terbaik yang menjadikan hubungannya bersama Shila kembali ke suhu damai. Seperti kata Shila, hubungan mereka kini berjalan seperti biasa kerana segala masalah telah diselesaikan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails