Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Liyana Jasmay fokus kahwin

PELAKON genit Liyana Jasmay, 24, yang popular dengan filem Papadom sekarang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dengan tunangannya, Fathuddin Mazlan, 28, pada 2 Februari tahun depan. Majlis itu yang sepatutnya diadakan pada 24 Januari tahun depan itu telah ditunda kepada 2 Februari. Dia baru sahaja pulang ke tanah air pada Isnin lalu selepas tamat kursus enam bulan dalam bidang pengarahan dan filem di Akademi Filem New York (NYFA), Amerika Syarikat. Sepanjang berada di New York, nama Liyana yang juga popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu agak sepi dalam industri dalam tempoh itu. Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (2009) hasil lakonan dalam Papadom itu, menyatakan selepas pulang dari kursus itu dia kini akan kembali sibuk berlakon selepas majlis perkahwinannya nanti. Ketika dihubungi Kosmo!, Liyana yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu berkongsi mengenai perancangan majlis perkahwinannya dan kerjaya seninya selepas ‘berehat’ selama enam bulan sejak Julai lalu. Kosmo!: Sudahkah Liyana memilih tarikh perkahwinan anda? LIYANA: Saya dan Fathuddin akan bernikah pada 2 Februari tahun depan, akad nikah waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kenapakah tukar tarikh perkahwinan? Atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Adakah selepas balik ke tanah air ini anda akan ke New York lagi? Saya sudah habis kursus itu, sekarang kena tumpu persiapan majlis perkahwinan. Teringin juga untuk ke New York lagi, mungkin ke sana lagi nanti tetapi masih dalam perbincangan dengan keluarga. Apakah tema majlis perkahwinan anda nanti? Saya tidak bincang sebarang tema untuk majlis itu nanti. Saya tidak pandai (tentang) itu semua. Saya dan Fathuddin hanya buat apa yang disukai oleh kami tetapi tema pakaian adalah warna biru tiffany. Apakah perancangan Liyana untuk majlis itu nanti? Saya mahu majlis yang sederhana tetapi memberi kesan bermakna kepada kami berdua. Kami buat apa yang kami suka sahaja tiada spesifik kepada perancangan lain. Apakah yang Liyana rindukan setelah pulang ke Malaysia? Saya sangat merindukan nasi lemak. Saya terus pergi mencari nasi lemak antarabangsa sebaik tiba di Kuala Lumpur Isnin lalu. Adakah Liyana akan kembali sibuk dalam industri selepas ini? Ya, selepas majlis perkahwinan nanti, saya akan sibuk dengan syarikat produksi sendiri iaitu Mermaid Studio. Apakah filem atau drama terbaharu Liyana yang bakal ditayangkan nanti? Tahun depan filem lakonan saya yang akan ditayangkan adalah Papadom 2, Tokan dan Isyarat Cinta. Selain itu, single terbaharu saya turut akan dilancarkan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails