Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Liyana Jasmay Tunda Majlis Nikah

KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay yang sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan pada 24 Januari depan terpaksa ditunda ke tarikh baru iaitu 2 Februari 2013. Menurut laporan akhbar Kosmo!, Liyana, 24, berkata, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan. Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu. Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat menambah, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. “Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” ujarnya
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails