Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Belum tahap eksklusif - Yana

WANITA ini mengakui bahawa perjalanan seninya semakin berkembang dan menunjukkan peningkatan. Respons positif turut diterima dan usaha keras untuk melangkah ke dunia lakonan kira-kira empat tahun lalu sudah membuahkan hasil. Penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Adnan Sempit ini juga mengakui dia tak pernah duduk diam untuk berada pada kedudukan selesa seperti hari ini. Demi karier lakonannya, wanita berusia 28 tahun ini korbankan masa yang ada. Dia bersedia bekerja 24 jam untuk menjayakan lima filem dalam tempoh setahun. Antara filem lakonannya ialah Wawa Semput, Adnan Sempit 3, Cerita Kita dan terbaru Strawberi Cinta selain drama Bini-Biniku Perkasa. Jadi persoalannya di sini, tidak takutkah Yana Samsudin hilang eksklusif lantaran wajahnya kerap muncul di khalayak. Sebab kelihatannya seolah-olah Yana seorang yang tak memilih dan mengejar untuk cukupkan kouta lakonan seperti mana dilakukan pada tahun lepas? “Sebenarnya, saya belum sampai ke peringkat eksklusif. Tidaklah terlalu menjaga atau kena demand untuk dapatkan watak terbaik. Itu semua rezeki. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau ada banyak, lagi kena perbanyakkan kalimah syukur itu. “Memang saya bekerja kuat sepanjang tahun ini, sama macam tahun lepas. Jadual kerja memang disusun rapi. Saya tak biarkan ia kosong walaupun terpaksa korbankan waktu cuti. “Saya buat itu semua untuk tujuan yang satu iaitu nak tahu respons daripada orang ramai. Baik atau tidak? Setiap kali filem yang dilakonkan saya ditayangkan, pasti saya berdebar," jelasnya berbicara landskap kerjayanya pada pertemuan petang Rabu lalu. Ditanya adakah anak kelahiran Yong Peng, Johor ini adalah seorang yang obses mengejar populariti sehingga membuatkan dia bekerja siang malam untuk memastikan dirinya dekat di hati peminat seni tanah air, pantas Yana menggeleng. “Saya percaya kalau seseorang itu bekerja keras, pasti akan dapat imbuhannya. Begitu juga dengan artis. Tak nafikan pasti populariti akan mengiri kejayaan artis yang berjaya. Saya juga dapat rasakan aura populariti itu pada hari ini. “Tambahan pula saya seorang yang aktif di laman sosial Twitter terutama dengan YanaSuperFriend (kelab peminat). Itu saja cara saya dapat berinteraksi dengan penyokong. “Saya juga tak nafikan memang ada pro dan kontra dalam soal populariti ini. Privasi dan kehidupan harian saya turut terjejas. Nak keluar rumah pun fikir dua, tiga kali," luah pemegang Anugerah BlockBuster 2012 untuk kategori Heroin Terhebat ini. Jepun oh Jepun Dalam pada itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Layar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini turut menyatakan kebimbangan penerimaan orang terhadap watak wanita Jepun bernama Ichigo yang dibawanya menerusi filem Strawberi Cinta. Filem yang bakal ditayangkan pada 6 Disember itu sememangnya mencabar kredibiliti dirinya kerana perlu mempelajari bahasa Jepun selama dua bulan secara berterusan. “Saya belajar cara bercakap dan intonasi sebenar bahasa Jepun dengan seorang guru terlatih dan krew produksi yang pernah duduk di sana lebih lima tahun. Saya takut orang kutuk kalau tak cukup latihan. Apa pun, itulah cabaran utama saya menjayakan filem ini," katanya penuh yakin. Selain Yana, Strawberi Cinta turut dibintangi pelakon Pierre Andre, Diana Amir, Along Eyzendy, Fiffy Natasha dan Gbob Raja Lawak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails