Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Populariti tiket jadi pelakon - Marsha

DI Malaysia ini, sesiapa saja boleh jadi pelakon. Budak kecil umur lima tahun pun boleh. Sebabnya bidang ini tak ada kriteria kelayakan asalkan cantik. Jadi, tak payah juga beriya-iya masuk akademi seni lakonan untuk menjadi pelakon. Sebabnya yang jadi pelakon kebanyakannya ikut jalan pintas berbekalkan wajah dan populariti. Apa yang penting, tawaran berlakon itu kencang. Dalam satu masa, boleh ada dua atau tiga peluang berlakon. Soal watak tak payah nak pening-peningkan kepala. Nanti sampai set penggambaran barulah fikir. Lagi pun, kan ada pengarah. Tugas fikirkan watak macam mana itu biarlah pengarah fikir. Kalau dia pengarah yang bagus, dia tak ambil segala "kayu" itu berlakon. Pengarah kononnya adalah tempat pelakon menuntut ilmu berlakon dengan baik. Padahal memilih orang tak boleh berlakon bukan kriteria pengarah yang baik. Maknanya semakin banyak pelakon itu berlakon, semakin hebat populariti seseorang pelakon. Pengalaman berlakon bertahun-tahun jarang jadi penyumbang sebab mereka pakai hentam saja. Berlakonlah sepuluh tahun sekalipun, tak ada peningkatan. Itulah fenomena hari ini di mana individu yang tak ada kena mengena dalam bidang lakonan boleh jadi pelakon. Kalau orang itu glamor dalam bidang lain senanglah nak jadi pelakon. Jangan hairanlah kalau pemain bola sepak diambil jadi pelakon selepas tukang masak jadi pelakon. Atas alasan itu juga, bilangan pelakon tak ada asas lakonan di Malaysia ini bertambah dan semakin bercambah dari hari ke hari macam cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, kita tak perlukan mana-mana selebriti seperti di atas itu jadi pelakon sepenuh masa. Itu dah masuk kes tangkap muat dan boleh mendajal pelakon sedia ada. Kita juga tak boleh senang-senang bagi orang yang tak ada latar belakang seni berlakon. Kalau setakat artis jemputan buat penampilan istimewa tak apalah, ini siap bagi watak utama. Itu belum lagi masuk bab bagi anugerah pada pelakon bidan terjun itu. Memang haru-birulah. Sebab itu, semua orang kena sedar bahawa gabungan selebriti dengan pelakon itu dibuat untuk kukuhkan strategi pemasaran semata-mata. Biar tinggi rating jadi bahan cerita orang ramai dan kebanggaan peminat selebriti itu. Walhal tindakan sebegitu semakin menjahanamkan industri filem apabila mengangkat "tin kosong" di kalangan barisan pelakon terhebat sedia ada. Itu belum lagi pelakon filem yang masih "kayu" heboh pula jadi pelakon teater. Apa mereka tahu tentang teater. Pengarah filem dan drama pun jadi pengarah teater. Aktivis teater yang ada pula jadi penonton, itu pun kalau mereka sanggup menonton.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails