Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Demi sebuah kenangan-Catriona

MESKIPUN Catriona Ross, 32, hanya mengadakan majlis akikah dan cukur jambul anak keduanya, Jammal Raess Ross-Iddin, namun persiapan yang dibuat bagai menyambut menantu. Menurut pelakon yang nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, dia mencari konsep hiasan klasik Inggeris di Internet selama tiga minggu sebelum menemui reka bentuk yang memikat hati. Katanya, sering kali orang menggunakan buaian besar untuk majlis itu, tetapi dia terpaksa menggunakan buaian kecil mengikut saiz keluasan ruang tamu rumah mentua. "Nampak sahaja mudah tapi pening juga kepala memikir konsep yang nak ditampilkan. Cat pilih hiasan klasik Inggeris kerana 10 atau 20 tahun akan datang pun kalau dilihat balik foto itu, ia tetap nampak bergaya. "Cat bernasib baik kerana orang yang buat pelamin dan penggubah bunga tinggal di kawasan berhampiran, jadi mudah untuk kami berbincang dan hasilnya amat memuaskan hati," katanya yang memilih bunga segar untuk dijadikan hiasan pada buaian anak. Pada majlis yang diadakan di kediaman mentuanya di Wangsa Maju, Seksyen 6, Kuala Lumpur, Raess yang dilahirkan pada 16 Julai lalu, sedikitpun tidak meragam sepanjang majlis berlangsung yang diketuai oleh Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Kata Cat, Jammal Raess, adalah seorang anak yang baik, jarang menangis dan mudah dijaga. "Dia seorang yang baik mungkin kerana dia adalah seorang pemimpin kalau berdasarkan kepada maksud Raess manakala Jammal pula membawa makna tampan. Tampan di sini membawa simbolik seseorang yang mampu membuat orang lain sejuk hati bila memandangnya. "Alhamdulillah, si kakak, Sephia Rania Ross-Iddin, dua tahun, sangat sayang dan nampak sifat melindungi adiknya itu. Setakat ini Cat tidak menghadapi masalah menjaga anak-anak, cuma baru ambil pembantu rumah untuk membantu mertua bila Cat ada kerja luar," ceritanya yang melakukan majlis yang sama pada anak sulung di Kota Bahru, Kelantan dulu. Meskipun sekarang Cat sibuk menjaga anak-anak, dia tetap aktif dengan kariernya dan baharu selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Bila Mak Mengandung Lagi. Jelas Cat, setakat ini suami, Shaharuddin Mokhtaruddin tidak pernah menghalangnya untuk terus berkarya. "Sekarang ini Cat banyak mendapat tawaran menjadi pengacara untuk majlis perkahwinan dan korporat. Selagi berkaitan dengan seni, Cat tidak menolak. Lagipun kerja jadi pengacara tidak lama, kira-kira empat jam sahaja satu majlis. "Begitu juga berlakon, kalau wataknya bersesuaian, Cat tidak menolak. Untuk permulaan ini Cat lebih kepada telefilem, yang bersiri pula nanti-nantilah... sebab Raess pun masih kecil," katanya. Dalam sibuk bercerita tentang majlis cukur jambul dan kerjaya, Cat sempat memberitahu, selepas dia membuat kenyataan yang mengatakan dirinya diperguna oleh pihak tertentu, ada rakan artis yang memberi reaksi. "Ada seorang artis itu tweet dalam Twitternya pada 30 November lalu menulis: "Kesal diperguna? Allah lebih mengetahui..." "Dia tidak menyebut nama tapi ramai yang dapat agak dia tuju pada Cat. Bagi Cat biarlah orang nak kata apa kerana Cat ada pendirian sendiri," kata Cat yang enggan mengambil pusing kenyataan artis tersebut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails