Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tilla tidak menumpang

NAMANYA mungkin belum segah mana, namun ada sesuatu mengenai gadis ini yang menyebabkan dia terus diburu. Bertubuh lansing dan tinggi lampai, ternyata kewujudannya di dalam industri lakonan mula mendapat perhatian banyak pengarah dan penerbit. Namun kemusykilan mengenai niat sebenar gadis ini berada di dalam industri mula dipersoal apabila dia kini dikatakan intim dengan pelakon lelaki popular. Benarkah bagai dikata ini merupakan strategi yang akan digunakan dirinya untuk mendapat perhatian segera? Tidak mahu terus ditohmah, Tilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin,21, memberitahu kedudukan sebenar hubungan yang terjalin di antara dia dan pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam. Di dalam kesamaran penjelasan yang cuba diberikan, gadis ini menegaskan status sebenar hubungan dia dan Sam hanyalah sebagai kawan rapat. Tidak mahu menerangkan lebih lanjut definasi hubungan tersebut, Tilla memberitahu ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan umum memandangkan dia masih perlu menjaga hati banyak pihak. “Cukup saya jelaskan di sini kami berkawan baik. Saya tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai hubungan ini memandangkan ia melibatkan banyak pihak. Sebenarnya, saya perlu menjaga hati mereka," katanya ketika hadir untuk sesi fotografi bersama Utusan baru-baru ini. Hubungan yang terjalin diakui Tilla berjalan lancar. Setelah hampir dua tahun berkenalan banyak sisi Sam yang begitu menyenangkan gadis ini. “Saya mengenali Sam sewaktu dia hadir untuk program Dewi Remaja, saya salah seorang peserta. “Jujurnya Sam seorang yang menyenangkan. Keadaan sekarang amat selesa untuk kami berdua dan tidak ada apa yang perlu diumumkan lagi memandangkan hubungan kami hanya sebagai kawan,"katanya. Mengakui Sam pernah ke rumah keluarganya, menurut Tilla apa yang berlaku bukan seperti yang disangka. Pertemuan Sam dan keluarganya berlangsung ketika pelakon lelaki itu hadir untuk meraikan perkahwinan kakak sulungnya. “Benar Sam mengenali keluarga saya, dan pernah datang kerumah saya di Perak. Tapi ketika itu Sam hanya hadir untuk kenduri kakak sahaja. “Dia tidak datang sebagai lelaki istimewa dalam hidup saya," katanya jujur. Cuba mengusik hati sebenar gadis ini mengenai jodoh, ternyata jawapan yang diberikan Tilla tidak menggambarkan langsung usia sebenarnya. Kematangan gadis kacukan Eurasian ini benar-benar mengagumkan. “Bercakap soal jodoh kita tahu ia di luar kemampuan kita. Bagi saya tidak ada perkataan sedia atau tidak, jika sudah sampai waktunya apa lagi yang boleh kita buat. “Buat masa ini Tilla tidak boleh cakap Sam sebagai jodoh atau bagaimana. Tidak kira dengan siapa pun jodoh saya, ia bukan sesuatu yang boleh saya pastikan ketika ini. Bagaimanapun untuk memulakan keluarga di usia semuda ini bukan sesuatu yang merunsingkan memandangkan saya memang suka kanak-kanak," katanya lebih senang bertutur menggunakan dialek utara. Tumpang populariti Tahu kedudukan dirinya sebagai pendatang baru, tidak pernah terlintas di hatinya untuk menggunakan persahabatan yang terjalin sebagai landasan untuk mendapatkan populariti ekspres. Bagi gadis yang berasal dari Parit Buntar, Perak ini dia tahu hanya usaha keras sahaja mampu menjamin kejayaan berpanjangan dalam industri ini. “Saya merupakan bekas peserta Dewi Remaja, sama seperti Neelofa dan Anzalna. Kami masing-masing berusaha keras untuk berada di dalam industri ini. Pada mulanya tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi seorang pelakon kerana minat saya lebih kepada dunia peragaan. “Bagaimanapun sokongan daripada ibu saya membuka mata mengenai potensi sebenar diri. Dan setelah hampir 10 bulan bergelar pelakon saya akui masih lagi mencuba memperbaiki lakonan saya," katanya. Tidak mahu peminat melihat dia di sebalik bayangan Sam, menurut Tilla, jika benar dia mahu menggunakan persahabatan yang terjalin sebagai passport mudah untuk dikenali, sebenarnya dia mampu lakukannya sejak dahulu lagi. “Saya sudah mengenali Sam sejak dua tahun lalu, jujur saya katakan jika benar saya begitu, rasanya sejak dulu lagi saya sudah dikenali. “Mujur Sam seorang yang memahami. Memandangkan dia lebih berpengalaman dari saya dia banyak memberikan kata-kata semangat dan ini sebenarnya memberi keutamaan untuk saya meneruskan karier lakonan sehingga kini," katanya. Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan tekanan yang akan diberikan peminat Sam ke atas dirinya, menurut Tilla dia percaya kebenaran akan menjernihkan keadaan. Malah dia juga percaya peminat kini cukup bijak untuk menilai bakat yang dimiliki dirinya. “Saya tahu Sam mempunyai ramai peminat dan saya akui pendedahan persahabatan ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka memandang serong kepada saya. “Ingin saya tegaskan, kemasukan saya ke dalam industri bukan kerana mahu menumpang populariti sesiapa tetapi hanya sebagai cara untuk saya meneruskan kehidupan demi sesuap nasi," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails