Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Solehah mencari Ikon Muslimah


SEJAJAR dengan statusnya sebagai televisyen percuma yang berkonsepkan Islam, TV AlHijrah sedar akan kekurangan program realiti televisyen yang berkonsepkan Islam dan juga berkisar tentang wanita.

Oleh itu, ingin memberikan yang terbaik buat penonton setia mereka, AlHijrah telah mengambil pendekatan untuk mengadakan program realiti yang berkisar tentang wanita iaitu Solehah yangmampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf sumbangan peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.

Sesi ujibakat yang diadakan selama tiga bulan telah dihadiri oleh 600 peserta sebelum disenarai pendek dan hanya 10 orang sahaja layak untuk meneruskan perjuangan di dalam program ini.

Mereka adalah Amie Sofia Ahmad, 25, berasal dari Alor Setar, Kedah, Wan Suhaili Wan Mohd Yusof, 24, Dungun, Terengganu, Mariyam Sa'ari,24, Kuala Terengganu, Terengganu, Sarah Azizul, 25, Kajang, Selangor, Renny Johnnuin, 21, Kundasang, Sabah, Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23, Terengganu, Siti Adibah Zelkefly, 21, Kuching, Sarawak, Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, Kulim, Kedah, Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, Kuantan, Pahang dan Rosmarieza Rafiee, 25, Asahan, Melaka.

“Solehah merupakan sebuah program realiti televisyen yang berhasrat untuk melahirkan barisan muslimah yang mempunyai ciri-ciri dan sifat seorang muslimah solehah dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai model kepada wanita masa kini,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Apa yang unik mengenai program ini adalah, realitinya mereka tidak akan mempunyai sesi penyingkiran dari mula hingga ke episod akhir dan pengumpulan markah akan diperoleh sepanjang program akan menentukan siapa pemenang melalui markah tertinggi peserta tersebut.

“Penyingkiran peserta tidak dibuat kerana apa yang kita nampak, kadangkala prestasi peserta di setiap minggu berlainan dalam keadaan tertentu. Mungkin jawapan itu tidak bersesuaian dengan kemampuan soalan dan mungkin minggu hadapan mereka akan mempunyai prestasi yang baik berbanding sebelumnya dan boleh menampung kembali pemarkahan mereka. Oleh itu kesemua 10 peserta Madrasah Solehah akan dikekalkan hingga ke akhir episod siaran.

“Kita tidak akan lakukan seperti kelaziman program realiti praktiskan. Kesemua peserta akan melalui sesi pembelajaran dan akan keluar serentak sebagai barisan muslimah yang baharu diiktiraf,” tegas Jamil Khir lagi.

Format program ini akan dibahagikan kepada dua penerbitan utama iaitu penerbitan lokasi yang membabitkan kapsul diari Madrasah dan Tugasan Solehah serta penerbitan secara langsung.

Program ini juga akan melibatkan seramai empat orang musyrifah yang akan bertanggungjawab mendidik dan mengadili kesemua peserta sepanjang program ini berlangsung.

Selain itu, juri yang juga akan mengadili, menilai serta yang bertanggungjawab memberi pemarkahan kepada peserta terdiri daripada tiga orang tokoh akademik terkenal dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa.

Ketika ditanya mengenai mungkin ada sesetengah peserta yang akan menyembunyikan karakter sebenar mereka untuk menyertai program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda mempunyai jawapan tersendiri.

Jelas Bukhari Che Muda: “Memang mungkin ada, tapi berdasarkan pengalaman dan kekuatan yang ada pada para pendidik kita, mereka akan boleh mengesan dan menilai perkara tersebut melalui realiti kehidupan dan latar belakang mereka.”

Solehah akan bersiaran secara langsung selama 13 episod mulai 23 September ini di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Bagi mengikuti perkembangan terkini peserta Solehah, TV AlHijrah akan menyiarkan kapsul harian selama dua minit khas untuk penonton setia AlHijrah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails