Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

“Kekasih Nasihat Elakkan Berzina” – Arrora Salwa


Desas-desus daripada sebuah portal hiburan mengenai pelantun lagu Ahmad, Arrora Salwa yang dikatakan bercinta dengan seorang ahli kumpulan Max 24:7, Alloi rupanya adalah benar. Ini disahkan sendiri oleh Arrora Salwa apabila ditanyakan kesahihan spekulasi tersebut oleh editor OHBULAN!, lewat malam tadi.

“Ya, memang saya sedang bercinta dengan Alloi, atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari. Sebenarnya, hubungan kami masih baru lagi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Nak cerita pasal kahwin, rasanya belum ke arah itu lagi. Tapi, saya harapkan hubungan kami berdua direstui oleh semua pihak,” ujar Arrora Salwa yang tampak ceria.

Arrora turut berkongsi ciri-ciri yang terdapat pada Alloi sehingga membuatkannya jatuh hati terhadap jejaka tersebut.

“Ciri-ciri matang yang terdapat pada sifat Alloi membuatkan saya jatuh hati kepadanya. Kami sering bersependapat dalam pelbagai hal dan sering bertukar-tukar fikiran. Banyak topik yang kami bincangkan, antaranya isu serius seperti penzinaan yang sering berlaku di kalangan anak muda masa kini. Antara kata-katanya yang masih saya ingat ialah, “Mesti elakkan berzina, kalau tak nanti rumahtangga tidak akan bahagia.”

“Lagipun kami berdua pernah mengalami proses perceraian. Ia memang satu pengalaman yang menyakitkan,” ujar Arrora Salwa lagi.

Pada masa yang sama, Arrora menafikan dakwaan bahawa percintaan membuatkan mereka berdua lalai dalam kerjaya nyanyian.

“Tidak, tidak sama sekali. Kami berdua profesional dalam urusan kerja. Malah, kami hanya sempat berjumpa 5 kali sahaja sejak mula bercinta. Itupun, kalau secara kebetulan kami berdua jumpa di acara media atau nyanyian.

“Mengenai kareer, video klip rasmi lagu Ahmad akan dilancarkan dalam masa terdekat. Single terbaru pula masih dalam perbincangan dengan syarikat rakaman,” tambah Arrora mengakhiri temubual bersama editor OHBULAN!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails