Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ezlynn Sahkan Tarikh Majlis Pernikahan


“Tarikh 20.11.2011 menjadi pilihan saya dan bakal suami untuk mengikatkan tali pernikahan kami, dan bukannya tarikh 11 November 2011 seperti yang dilaporkan dalam media sebelum ini,” jelas Ezlynn ketika ditemui di rumah terbuka Jalenas di Concorde Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

“Buat masa ini, saya tengah sibuk pergi ke kedai perkahwinan bagi mencari persalinan pernikahan, mendapatkan khidmat jurumekap dan sebagainya. Ada juga beli majalah Pengantin untuk mendapatkan idea-idea segar. Setakat ini, persediaan majlis pernikahan saya anggarkan sekitar 50%,” tambah Ezlynn yang baru sahaja tamat berlakon kesinambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang.

Ezlynn turut menyatakan perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi sekitar awal tahun hadapan.

“Mengenai majlis resepsi pula, masih belum dimuktamadkan lagi. Kalau ikut perancangan, saya memilih untuk mengadakan majlis resepsi sekitar awal tahun hadapan. Konsep majlis perkahwinan adalah simple, tetapi mungkin saya akan mengadakan 3 majlis resepsi bagi menghargai kedua-dua belah keluarga serta pihak media,” ujar Ezlynn yang akan berkahwin dengan ahli perniagaan yang berasal daripada utara dan berstatus bujang.

Mengenai kareer pula, Ezlynn bakal mengeluarkan single terbaru dibawah terbitan Alibi Music berjudul Dusta.

Tambah Ezlynn lagi, Dusta menggunakan 3 komposer baru dimana konsep lagu ini lebih berentak dance. Walaupun selepas bergelar seorang isteri kelak, saya akan tetap meneruskan kareer berlakon dan menyanyi seperti biasa.”
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails