Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Letaklah harga masa laku ini - Rozita Che Wan


JOYAH terkejut dengan ‘pertelingkahan’ yang melanda Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dan pelakon cantik Rozita Che Wan. Semuanya pasal harga Rozita yang dikatakan tak masuk akal.

Dulu Rozita janji nak menerima tawaran sekian-sekian harga tapi akhirnya mahu menaikkan harga bayaran kepada RM3,000 untuk satu episod.

Lalu terdengarlah keluh-kesah Jalena yang menyebut harga untuk pelakon senior macam Rozita hanya RM1,500 hingga RM3,000 sahaja. Yang paling tak tahan siap banding dengan harga pelakon muda yang lain lagi tu.

Dalam isu ini Joyah terang-terang berpihak kepada Rozita. Bukan sebab Rozita cantik, tetapi Joyah mahu hak artis ditegakkan. Yang mendapat untung orang produksi dan stesen tv juga kalau drama bersiri tu popular.

Ini hak artis. Bila dia nak naik harga sebanyak itu buat apa orang produksi nak membebel mengata macam-macam. Kalau tak mampu bayar pergilah cari artis lain seperti mana yang ditawarkan itu.

Bila kita bercakap macam ni, orang kata kita bongkak. Tapi yang meletakkan harga kepada artis adalah orang produksi. Bila harga sudah digred mengikut harga mereka sampai bila anak seni kita nak naik harga?

Padahal muka mereka yang menjadi pelaris pada stesen tv. Iklan masuk berduyun-duyun sebab rating tinggi. Esok lusa bila kulit Rozita dah berkedut, agak-agak berapa sahaja yang orang produksi nak bayar? Mereka juga nak cari makan dan nak hidup macam orang lain. Sesekali hormatilah hak mereka juga.

Nasihat Joyah pada Rozita, jangan mengalah dalam isu harga ni. Kalau bayaran kita pun orang lain nak tentukan, apa lagi yang tinggal? Apa lagi hak artis yang ada dalam isu macam ni? Kalau Rozita tak tegakkan hak dia, siapa lagi nak berjuang untuk dia?Persatuan?Jangan haraplah, cakap saja berkobar-kobar.

Joyah tidak bercakap atas dasar Rozita semata-mata tetapi tentang kepentingan anak seni kita. Tengah laku orang panggil, bila dah tak laku tak ada siapa nak pandang. Percayalah.

Lebih mengguris kalbu, lepas tu hantar ke stesen tv, mereka putar cerita tu berpuluh-puluh kali. Hmmm... Ramai yang makan hati sebenarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails