Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rozita letak harga RM3,000


TENGAH Diva asyik melayari Internet, tiba-tiba terbaca cerita pertelagahan antara syarikat penerbit filem Grand Brilliance dengan pelakon Rozita Che Wan berkaitan isu bayaran.

Kata pihak Grand Brilliance, mereka terkilan dengan sikap Rozita yang meminta bayaran mahal untuk membintangi drama bersiri Goyang Syafiq... Jom Pi Cuti musim kedua.

Sebenarnya Diva bukanlah mahu memenangkan sesiapa. Cuma Diva sudah biasa dengar ramai artis merungut mereka dibayar ciput oleh syarikat-syarikat produksi di Malaysia.

Diva puji sikap Rozita yang ada pendirian dalam meletakkan harga lakonannya. Bagi Diva bayaran RM3,000 bagi setiap episod yang diminta Rozita itu tidaklah melampau.

Kalau pihak produksi merasakan bayaran yang diminta oleh seseorang pelakon itu mahal, carilah pelakon lain yang lebih murah dan tidak perlulah cepat melatah.

Diva rasa bukan Rozita sahaja yang memendam perasaan dalam soalan bayaran ini. Biasanya kalau drama atau filem itu bagus, maka ia akan diulang tayang beberapa kali di kaca televisyen dan pelakon sah-sah tidak dapat bayaran daripada penayangan itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails